Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya memang suka membaca, sejak dari mula mengenal huruf sehinggalah sekarang. Saya masih ingat emak saudara saya berkata bahawa dia kagum dengan semangat saya membaca semasa saya bersekolah rendah. Saya pun tidak ingat bahawa saya begitu tekun menelaah buku-buku teks sekolah, sebagaimana diceritakan oleh emak saudara saya itu. Menurut beliau, saya begitu tekun membaca dengan hanya bertemankan pelita minyak tanah sahaja, tanpa menghiraukan siapa pun yang datang ke rumah pada waktu itu.

Sungguh, memang keluarga saya minat membaca dan menimba ilmu. Emak saya sampai sekarang masih meneruskan minat membacanya, dan antara buku-buku atau novel yang emak amat suka ialah novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid.

Jangan terkejut, emak saya yang berumur lebih 50 tahun pun meminati novel Ramlee, kerana manurut beliau, tulisan Ramlee lain dari yang lain. Dan itu saya akui kerana emak saya membaca novel Ramlee yang saya miliki, kesemuanya. Setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur, terus dia tanya, “Novel baru Ramlee ada?”.

Jangan terkejut juga jika saya nyatakan bahawa adik saya, seorang Ustaz, juga meminati novel Ramlee. Pastinya setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya, bila beliau lihat ada novel Ramlee terbaharu dalam rak buku saya, dia akan segera ke kedai buku untuk membelinya.

0 comments:


Photobucket
top