29 Jamadilakhir 1432H - Saya ingin menyampaikan sekuntum ucapan terima kasih di atas kesudian para pembaca mengikuti fragmen novel fantasi sejarah berjudul Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain yang diterbitkan di laman web Penulisan2u dan Facebook. Banyak galakan yang diterima secara nyata melalui komen-komen membina.
Di entri ini, saya pautkan kembali fragmen-fragmen tersebut. Saya sangat mendambakan komen, kritikan dan sebarang ujana dari para sahabat dan pembaca blog ini. Silakan, saya membuka gelanggang.
(1) “Aristotle, beta berharap kamu dapat mendidik anakanda beta Alexander dalam segala bidang kemahiran yang kami miliki,” titah Raja Philip kepada Aristotle ketika baginda mengunjungi tempat persembunyiannya. Aristotle terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di suatu lokasi rahsia bersama isteri setelah ditangkap penguasa Asia Kecil bagi dibunuh.
“Baik, Tuanku. Saya sangat berbesar hati dengan undangan dari istana Tuanku,” akur Aristotle dengan wajah berseri-seri.
Aristotle diselamatkan oleh askar-askar Raja Philip dan membawa beliau ke istana Macedonia.
LAGI >>
(2) “Sila semua pengawal tinggalkan beta,” titah Raja Philip kepada semua pengawal peribadinya bagi mempastikan para tetamu senang dengan baginda tanpa kawalan. Hanya dua orang puterinya, anak lelakinya Alexander dan bakal menantunya menemani baginda memasuki dewan khas.
Raja Philip tidak sempat memasuki pintu masuk dewan. Di hadapan pintu gerbang yang dihias indah, seorang pengawal peribadi muda melanggar perintah baginda dan berlegar-legar santai di belakang pegawai-pegawai istana. Sebaik sahaja Raja Philip menghampiri pintu gerbang di hadapan pintu masuk dewan, lelaki itu bergerak pantas dan terus membenamkan mata pisau Celtik ke bahagian rusuk baginda.
LAGI >>
(3) “Aku ada dengar menantunya, raja negeri Epirus, bertegas mengatakan Permaisuri Olympias masih sakit hati kerana perkahwinan Raja Philip dengan Eurydice. Akibat dendam yang mendalam sejak lebih setahun lepas, maka Permaisuri Olympias mengupah pembunuh bagi menamatkan riwayat suaminya. Lagi pun isteri Raja Philip yang terakhir, Eurydice, sudah bersalin anak lelaki. Dikatakan anak lelaki itu bakal menaiki takhta raja Macedonia, bukannya anak Permaisuri Olympias, Alexander,” jelas rakan Brutus tanpa berlengah.
Rakan Brutus meneruskan lagi, “Tetapi dalam mesyuarat tergempar Dewan Parlimen Greek tiga hari lalu, Permaisuri Olympias menafikan sekeras-kerasnya. Malah beliau menuduh pula menantunya yang merancang pembunuhan itu.”
LAGI >>
(4) Ini adalah kebiasaan budaya tertentu sejarawan Yunani untuk menjelaskan perihal perkara asing, sudut kepercayaan mereka, cara dan kebiasaan dari perspektif etnosentris. Mereka melihatnya dari sebuah lensa Greek Yunani pagan.
Seumpama tuhan Krisha penganut Hindu yang digambarkan oleh sejarawan Yunani sebagai Heraklius tuhan Greek yang disembah penganut Hindu atau bahawa orang pagan Mesir menyembah dewa Zeus, Apollo dan Ammon.
Anak-cucu manusia sekalian, ketahuilah bahawa sehingga ada kemungkinan bahawa ketika Alexander menyembah satu Tuhan, atau ketika dia menggambarkan nama dan sifat yang berbeza, atau ditawarkan penyembelihan binatang kepadaNya, para sejarawan Yunani menggambarkan bahawa seolah-olah dia menyembah Zeus atau Heraklius atau Ammon.
LAGI >>
Fragmen ke-6. Fragmen ke-7. Fragmen ke-8. Fragmen ke-9.

0 comments:
Post a Comment