Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

29 Rabiulawwal 1432H - Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilaporkan akan mengulas dan memberi penjelasan mengenai implikasi yang bakal dihadapi kerajaan berhubung tawaran pelan 100 hari yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat pada siri jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan bermula bulan ini.

Mstar Online melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “Penjelasan berhubung tawaran pembangkang menerusi Buku Jingga perlu dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dan terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.”

"Nanti sampai ke satu peringkat yang Perdana Menteri dan saya akan buat, kita akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan yang agak besar kononnya boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada kerajaan bimbang dengan tawaran Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.

“Januari lalu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak,” kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang dipetik oleh Harakahdaily.

Justeru, katanya PKR melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini, ujarnya termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara.

“Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.”

Download dari sini untuk Buku Jingga Pakatan Rakyat. Baca dahulu, kemudian buat pandangan sendiri.

Saya juga ada sebuah Buku Jingga. Memang ianya berwarna jingga. Tetapi ianya berkaitan bisnes katering. Buku berjudul Buat Duit dengan Katering ini merupakan pengalaman sebenar saya dalam membangunkan bisnes katering.

Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Saya mencurahkan segala pengalaman seharian dalam membangun dan menjalankan bisnes katering yang sudah memasuki tahun keenam. Buku ini bukan sahaja sebagai panduan menceburi bisnes katering daripada pengalaman meraduk gelombang yang menghempas, malah ianya juga diisi dengan kisah-kisah benar.

Saya selitkan juga unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh. Saya mengakui bukan mudah untuk mempastikan bisnes kita menguntungkan. Namun begitu ianya juga bukan perkara mustahil. Seperti yang saya bentangkan dalam buku ini, jika kecil modalnya, maka kecil juga anda mulakan bisnes. Jika besar modalnya dan ada aliran tunai yang kukuh, besar pula skop katering yang boleh diceburi.

Sila dapatkan buku Buat Duit dengan Katering di kedai-kedai buku berhampiran. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan lebih menyukai pembelian secara online, sila ke laman Book Cafe di http://www.bookcafe.com.my/. Ada diskaun di situ, insyaAllah.

Berkaitan:
Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering

0 comments:


Photobucket
top