Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

23 Rabiulawwal 1432H - Penulis bernama Hizamnuddin bin Awang. Beliau menggunakan nama pena Web Sutera. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Kini beliau mengusahakan bisnes katering, dengan nama Lusiana Catering, sepenuh masa bersama isterinya Cef Hana. Dalam pada itu, beliau meneruskan habit membacanya dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bisnes katering, aktiviti-aktiviti berkaitan dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila kunjungi laman web Lusiana Catering beralamat www.themakan.net.

Di halaman belakang kulit buku, dimasukkan sedikit biodata kedua-dua penulis; Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf.

Hizamnuddin Awang atau lebih dikenali sebagai Web Sutera memulakan bisnes dengan menjual nasi lemak sahaja. Kini, hampir lima tahun beliau mengusahakan bisnes katering dengan nama Lusiana Catering. Bisnes ini dijalankan secara sepenuh masa bersama isterinya, Cef Hana. Layari www.themakan.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imran Yusuf berperanan sebagai penulis bersama buku ini. Kapasiti beliau sebagai penulis prolifik dan penterjemah menguatkan lagi kredibiliti dalam memastikan buku ini kuat dari segi struktur dan susunan manuskrip. Kini, beliau sudah menulis enam buah buku bukan fiskyen bersama dua buku terjemahan. Layari bicarapenulis.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Halaman berwarna

Keseluruhan buku ini mengandungi 164 muka surat tidak termasuk kulit. Dari jumlah ini, 16 halaman merupakan halaman berwarna dengan memuatkan foto-foto sesi katering. Menurut Pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tuan Aizat Abdul Razak, buku ini merupakan buku pertama dalam Siri Buat Duit yang mempunyai halaman berwarna.

Idea awal halaman bergambar ini dicetuskan oleh penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.

Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.

Judul: Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN-13: 978-967-369-084-8
Harga: RM 14.00 / RM 16.00


Photobucket

Photobucket
** Keterangan foto: Majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam 22 Januari 2011 di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan kendalian Lusiana Catering.

Berkaitan:
Resepi berbuka puasa dan Aidilfitri: Cef Lusiana Catering dalam Seni Hias

0 comments:

top