Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts sorted by relevance for query ramlee. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ramlee. Sort by date Show all posts
Photobucket
(Antara novel-novel Ramlee Awang Murshid)
Saya dan chef Hana (isteri) mempunyai dua kumpulan rakan-rakan rapat. Kumpulan atau kelompok rakan-rakan yang pertama ialah dari kalangan staf dan bekas staf MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Kelompok ini sudah lama terbina dan sehingga sekarang saya terutamanya (walaupun sudah berhenti dari MIMOS dan Jaring) dan isteri sering bertemu dalam pelbagai aktiviti. Pastinya mereka sering sahaja meminta isteri sediakan juadah untuk santapan.
Kumpulan terbaharu pula terbina melalui Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang ditubuhkan sedikit masa dahulu. Saya memang mencintai buku dan novel yang baik. Justeru itu, Ramlee Awang Murshid merupakan salah satu penulis yang saya minati, malah saya menjadi pembaca tegar karya-karya beliau.
Sudah beberapa kali RAMFC mengadakan perjumpaan, mesyuarat dan sesi beramah mesra untuk ahli-ahli dengan kehadiran saudara Ramlee. Terkini RAMFC mengadakan satu perjumpaan atau perhimpunan yang dinamakan Membongkar Rahsia Perindu – Lepak Santai RAMFC yang diadakan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya pada 28 Februari 2009.

Saya dan isteri berbesar hati menyediakan beberapa juadah sebagai tanda sokongan kami untuk RAMFC. Termasuk dalam juadah khas ialah kek pulut kuning bersama rendang daging bagi meraikan ulang tahun perkahwinan saudara Ramlee dan isteri, Dayang Aminah binti Datuk Aliudin.

Hidangan lain ialah rendang ayam, nasi impit, samosa kentang dan teh tarik. Untuk melihat antara gambar-gambar yang saya rakam pada hari tersebut, sila baca di sini; Juadah dan ukhuwah di pertemuan Mengbongkar Rahsia Perindu, RAMFC di Putrajaya.

Okey, apa yang pasti saya dan chef Hana cukup gembira hari itu. Tahniah dan syabas saya ucapkan khusus untuk Elle dan Attoks kerana berjaya menjadikan hari itu indah, walaupun cuaca panas terik.

Terus terang saya katakan bahawa chef Hana dan saya memang agak kepenatan justeru kerana sudah tiga hari berturut-turut sibuk dengan katering. Namun demi semangat ukhuwah, chef Hana dengan cekatannya menyediakan masakan bagi rakan-rakan RAMFC. Apa yang pasti, sampai sahaja di rumah chef saya itu terus pengsan di sebelah anak kecil saya yang berusia 1 tahun 5 bulan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengurus Besar Alaf21 Sdn. Bhd, Encik Nordin Mohamed kerana terus sudi dan menyokong RAMFC dan segala aktiviti yang dijalankan. Seperti biasa ada perkara dan isu yang saya bincangkan bersama Ramlee dan En. Nordin, mencakupi dunia sastera dan penerbitan Malaysia. Ada bisik berdesing di telinga, ada rahsia dikongsi.

Kepada rakan-rakan RAMFC, kehadiran kalian cukup bermakna bagi saya dan AJK yang lain. Terima kasih daun keladi atas pujian sajian ala kadar yang chef Hana sediakan.

Saya, chef Hana dan dua orang anak membawa pulang kenangan dan hadiah. Kami tidak menyangka bahawa dapat menjadi naib johan bagi acara mencari harta karun. Plak hadiah dan cenderahati amat unik dan artistik. Tahniah sekali lagi kepada Attokz.

Kepada Ramlee, teruskan berkarya. Kami di RAMFC berbangga dengan pencapaian saudara dalam penulisan novel yang kontemporari dan berdaya maju. Harapan saya secara peribadi ialah saudara Ramlee dapat melahirkan novel sains fiksyen, novel sejarah dan fiksyen sejarah di masa hadapan. Saya berdoa semoga saudara terus diberi kekuatan oleh Allah dalam melestarikan dunia novel Melayu dan Islam.

Saya kira tidak keterlaluan sekiranya saya katakan Ramlee telah berjaya membuka satu arus baru dalam penulisan novel dalam bahasa Melayu. Novel berbentuk thriller dan misteri yang matang itu telah diselitkan dengan unsur-unsur murni dalam Islam serta nilai murni masyarakat Malaysia.

Suka saya nyatakan di sini bahawa novel berbentuk demikian mempunyai penggemar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sudah sekian lama pasaran negara dibanjiri dengan novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat. Usaha murni Ramlee, yang amat berjaya, harus diteruskan dan diikuti oleh penulis-penulis yang lain.

Novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat sudah semestinya, antara lain, memuatkan nilai-nilai budaya barat yang kurang sesuai dengan masyarakat timur, terutamanya masyarakat Malaysia. Walaupun tidak dinafikan ada unsur-unsur kemanusiaan sejagat dalam karya-karya kreatif dari barat, namun demi untuk menyampaikan mesej mereka, ada sesetengah (bukan semua) penulis barat lebih cenderung menerapkan propoganda barat yang kadang-kadang terlalu bobrok dan hodoh.
Photobucket
P/s: Novel MIKHAIL bakal terbit. Saya tidak sabar untuk membacanya!
2 Muharram 1432H - Perancangan rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) berjaya. Dengan kerjasama erat dari pihak Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd. dan MPH Alamanda, maka majlis Pelancaran Novel Rayyan Fantasi selamat dilaksanakan pada 4 Disember 2010 di MPH Alamanda, Putrajaya.

Saya dan isteri, Chef Hana, tidak melepaskan detik-detik indah itu. Sebagai pembaca tegar karya-karya Novelis Thriller No. 1 Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid, kami berdua ke Putrajaya bagi meraikannya seawal jam 10.30 pagi lagi.

Saudara Ramlee yang telah dinobatkan antara novelis prolifik Alaf 21 memang menghasilkan produk sastera yang berwibawa. Kategori novel sdr. Ramlee ialah thriller. Tetapi suka untuk saya mengubah sedikit kategori tersebut kepada thriller-fantasi-Islami. Saya ada buat resensi terhadap beberapa karya sdr. Ramlee di blog ini.

Suka saya memetik komentar Puan Ainon Mohamad, Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang menyatakan bahawa “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”

Beliau seterusnya menulis:
“Ambil sebagai contoh kes kategori fiksyen fantasi. Kategori ini adalah Laut Biru yang mempunyai potensi baik. Sebagai buktinya adalah kejayaan luar biasa novel-novel Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam pasaran.

“Kelab peminat beliau (RAMFC) mempunyai lebih 8 ribu fans (hitungan terakhir ialah 8,637 fans). Jumlah peminat setia beliau adalah jauh lebih besar kerana bukan semua peminat beliau mempunyai akses internet. Di kalangan mereka yang mempunyai internet pula, bukan semua menjadi ahli kelab RAMFC.

“RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar. Bak kata pepatah, Ramlee Awang Murshid telah membukakan hutan, kini penulis-penulis lain dapatlah berkebun. Isunya sekarang adalah bagaimana mahu menjual novel-novel fantasi kepada peminat-peminat RAM.

“Novel-novel RAM yang paling laris mempunyai ciri-cirinya. Ini bermakna, ciri-ciri itulah yang diminati oleh peminat-peminat beliau. Bagi penulis fiksyen yang mahu menjual karyanya kepada peminat RAM, langkah pertama adalah membaca dan membedah novel-novel terlaris RAM.”
Tahniah kepada sdr. Attokz Dikulgai dengan mantera puisinya yang berbunga bahasa dan penataan diri mewakili ilustrasi ‘makhluk’ yang terpapar di muka depan Rayyan Fantasi. Tahniah juga ditujukan kepada sdr. Zonan Villa yang mempengerusikan majlis dengan baik. Sekalung penghargaan untuk semua AJK RAMFC yang mencurahkan idea demi menjayakan majlis selama hampir 5 jam itu.

Photobucket
Dari pemerhatian saya dan rakan-rakan lain, lebih kurang 500 peminat sdr. Ramlee berbaris menunggu giliran bagi buku-bukunya ditandatangani oleh novelis itu di kedua-dua sesi, iaitu dalam kedai buku MPH dan selepas pelancaran di bulatan tengah tingkat 3 kompleks Alamanda. Pastinya bukan sahaja novel Rayyan Fantasi yang ditandatangan, malah kedapatan juga pengunjung yang membawa novel-novel sdr. Ramlee yang lain.

Photobucket
Saya membeli dua naskhah novel Rayyan Fantasi, satu untuk saya sendiri, satu lagi untuk isteri. Mengapa saya beli dua naskhah padahal kami pasangan suami-isteri? Ini sebagai sokongan kami kepada sdr. Ramlee.

Photobucket
Saya sudah memulakan pembacaan Rayyan Fantasi, baru di bab 4. InsyaAllah, saya akan bikin resensi nanti. Satu sahaja komen saya untuk sekilas pandang, iaitu desain kulit depan novel ini kurang menyengat. Adakah pereka grafik Alaf 21 sudah kering idea? Novel yang baik akan sedikit cacat sekiranya desain kulit dan packaging keseluruhan buku diambil sambil lewa sahaja. Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21 mesti membuka mata luas-luas berkenaan hal ini.

Dalam kesempatan itu juga saya membeli dua naskah novel terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd, berjudul Rona-Rona Cinta Damascus dan Cinta Granada. Novel Cinta Granada ialah sekuel kepada novel sebelumnya yang berjudul Rindu Andalusia. Faktor utama saya membelinya di MPH ialah harganya. Cuma RM23.00 untuk dua naskhah!

Hayati kumpulan foto yang saya rakam. Saya juga mengambil foto-foto dari Facebook RAMFC di majlis Pelancaran Novel Rayyan Fantasi tersebut. Semoga ceria di tahun 1432 Hijrah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
“Jika ada peminat yang berasa terseksa menantikan kehadiran novel terbaru dari saya, sebenarnya saya lebih-lebih lagi terseksa untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar dapat memuaskan hati peminat-peminat. Kehadiran novel ini, sekiranya baik adalah kerana Allah S.W.T dan sekiranya tidak sempurna, adalah kerana diri saya sendiri.” Itulah di antara kalimah yang dilontarkan oleh penulis prolifik Alaf 21 ini.

Berkaitan: Laporan dari Alaf 21 Sdn. Bhd.
21 Zulhijjah 1431H - Assalamualaikum. Saya sudah tahu. Semua AJK Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) juga sudah tahu. Saudara Ramlee memang suka berkongsi pengalamannya. Beliau pernah menceritakan suka-duka sebelum karyanya dikenali ramai kepada saya. Namun mungkin ramai orang tidak tahu akan hal ini. Saya salin kembali post dari blog Pengerusi PTS ini.
Saya petik teks di bawah ini dari blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, di mana beliau menulis kata-kata yang diucapkan oleh Tuan Ramlee Awang Murshid kepada beliau:

“Darjah tiga, saya masih tidak boleh membaca. Ayah saya menangis apabila saya berjaya memperolehi ijazah.”


“Prof, 10 tahun buku-buku saya tidak laku. Saya melalui zaman merayu dan meminta simpati untuk hasil karya saya diterbitkan. Alaf 21 yang memberi peluang kepada saya. Saya merayu kepada Allah, kemudian saya membayar zakat dan saya percaya janji Allah itu sentiasa benar. Rumah saya dibeli hasil royalti. Kereta juga begitu.”


Tuan Ramlee Awang Murshid adalah penulis novel popular lelaki paling berjaya (dan kaya) dalam pasaran saat ini. Kisah benar beliau itu menjadi bukti bahawa penulis buku Melayu mempunyai peluang hidup selesa daripada pendapatan royalti mereka. Zaman penulis buku Melayu harus hidup 'miskin' sudah berlalu.
Perkara yang amat penting ingin saya sorot dari sini ialah zakat. Zakat menyuburkan rezeki, bukannya mengurangkan apa yang diberikan oleh Allah. Ibadah zakat tidak semestinya dibayar melalui agensi pungutan zakat. Boleh juga kita mengenal pasti mana-mana pihak yang layak menerima wang zakat, kemudian kita menyerahkannya secara langsung. Namun kaedah ini mungkin tidak membolehkan kita memiliki resit bagi diambil kira dalam penyata cukai pendapatan. Hukumnya tetap sah, insyaAllah.

Perihal zakat ini baru sahaja tadi (petang 27 Nov. 2010) saya dan Zonan bercerita semasa dalam perbualan sambil minum dan makan sebelum pergi ke pejabat jualan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Janji Allah itu benar. Hanya Allah yang Maha Tahu.

Berkaitan:
Diam-diam jangan bising, novelis thriller Ramlee suka masakan mee goreng
Saya, Ramlee dan RAMFC

Aidilfitri: Rumah novelis Ramlee diserbu tetamu sehingga waktu Isyak
Aku, Ramlee dan sahabat Utusan di rumah terbuka Aidilfitri

Saya memang suka membaca, sejak dari mula mengenal huruf sehinggalah sekarang. Saya masih ingat emak saudara saya berkata bahawa dia kagum dengan semangat saya membaca semasa saya bersekolah rendah. Saya pun tidak ingat bahawa saya begitu tekun menelaah buku-buku teks sekolah, sebagaimana diceritakan oleh emak saudara saya itu. Menurut beliau, saya begitu tekun membaca dengan hanya bertemankan pelita minyak tanah sahaja, tanpa menghiraukan siapa pun yang datang ke rumah pada waktu itu.

Sungguh, memang keluarga saya minat membaca dan menimba ilmu. Emak saya sampai sekarang masih meneruskan minat membacanya, dan antara buku-buku atau novel yang emak amat suka ialah novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid.

Jangan terkejut, emak saya yang berumur lebih 50 tahun pun meminati novel Ramlee, kerana manurut beliau, tulisan Ramlee lain dari yang lain. Dan itu saya akui kerana emak saya membaca novel Ramlee yang saya miliki, kesemuanya. Setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur, terus dia tanya, “Novel baru Ramlee ada?”.

Jangan terkejut juga jika saya nyatakan bahawa adik saya, seorang Ustaz, juga meminati novel Ramlee. Pastinya setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya, bila beliau lihat ada novel Ramlee terbaharu dalam rak buku saya, dia akan segera ke kedai buku untuk membelinya.
Program BACA@LRT yang bermula di LRT stesen Gombak berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya pada 19 Januari 2013 meriah. Kumpulan massa ini kemudian berkumpul di tasik Taman Jaya, beramah mesra dengan novelis Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM), makan-makan dan bermain permainan. Insya-Allah, pulut kuning dan rendang ayam sediaan Chef Lusiana Adnin dari Lusiana Catering licin tiada berbekas.

Semasa berkumpul di sebuah gazebo tasik itu, ada beberapa pembaca membeli novel sejarah Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain dan buku motivasi Berfikir Gaya Champion, yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd. Jualan dibuat oleh Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), dan saya juga autograf buku-buku itu. Moga Allah berikan keberkatan dan manfaat dari kedua-dua buku ini.

Selain juadah pulut kuning dan rendang ayam, geng yang berkumpul di tasik Taman Jaya turut dapat bersantap menu lain seperti bihun goreng, nasi lemak bungkus dan beberapa sajian lagi. Untuk menyokong RAMFC, Lusiana Catering turut sediakan menu cucur udang dan kek cawan coklat.
Photobucket

Buat pertama kalinya Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid atau RAMFC mengetuai gerakan untuk program BACA@ LRT bersama Ramlee Awang Murshid (RAM). Acara ini sebagai salah satu platform untuk meraikan novel Aku Bercerita yang berada di pasaran bermula Januari. BACA@LRT bersama RAM  ini juga mendapat kerjasama daripada salah seorang pengasas BACA@ iaitu Tuan Zamri bin Mohamad

Selain daripada meraikan karya terbaharu RAM yang ke-25, BACA@LRT ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Budaya membaca ini tidak terhad hanya dibaca di rumah atau perpustakaan bahkan boleh dibaca di mana-mana sahaja seperti di dalam LRT.

Istimewa BACA@ kali ini adalah pembaca digalakkan untuk membaca karya RAM, tidak kira apa pun jua tajuk yang dipilih selain daripada novel terbaharu beliau berjudul Aku Bercerita.

Program dijalankan secara bersahaja dengan mengunakan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga stesen Kelana Jaya menuju ke Taman Jaya, Petaling Jaya. Dengan cara membaca dalam LRT ini ia dapat menimbulkan rasa kurang senang kepada penumpang yang tidak membaca. Ini jugalah  salah satu cara untuk menerapkan gaya hidup membaca dalam masyarakat.

RAMFC mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir menjadi pengerak misi. Bagi meraikan pengerak-pengerak BACA@, sesi tandatangan bersama RAM diadakan di Taman Jaya sejurus selesai program.

Sambutan Jubli Perak – Novel ke-25 karya RAM

Ramlee Awang Murshid, penulis thriller no.1 Malaysia meraikan buku ke-25 beliau Januari ini bertajuk Aku Bercerita. Sejak berkarya hampir 20 tahun, beliau kini baru merasakan zaman kegemilangan dalam dunia penulisan.

Digilai kerana karya-karya yang penuh aksi suspen dan thriler, novel beliau sangat ditunggu-tunggu oleh hampir 30 ribu peminat setia beliau, bahkan oleh ratusan ribu yang lain. Karya paling mendapat sambutan adalah daripada siri Laksamana Sunan yang mencecah lebih 100 ribu naskah. Kegilaan terhadap watak Laksamana Sunan yang mencontohi tingkah laku Rasulullah (SAW) menyebabkan ada menyangka watak Laksamana ini benar-benar wujud dengan mengaitkannya dengan keturunan Wali Songo di Indonesia.

Ada juga peminat beliau mencari tempat kelahiran Laksamana ini di negeri Melaka dan berkongsi saat gembira itu bersama rakan di dalam kelab peminat penulis ini. Bukan calang-calang penulis, beliau antara yang berjaya memecahkan dominasi penulis novel-novel cinta dengan menduduki sekurang-kurang 10 tangga teratas carta buku di kedai-kedai buku utama sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Memetik kata-kata beliau semasa bercuti di Istanbul bersama keluarga berkenaan dengan buku ke-25, “25 novel bermakna 25 tahun. Alhamdulilah, saya mencapainya kurang dari tempoh tersebut. Angka 25 juga bermaksud jubli perak, sekali lagi, bahkan jutaan kali rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kurnia ini. Justeru doa saya bersama doa kalian semua merupakan gabungan terbaik untuk terus merancang dan melaksanakannya. Untuk menghadapi semua itu maka cara terbaik adalah terus berjalan dengan tulus ikhlas dan tawakal.”

Photobucket
Perancangan masa hadapan

Program akan datang RAMFC adalah berbentuk forum di Pesta Buku Antarabangsa di bawah Kota Buku pada 27 April 2013. Penyertaan RAMFC dalam program-program berkaitan dunia buku ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi  industri perbukuan di Malaysia khususnya terhadap buku bahasa Melayu.

Memetik kata-kata Pemerhati Berkecuali RAMFC iaitu Tuan Web Sutera, “Kami bukan gila, melainkan mencipta idea gila-gila. Kami bukan taksub, cuma hargai karya-karya novelis Ramlee Awang Murshid. Kami bukan sesiapa, kami ialah geng Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)!”

Selain dapat makan-makan, autograf dari RAM dan bergambar kenangan, para peserta juga pulang dengan ole-ole berupa barang cendera hati dari Grup Buku Karangkraf dan penanda buku khas yang diberikan percuma. Selain dari itu, pembaca tegar karya novelis ini juga berpeluang membeli beberapa cendera hari yang disediakan oleh RAMFC seperti mug, baju-t dan butang khas yang merangkumi kata-kata dalam novel.

Teman dan sahabat, ini contoh ikatan ukhuwah demi memandaikan bangsa, insya-Allah.

Photobucket
Photobucket
** Kredit foto: RAMFC dan sahabat lain.

Photobucket
24 Syawal 1430H: Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan, saya dan Chef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi menerima panggilan dari klien, menjawab emel, menghantar sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan barang-barang keperluan.

Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal pertengahan Ramadhan 1430H lagi. Klik di sini untuk melihat kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri novelis Ramlee Awang Murshid.


Tahukah saudara, apakah makanan yang sangat digemari oleh saudara Ramlee? Di penghujung majlis semasa bertugas di rumahnya, pembantu saya menggoreng mee yang berlebihan. Anak beliau, adik Aizuddin, berkata kepada saya, “Abah memang suka makan mee goreng.” Tatkala bersantai di luar rumah menjelang Isyak, Ramlee makan (belasah!?) dua pinggan mee goreng! Memang sah bahawa Ramlee suka masakan itu.


Justeru hari raya jugalah, maka saya masih terkial-kial dalam meneruskan pembacaan novel sejarah Bidadari Paderi oleh saudara Saiful A.Imam. Tugas mengulas buku juga tergendala sebentar. Ulasan novel thriller Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang usai dibaca di penghujung Ramadhan 1430 Hijrah juga masih belum dimulakan.


Jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sesak dengan kenderaan lantaran rumah terbuka Aidilfitri. Di dua hujung minggu, saya terperangkap dalam kesesakan jalanraya dalam perjalanan ulang-alik ke premis klien bagi urusan katering.


Di hujung minggu lepas (9, 10 & 11 Okt), Chef Hana kepenatan memasak untuk tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk dua hari berturut-turut. Sebaik sampai di rumah pada malam Ahad, dia terus pengsan (tidur dengan nyenyaknya!)
Inilah rupa paras kek fondant yang dinamakan Kek Buku Klasik yang disediakan oleh Cef Lusiana Adnin dari Khidmat Katering Lusiana. Isi dalamnya ialah coklat. Kek ini dipersembahkan di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 dan Detik Debar, 17 Dis. 2011 di MPH 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Plot Fiksyen 302 karya Tuan Ramlee Awang Murshid pada hari itu banyak yang bocor di pelancaran bersama-sama novel Detik Debar karya Tuan Eyman Hykal. Suasana padat di 1Utama saya kurang suka. Saya rimas dengan kepadatan di pusat membeli belah 1Utama tersebut.

Terima kasih teman-teman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan tetamu yang hadir kerana sudi menjamah Kek Buku Klasik yang disediakan khas oleh Cef Lusiana Adnin. Terima kasih Tuan Ramlee Awang Murshid dan Tuan Eyman Hykal. Seperti kata saya, apa yang saya sediakan sebagai tanda sokongan kepada karya tuan-tuan berdua. Tahniah!

Komen Puan Noni Zainuddin, "Kek unik tajaan Web Sutera dan isteri. Bau yang menyelerakan dan bila makan memang sedap!" dan "Alfun shukran abang Web Sutera. Kek yang superb dan sangat menggugat iman bila dibuka tutup kotaknya, semerbak bau."

Cikpuan Sayidah Sabiah kata, "Kek coklat yang sedap dan cantik dari Web Sutera / Lusiana Adnin."

"Ramai yang mahu mati (atau syahid) di jalan Allah, tetapi adakah kita memahami atau menjalani kehidupan di jalan Allah?" Ini yang saya kutip dari kata-kata Tn. Ramlee Awang Murshid di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 pada hari tersebut. Kata-kata itu untuk sekuel seterusnya dalam siri Bagaikan Puteri, berjudul Sunan Musafir yang menurut Tuan Ramlee akan siap menjelang PBAKL 2012 nanti.

Tuan Eyman Hykal pula berceloteh dan melontarkan idea berkenaan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat hancur justeru sistem ekonomi sarat riba yang digenggam oleh Yahudi.

Isnin, 1.15am 26 Dis. 2011, di suatu dimensi kehidupan di Taiping, Perak. Saya melangsaikan pembacaan Fiksyen 302. Sebuah kisah yang memerangkap minda dan persepsi, tidak sedikit masanya saya 'tertipu'. Mainan psikologi dan emosi diputar berselirat di setiap bab dan plot. Teori (atau kebenaran?) fizik kuantum disusun ampuh, dijalin merentasi sebuah pengembaraan minda ke masa lalu.

Elemen sains-fiksyen menerawang cekerawala, sebuah fantasi dimensi masa demi mencari sebuah kebenaran. Tahniah, Tuan Ramlee Awang Murshid. Saya cemburu!

Detik Debar memang mendebarkan! Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat John Martinez sebanyak empat kali dipatahkan oleh Biro Risikan Negara (BISIK). Amerika Syarikat beralih kepada sistem kewangan Islam setelah runtuhnya sistem kewangan riba tajaan Yahudi.

Photobucket

Photobucket

Minggu lepas, dari 23 hingga 28 Julai 2007, saya dan krew sibuk dengan tempahan katering dari pelbagai pihak. Satu minggu yang amat bermakna bagi saya kerana ianya melibatkan 17 penghantaran makanan, termasuk pada hari Sabtu 28 Julai di Rumah PENA, Kuala Lumpur (dua kali penghantaran).

Program Apresiasi Novelis (PAsiNo), Baca Naskah Ramlee Awang Murshid yang julung-julung kali diadakan oleh Kelab Peminat Novel Alaf 21 (Alaf 21 FC) pada 28 Julai di Rumah PENA sungguh bermakna kepada saya. Ini bukan sahaja kerana saya menyediakan perkhidmatan katering, malah dari awal lagi saya memang menunggu untuk berjumpa dan berbual-bual dengan saudara Remlee Awang Murshid, salah seorang novelis kegemaran saya.


Saya dan isteri tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Ramlee dan mengambil kesempatan mendapatkan tandatangan beliau bagi tiga belas novel, dari Igauan Maut hingga Cinta Sang Ratu.


Banyak rahsia dikongsi bersama, dan yang paling istimewa ialah kata-kata Ramlee bahawa doa memainkan peranan penting bagi seorang Islam. Dengan doa, insyaAllah, Tuhan memberi hambaNya rezeki dan kemudahan dalam menjalani hidup. Itulah juga prinsip saya dalam melaksanakan bisnes katering ini.


Terima kasih diucapkan kepada Presiden Alaf 21 FC; Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd, En. Norden Mohamed; Ramlee Awang Murshid; rakan baru Budi, dan semua hadirin program tersebut kerana memuji masakan yang Lusiana Catering sediakan.


Secara khusus, Budi berkata kepada saya, “Masakan anda marvelous.”


Bagi Ramlee, saya secara peribadi tidak sabar menunggu novel seram Ungu Karmila. Dengar cerita Ramlee juga sedang menyiapkan novel ADAM 2, betulkah?


Dan saya turut gembira kerana dinobatkan sebagai salah seorang yang paling awal sampai untuk program ini ke Rumah PENA, dengan dihadiahkan sebuah novel terbaharu Alaf 21, Sentuhan Cinta oleh Haiza Najwa. Saya sampai pada pukul 7.40 pagi!


Saya akan masukkan lagi entri mengenai PAsiNo ini di lain ketika, bila saya mendapat gambar-gambar yang dirakam oleh pihak Alaf 21 FC. Tunggu…
Pada hemat saya, novel Ungu Karmila terbahagi kepada empat bahagian besar. Bahagian pertama merupakan sejarah awal Ungu Karmila, dari halaman 4 hingga ke 81. Bermula dari halaman 82 sehingga ke 290 penulis Ramlee Awang Murshid memberikan tumpuan kepada plot-plot yang berhubung kait dengan watak-watak utama.

Seterusnya debaran sebenar bermula tatkala berkumpulnya watak-watak utama di pejabat Arafat, iaitu bahagian ketiga, dari halaman 291 sehingga ke 456. Bahagian terakhir lebih kepada plot selepas terbakarnya Vila Sunyi di Puncak Rimba, Cameron Highland, dari muka surat 457 hingga ke epilog.


Bahagian pertama agak hambar. Namun ia penting sebagai pengenalan kepada sejarah Vila Sunyi dan bunga Ungu Karmila. Pendekatan berlainan dari novel-novel terdahulu Ramlee menampakkan kejayaan.
Penulis berjaya menggarap plot dan menjalin peristiwa di Vila Sunyi dengan amat baik. Bait-bait pendek dan mendebarkan. Bahagian ketiga ini menyukarkan saya untuk memberhentikan pembacaan saya.

Satu kekuatan Ramlee dalam novel ini beliau berjaya ‘menipu’ pembaca. Salah satu ialah plot yang dinukilkan selepas kejadian ngeri di mana semua pemburu hantu mati di Vila Sunyi. Saya berjaya ‘ditipu’ oleh Ramlee dengan watak Dr Ismadi bercakap-cakap dengan Ema, walhal pada waktu itu Ema sudah mati! Saya sedar watak Ema mati apabila kembali merujuk kejadian “tengkok Ema terlanggar salah satu tiang tangga semasa jatuh tergolek dari tingkat atas.”


Dalam pada itu, ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Saya mencari-cari apa maksudnya sehingga hampir ke penghujung cerita. Di situ baru jumpa.


Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya dijalin dengan menarik oleh Ramlee. Di sini Ramlee cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.


Beberapa ralat, saya kira, adalah seperti berikut:

  1. Halaman 203: “BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.” Sepatutnya bukan BADO tetapi DINO.
  2. Di kulit belakang, ada dinyatakan Vila Sepi, tetapi di halaman dalam pula semuanya merujuk kepada Vila Sunyi. Silap taip mungkin?
Walaupun begitu, ralat di atas tidak pula mencacatkan ‘debaran’ yang Remlee paparkan!
Di bawah ini adalah satu komen dari saudara yang tidak bernama terhadap entri “Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami” di blog ini. Ada intipati komen beliau yang saya setuju, ada juga yang saya kurang bersetuju. Walaupun begitu, komen insan tidak bernama ini patut diteliti untuk kebaikan dunia sastera kita.

Mungkin ada kesilapan Ramlee dalam menghuraikan sesuatu fakta agama dalam usaha untuk mengukuhkan plot. Untuk saudara Ramlee, ambil teguran yang baik sebagai satu ilmu bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu.

---------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------
Saya baru sahaja menghabiskan pembacaan Bagaikan Puteri. Dan saya boleh katakan yang saudara Ramlee tidaklah begitu bagus. Yang bagus saya kira hanyalah namanya yang sudah boleh diangkat sebagai 'brand'. Dia menulis picis-picis pun kalau ada dicetak namanya, boleh laku.


Saya juga tak faham kenapa novel ini diletakkan dalam kategori thriller. Aksi, ya. Cinta, ya. Tapi thriller, saya tak nampak relevennya. saya rasa hanya sekadar mainan kata-kata penerbit. Sekadar 'branding'.


Saya juga terkejut bila terbaca yang Ramlee ada menyatakan yang kita dibangkitkan dalam bentuk roh. Setahu saya, kita dibangkitkan kelak dalam bentuk fizikal, bukan roh.


Dan saudara Ramlee juga terlalu cuba melojikkan ceritanya yang memang tak lojik. Kurang bijak jika membuat cerita fantasi tapi masih memaksa pembaca untuk menerimanya sebagai lojik. Ingat, cerita yang bagus ialah walaupun tak lojik, penataannya lojik dan cerita yang tak bagus adalah sebaliknya. Beliau berkali-kali menyumbatkan penyataan 'dengan izin ALLAH' maka boleh berlaku kejadian balik ke zaman dahulu. itu tidak lojik.


Nah, maka tiada sempadan lagilah antara dunia sebenar dan fantasi. jika ada pembaca mengkritik, sudah tentu beliau akan berkata ; "dengan izin ALLAH semuanya mungkin”. Penulis yang bijak tidak menggunakan penyataan dengan Izin ALLAH untuk membawa pembaca percaya jalan ceritanya. Kita semua tahu itu.

Masih banyak lagi elemen-elemen tidak bijak dalam novel-novel beliau. Tapi memandangkan hanya beliau sahajalah penulis yang membawa kelainan, saya gagahi juga untuk membaca karyanya.
9 Jamadilakhir 1432H - Saya respek dan tabik dengan peminat novelis thriller Ramlee Awang Murshid. Setakat yang dapat dikesan, mereka datang sejauh Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah bagi meraikan pelancaran novel Sutera Bidadari dan mengunjungi PBAKL 2011 di PWTC. Bravo untuk semua!

Lautan puluhan ribu manusia di segenap ceruk PBAKL. Gerai PTS tidak usah cakaplah. Ini pertama kali saya melihat gerai dan buku-buku PTS diserbu bagaikan semut mendapat gula. Saya teruja melihat Puan Ainon Mohd. keletihan terduduk di kerusi sambil tersenyum. Saya berbual-bual dengan guru saya itu, turut teruja.


Satu fenomena yang sungguh dasyat! Lautan manusia yang jarang-jarang kita dapat lihat. Subhanallah! Rakyat Malaysia memang cintakan buku dan ilmu. Gerai PTS misalnya, paling padat pernah saya saksikan. Punyalah teruja sehinggakan kamera pun tertinggal di atas meja. Mujur Cikpuan Elle Syeila tolong simpankan.

Pada kali ketiga kunjungan, sempat berjumpa, memekar ukhuwah dan berbual-bual bersama Tuan Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander (foto bawah) pengarang bestseller PTS dari Indonesia di gerai PTS. Saya teruja justeru Tuan Wisnu memberi galakan ke atas usaha saya menulis fiksyen Alexander.

Photobucket
Ingatkan tidak membeli sebarang buku pada hari terakhir PBAKL 2011, Ahad, 1 Mei. Pusing punya pusing, tunggu punya tunggu, hampir RM160.00 juga dilaburkan. Empat hari saya menziarahi PBAKL tahun ini, lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Banyak peristiwa dan kenangan. Alhamdulillah. Buku paling mahal, selepas diskaun, berharga RM88.00, paling murah RM3.00.

Satu jam terakhir di pesta buku, Telaga Biru memberikan diskaun 20% untuk semua buku di gerainya. Must read 30%. Gerai Galeri Ilmu juga 20% diskaun. PTS pula 30%. Berbaloi menunggu sehingga ke penghujungnya.

Photobucket
Ini pula cacatan pinggiran. Saya bukan penulis buku yang prolifik pun. Saya cuma pentaksub buku. Hanya buku Buat Duit dengan Katering diterbitkan oleh PTS Professional Sdn. Bhd. sahaja setakat ini. Di hari terakhir PBAKL 2011, saya terserempak dengan sahabat lama Tuan Azeman Abdullah dan isterinya Kartinah. Dia bertanya, "Demo silap pilih kursus ko maso kat USM dulu?" Minat terhadap sastera memekar di USM dan destinasi buku murah yang sering dilawati ialah Bazar Chowrasta, Penang Road.

Dalam pada itu, sudah memasuki minggu kedua saya mengulang baca (kali ke-2) buku La Tahzan oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni, edisi kecil setebal 940 muka surat. Ini edisi eksklusif al-Hidayah kedai buku Popular. Selain itu tiga buku lain ialah edisi istimewa Aku Terima Nikahnya oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd, Kod Michelandelo oleh Pekan Ilmu Publications dan novel ala-ala Da Vinci Code berjudul The Word.

Ternyata bahawa bacaan kali kedua La Tahzan masih memberi kesan kepada saya dalam sesi muhasabah diri. Edisi pertama yang saya baca ialah edisi kulit keras.

Hari pelancaran novel Sutera Bidadari

Sutera Bidadari adalah sebuah novel fantasi-thriller garapan idea dari minda Tuan Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Satu majlis pelancaran novel ini telah dijayakan pada tanggal 30 April 2011 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya sebagai peminat setia dan pembaca tegar semua karya Tuan Ramlee tidak melepaskan peluang meraikan majlis tersebut, pastinya. Novel Sutera Bidadari diluncurkan ke pasaran selepas hampir setengah tahun judul Rayyan Fantasi diraikan di toko buku MPH, Alamanda, Putrajaya pada 4 Disember 2010.

Pada sebelah malam sehari sebelum tarikh 30 April, Cef Hana Lusiana Catering meluahkan hasrat untuk menyediakan kek baldu merah (red velvet). Sebelum saat fajar menyingsing tanggal 30 April, Cef Hana dengan cekatan mengadun resepi rahsia dan seterusnya memasukkan kek ke dalam oven.

Sejujurnya kek ini tiada dalam perancangan panitia AJK pelancaran Sutera Bidadari. Justeru saya tidak membocorkan sebarang khabar kepada geng AJK yang terlibat. Dua insan pertama yang mengetahuinya ialah saudara Zonan Villa dan saudara Abang Long (Presiden Kelab Peminat Alaf 21) di pagi 30 April tatkala sahabat berdua itu mampir ke teratak saya untuk bersama-sama ke PBAKL 2011.

Pada mulanya saya membisikkan kepada saudara Mie Long, presiden Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) tatkala berkumpul di PWTC supaya memasukkan aturcara memotong kek di majlis pelancaran Sutera Bidadari. Namun di saat-saat akhir hajat saya tidak kesampaian justeru kepadatan pengunjung PBAKL 2011 dan situasi amat sendat dalam dewan Grup Buku Karangkraf. Kek tidak dapat dibawa masuk.

Kek baldu merah seberat hampir 4 Kilogram tersebut akhirnya dipotong dan dibahagi-bahagikan kepada semua AJK dan geng RAMFC yang terlibat di satu sudut dalam bangunan PWTC
. Nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’ bergema tanpa segan sebelum insan yang diraikan, Tuan Ramlee Awang Murshid, memotong kek hasil idea, kreativiti dan air tangan Cef Hana itu.

Terima kasih dan syabas untuk Cef Hana kerana usahanya menambah seri keriangan di majlis Pelancaran Sutera Bidadari yang pasti menjadi nostalgia khas teman-teman panitia AJK dan geng ‘berbaju hitam’.

Saya memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan rasa dan kecacatan deria nubari. Ini salah satu manifestasi daripada Lusiana Catering dan Cef Hana dalam memberikan sokongan kepada karya-karya Tuan Ramlee Awang
Murshid dan geng RAMFC. Tahniah dan bravo untuk semua!

Photobucket
Photobucket
Saya sertakan beberapa rakaman peristiwa di majlis penuh ukhuwah tersebut. Kredit foto untuk Cikpuan Elle Syila, Puan Sempoii Morrok dan RAMFC.

RAMFC ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja kami seperti berikut:

- Grup Buku Karangkraf - Selaku penaja acara.
- Barangan berjenama Jane Holli - Penaja hadiah VIP dan pembaca bertuah.
- Hotel Concorde Kuala Lumpur - penaja hadiah pembaca bertuah.
- Inner Secrets Detox Centre Pavillion – penaja voucher rawatan detox secara percuma untuk sukarelawan.
- Din’s Taekwondo – Penaja makan tengahari dan sarapan untuk sukarelawan RAMFC.
- Puan Linda Amri – Penaja makan tengahari dan sarapan untuk sukarelawan RAMFC.
- Beliamuda.com – Penaja makan tengahari dan sarapan untuk Sukarelawan RAMFC.
- Lusiana Catering – Penaja kek pelancaran Sutera Bidadari.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Berkaitan:
Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

Saya suka Buku Jingga!


PBAKL 2011: Memekar ukhuwah bersama pemuda di gerai Palestin
PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) tamat semalam. Selama berlangsung pesta, aku bekesempatan dua kali pergi ke sana; Rabu 24 Mac dan Ahad 28 Mac 2010.

Pada hari Rabu itu aku sudah senaraikan buku-buku yang hendak dibeli. Sengaja aku pilih hari bekerja selepas cuti sekolah bagi mengelak kesesakan melampau di lorong-lorong gerai jualan buku. Di pesta buku tahun lepas aku sudah terkena, jadi tahun ini aku rancang baik-baik dengan satu tujuan – belanja sakan untuk buku!

Untuk hari terakhir pada Ahad 28 Mac (semalam) aku ke sana lagi dengan satu tujuan utama, iaitu memeriahkan majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi karya saudara Ramlee Awang Murshid. Ramai rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) hadir. Justeru itu masa yang lama di sana menjadi pendek kerana aktiviti-aktiviti yang kami raikan. Pastinya aku tidak lepaskan peluang mendapatkan buku lain yang belum sempat disambar pada hari Rabu sebelumnya.

Ini senarai buku yang aku beli di PBAKL 2010. Karya saudara Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd:
  • Uthman Affan: Pengumpul al-Quran
  • Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
  • Ikrimah: Penentang Jadi Pembela
  • Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit
  • Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
  • Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem
  • Abu Bakar: Sahabat Sejati
  • Dol Said: Pahlawan Naning
  • Khalid: Memburu Syahid
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
  • Setelah Roboh Kota Melaka
Novel sains-fiksyen/fantasi terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd:
  • Pahlawan Adamus oleh saudara Silsoh Khairol
  • Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Masa oleh saudara Ashadi Zain dan Moh Dat Molok
  • Penakluk Kota Unggu oleh saudara Kusyi Hirdan
  • Misi Purnama Biru oleh saudara Hasbullah Abu Bakar
Pastinya aku tidak ketinggalan memiliki buku sejarah berjudul Alexander Adalah Zulqarnain oleh penulis Indonesia saudara Muhammad Alexander. Sebuah novel Islami, Syahadah Gadis Ateis oleh saudara Imran Haaz, dan novel metropolitan Syok berjudul Kita Hanya Di Seberang Jalan oleh saudara Bahruddin Bekri juga tidak berjaya terlepas dari jaringku.

Justeru sangat tertarik dengan desain dan gambar-gambar yang disertakan, aku juga membeli lima buah buku resepi pilihan oleh Chef Hanieliza, juga terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Di gerai Kemilau Publika Sdn. Bhd, aku mendapatkan tiga buah buku karya saudara Hepi Andi Bastoni iaitu Belajar Dari Perang Badar - Strategi Menghadapi Kemenangan; Belajar Dari Perang Uhud – Strategi Menghadapi Kekalahan; dan Belajar Dari Perang Khandaq – Strategi Mempertahankan Diri.

Di lokasi yang menempatkan rangkaian penerbit Karangkraf Sdn. Bhd, Alaf 21 Sdn. Bhd, Buku Prima Sdn. Bhd. dan Sinar Harian, aku membeli novel bahasa Inggeris Forsaken, sebuah buku masak, dan pastinya tidak ketinggalan novel thriller Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagai penggemar fiksyen bahasa Inggeris saudara Khoo Kheng-Hor, aku tidak melepaskan peluang membeli karya terkini beliau, SIFU, dengan pujukan kepada pegawai di gerai Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd supaya diberi diskaun lebih. Hasilnya aku dapat diskaun melebihi 20 peratus untuk SIFU ini. Ini karya kelima oleh Khoo Kheng-Hor yang aku miliki (empat fiksyen dan satu bukan-fiksyen). Baca sini dan sini untuk resensi dua fiksyen beliau.

Satu sorotan yang aku ingin nyatakan di entri pertama berkenaan PBAKL 2010 ini. Di majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi, ada seorang pembaca tegar karya sdr Ramlee, seorang gadis berpurdah. Beliau bertanya satu soalan kepada sdr Ramlee mengenai watak Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani. Sila lihat foto (atas) yang disertakan. Aku secara peribadi kagum dengan gadis Muslimah ini. Subhanallah!

Dalam pada itu, aku kecewa kerana
buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata tidak kedapatan di PBAKL 2010. Aku bertanya rakan-rakan, mereka pun tidak nampak kelibat buku ini. Mengapa?
Saya bersama sekumpulan rakan pembaca tegar karya novelis Tuan Ramlee Awang Murshid pada petang Sabtu, 23 Jun 2012 di suatu lokasi di Wangsa Maju. Majlis santai sambutan ulang tahun penubuhan RAMFC ke-5 diraikan meriah dalam tautan ukhuwah.

Kesempatan juga diambil mempromosi novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Terima kasih, geng pentaksub tegar karya novelis thriller terbaik kita. Kek cawan berjumlah 48 unit khas dihasilkan oleh Chef Lusiana Adnin dari Lusiana Catering. Sokongan saya tidak berbelah bahagi, insya-Allah.


Terima kasih atas komen-komen terhadap kek cawan (cupcakes) yang disediakan oleh Chef Lusiana Adnin. Kalian memang brutal, namun senang berbicara.

Di bawah saya terbitkan nukilan rasa Cikpuan Pengasas, Elle Syeila, yang berani menjemput beberapa orang pembaca tegar novelis ini menubuhkan sebuah kelab yang bernama Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid atau RAMFC. Memang beliau seorang srikandi, insya-Allah.

Tahniah saya ucapkan kepada AJK Projek Lepasan Kelara: Ekspresi Kembara Setengah Dekad dan MT RAMFC 2012/13 atas kejayaan acara semalam. Kepada rakan-rakan rapat saya dalam RAMians, saya takkan lupa segala telah kita lalui bersama selama 5 tahun ini.

Ada sudah menjadi lawan (dalam sesetengah isu), ada menjadi kawan baik dan ada menjadi penulis pula (seperti Web Sutera dan Attokz Dikulgai). Tahniah, anda
semua berhak atas kejayaan kelab sepanjang tempoh 5 tahun ini. Saya hanya menebas semak, anda jugalah banyak meratakan jalan.

Sepanjang 5 tahun ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Grup Buku Karangkraf kerana menerima kemunculan kelab ini dalam arus perkembangan semasa arena buku di Malaysia. Saya harap kalau ada salah dan silap, kemaafan jua dipinta. Ia hanya kerana saya hanya manusia biasa.


Kini kami boleh katakan telah mempopularkan trend kelab buku di Malaysia. Terima kasih juga sokongan padu rakan-rakan Gerakan Bawah Tanah. Sokongan padu media yang pernah membuat liputan acara kami dan juga rakan-rakan blogger.

Terima kasih kepada Tuan RAM (Ramlee Awang Murshid) sebab tidak pernah boikot kami. Malah beliau selalu merestui segala apa yang kami lakukan dan menghargainya pula dengan caranya yang tersendiri. Terima kasih kepada Puan Dayang dan Aizuddin sebab sanggup kongsi masa suami dan ayah ini dengan kami.


Kepada pembenci (dan pihak yang memandang sinis), kami adalah RAMians, kami adalah penyokong tegar karya Ramlee Awang Murshid. Anda boleh panggil kami apa saja. Tapi kami telah berpendirian, karya yang baik seharusnya diangkat dan dimartabatkan dan bukan diperlekeh dengan otak cetek dalam dunia pembacaan.


Sokongan ramai memanglah sangat dihargai. Secara terus terang, RAMFC telah serba sedikit berjaya mengubah trend pembacaan pop
ular di Malaysia. Harap tidak berbunyi angkuh. Hanya ingin menekankan, kami bukan hanya bersuka-suka, kami sememang ingin meraikan karya yang baik.

Kepada sesiapa yang rasa kami nampak sentiasa mengawal benteng, tetapi kami juga sebenar sangat kritikal. Kami tahu had dan batas kami.


Saya akhiri ucapan bertulis tidak rasmi saya ini kepada RAMIans yang berhubung melalui Grup Facebook, Fanpages Fancebook, Twitter mahupun dilaman sesawang rasmi kami di www.kelabram.com.
Photobucket
Photobucket

Ini pula komen seorang bos dan rakan RAMFC. Sila h
ayati.
Saya ingin kongsi rahsia dengan semua. Rahsia ketika saya menerajui Alaf 21.

Terus terang, Elle Syeila, bila Elle telefon saya dulu kerana hendak wujudkan kelab RAM, saya ragu-ragu sekali. Maklumlah, ketika itu ada banyak fanclub penyanyi yang begitu protektif dan buat perangai hinggakan penyanyi sendiri tak tahan dengan kerenah mereka.

'Siapa budak ini? Apakah dia ini hendak ambil kesempatan di atas populariti RAM?' kata hati curiga saya. Saya layari YahooGroup dan blog kelab RAM untuk teliti ahli-ahlinya. Makin lama ahli-ahlinya semakin ramai dan kejujuran RAMians sendiri meluntur dan menghancurkan prasangka itu menjadi debu.

Saya ucapkan tahniah kepada Elle kerana berpandangan jauh. Sebenarnya, andalah pengukir ilham kelab RAM dan dengan ahli-ahli yang lain telah memotivasikan abang RAM sendiri. Ahli-ahli baru kelab RAM jangan lupakan sejarah ini.


Rasa terima kasih abang RAM kepada Elle dan RAMians selalu sangat dia ucapkan kepada saya.

All the best.
Eyman Hykal, juga RAMian!
Selamat menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan RAMFC. Saya dan Lusiana Catering tetap bersama dan menyokong kalian.

Cerita pulut kuning:
Juadah dan ukhuwah di pertemuan Mengbongkar Rahsia Perindu, RAMFC di Putrajaya
Saya dan novelis Ramlee Awang Murshid: Klik
di sini.


Photobucket
Photobucket

Photobucket
top