Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

7 Jamadilawal 1432H - Bagi kebanyakan orang Melayu (UMNO – Web Sutera), Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acap kali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu.

Di kalangan orang Melayu (UMNO – Web Sutera) mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.


Bagi orang Melayu (UMNO – Web Sutera), masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.


Sukar untuk mereka (UMNO – Web Sutera) menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi.


Padahal perkara-perkara yang disebutkan dalam buku Biar Orang Cina Pimpin Islam itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Penulis: Ann Wan Seng
Penerbit: Kemilau Publika Sdn. Bhd., April 2011
ISBN 978-967-361-015-0

Jumlah Muka Surat: 130

Harga: RM15.00 / RM18.00

Memetik kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, “Semua manusia seluruh dunia adalah adik-beradik
sebenarnya tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa.

"Tidak ada lebihnya b
angsa Arab berketurunan Nabi Muhammad (S.A.W) dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah, Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.”

Saya juga suka untuk memetik kata-kata
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,Kelompok ini menganggap seakan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan Melayu. Padahal, sudah lama masyarakat Cina Muslim memohon masjid yang seperti itu. Ramai orang Cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat Melayu seperti bercerai atau bergaduh tidak tahu tempat tuju yang lebih memahami mereka. Kewujudan masjid Cina dapat membantu mereka.

“Setelah 50 tahun merdeka, orang bukan Islam terlalu ramai yang tidak faham dengan Islam. Bahkan segala sikap negatif Melayu dianggap oleh sesetengah mereka sebagai Islam. Ertinya dakwah tidak berjalan dengan baik. Mesej Islam tidak sampai.”

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim. Menurut Tuan Guru, di Tanah Melayu, Islam yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

“Di negara China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.


Tuan Guru juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

5 comments:

Sam Mat said...

WOI PENCACAI DAPIG WATLA HAMPA NI BODOH SANGAT, SIAPA TUBUH JAKIM, SIAPA TUBUH JHEOA DAN SBGNYA LAGI, BERAPA ORANG KAFIR YANG MASUK ISLAM DI TANGAN HAMPA, ADA BUKTI KA

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Tuan Sam Mat. Mengapa marah-marah? Sudah makan?

muslim cina said...

salam...moga hati Encik Sam Mat sentiasa dalam ketenangan dengan rahmat Allah dan dapat menerima pendapat dan saranan saudara seISLAM yang lain....

Leenoh said...

Biar Islam yang mengajar orang Melayu dan bangsa lain di Malaysia.

parang terbang said...

kalau cina tu cina jugak.......kecuali dr riduan tee...

respek dia...kepada cina muslim..belajar juga sejarah...kerana sejarah lebih mengenal kita kepada asal usul kita...

sebelum cina datang berniaga di tanah melayu ni...nenek moyang kami dulu pedagang pelaut malah penakluk terkemuka...

top