23 Jamadilawal 1432H - Pada hari Isnin lepas (25 April 2011) saya meluangkan masa dari jam 2.00 sehingga 8.30pm di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011). Kunjungan ini adalah kali kedua setelah kali pertama pada hari kedua pesta yang padat dan sendat. Puas hati kerana dapat menziarahi banyak gerai. Berjumpa, bertegur sapa dan bertukar maklumat bersama ramai individu. Banyak pula ole-ole untuk diri sendiri dan anak lelaki dibawa pulang. Alhamdulillah.
Saya bertemu Ustaz Riduan Mohd Nor, Tuan Mohd Sallehuddin, Tuan Bahruddin Bekri, Puan Ain Maisarah dan suami, Cikpuan Roziyah Mahamad, Tuan Zamri Mohamad. Menyapa, bertukar info perjuangan dan memekar ukhuwah bersama pemuda di gerai Palestin dan ramai lagi para editor dan petugas gerai-gerai buku. Alhamdulillah.
Buat kali kedua saya mengunjungi gerai One Nusantara. Terdapat tiga buah novel fantasi-thriller yang cukup menggamit rasa. Foto buku-buku tersebut saya sertakan di sebelah kiri. Namun begitu, saya masih menunda pembeliannya lantaran tiada diskaun yang ditawarkan. Penerbit ini juga sudah berjaya mencuri minat pembaca bahasa Melayu dengan usaha terjemahan novel penyiasatan dari Jepun. Cumanya ada faktor tersendiri mengapa saya masih berkira-kira untuk memilikinya. Saya kira saudara Zonan Villa arif apa sebabnya.
Dalam pada itu, Ustaz Riduan Mohd NorNik Abdul Aziz Nik Mat
Pada kunjungan pada hari keempat PBAKL 2011 ini, saya membeli 15 buah buku (fiksyen dan non-fiksyen) dan 5 buah komik-M (untuk bacaan diri sendiri dan anak lelaki). Pada kunjungan pertama Sabtu sebelumnya, saya membawa pulang enam buah buku.
Antara buku-buku yang dibeli ialah Cinta di Langit Gaza oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor, Al-Aqsa Dalam Bahaya!! oleh Ustaz Maszlee Malik dan Memperingati Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Di gerai Pekan Ilmu, saya memperolah sebuah novel thriller berjudul Kod Michelangelo setebal 634 muka surat. Sekilas pandang plotnya serupa The Da Vinci Code. Namun menurut pengurus penerbitannya Cikpuan Nurul Hammidi, plotnya agak berlainan, walaupun kelihatan sama. Potongan harga 30% lebih mengujakan saya!
Satu perkara lagi, sebelum memasuki PWTC, saya singgah di mesin ATM bertempat di pusat membeli-belah di hadapan Hotel Pan Pacific. Ada jualan buku bahasa Inggeris di foyernya pula. Saya membeli The Da Vinci Code (Special Illustrated Collector's Edition) (UK) berharga RM29.90 sahaja dan A Bit of Earth hanya RM3.00!
Edisi khas berilustrasi The Da Vinci Code memang sudah lama saya idamkan, tetapi terpaksa menarik nafas beberapa tahun dahulu kerana harganya. Justeru tawaran harga RM29.90, saya tidak berfikir dua kali lagi (walaupun mungkin ada rakan akan bertanya, “Buat apa beli lagi? Kau sudah ada edisi awal, bukan?”). Harga asal RM119.90. Belum masuk dewan PBAKL lagi sudah terbang duit. Novel berjudul A Bit of Earth pula berlatar belakangkan Tanah Melayu (Malaya). Penulis Suchen Christine Lim melukis fakta sejarah lewat imaginasinya. Ya, sebuah fiksyen sejarah yang menarik.
Berkaitan: Enam buah buku di hari ke-2 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011Buat kali kedua saya mengunjungi gerai One Nusantara. Terdapat tiga buah novel fantasi-thriller yang cukup menggamit rasa. Foto buku-buku tersebut saya sertakan di sebelah kiri. Namun begitu, saya masih menunda pembeliannya lantaran tiada diskaun yang ditawarkan. Penerbit ini juga sudah berjaya mencuri minat pembaca bahasa Melayu dengan usaha terjemahan novel penyiasatan dari Jepun. Cumanya ada faktor tersendiri mengapa saya masih berkira-kira untuk memilikinya. Saya kira saudara Zonan Villa arif apa sebabnya.
Dalam pada itu, Ustaz Riduan Mohd NorNik Abdul Aziz Nik Mat
Pada kunjungan pada hari keempat PBAKL 2011 ini, saya membeli 15 buah buku (fiksyen dan non-fiksyen) dan 5 buah komik-M (untuk bacaan diri sendiri dan anak lelaki). Pada kunjungan pertama Sabtu sebelumnya, saya membawa pulang enam buah buku.
Antara buku-buku yang dibeli ialah Cinta di Langit Gaza oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor, Al-Aqsa Dalam Bahaya!! oleh Ustaz Maszlee Malik dan Memperingati Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Di gerai Pekan Ilmu, saya memperolah sebuah novel thriller berjudul Kod Michelangelo setebal 634 muka surat. Sekilas pandang plotnya serupa The Da Vinci Code. Namun menurut pengurus penerbitannya Cikpuan Nurul Hammidi, plotnya agak berlainan, walaupun kelihatan sama. Potongan harga 30% lebih mengujakan saya!
Satu perkara lagi, sebelum memasuki PWTC, saya singgah di mesin ATM bertempat di pusat membeli-belah di hadapan Hotel Pan Pacific. Ada jualan buku bahasa Inggeris di foyernya pula. Saya membeli The Da Vinci Code (Special Illustrated Collector's Edition) (UK) berharga RM29.90 sahaja dan A Bit of Earth hanya RM3.00!
Edisi khas berilustrasi The Da Vinci Code memang sudah lama saya idamkan, tetapi terpaksa menarik nafas beberapa tahun dahulu kerana harganya. Justeru tawaran harga RM29.90, saya tidak berfikir dua kali lagi (walaupun mungkin ada rakan akan bertanya, “Buat apa beli lagi? Kau sudah ada edisi awal, bukan?”). Harga asal RM119.90. Belum masuk dewan PBAKL lagi sudah terbang duit. Novel berjudul A Bit of Earth pula berlatar belakangkan Tanah Melayu (Malaya). Penulis Suchen Christine Lim melukis fakta sejarah lewat imaginasinya. Ya, sebuah fiksyen sejarah yang menarik.
Pesta Buku 2011: Pesta baner antara PTS dan Karangkraf
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, aku borong sakan!
Aku di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009, laporan 2
Aku di Pesta buku Kuala Lumpur 2009, laporan 1
5 comments:
Menarik!
Bestnyer dapat borong buku banyak-banyak begini!
bila encik nak buat komen pasal novel kod michelangelo tu? best ke tak?
Assalamualaikum, Tuan Tanpa Nama di atas,
Maaf kerana saya masih belum berkesempatan untuk mengulas novel Kod Michelangelo tersebut. Memang sudah khatam. Insya-Allah, berikan saya sedikit masa lagi. Secara ringkas ianya okey, cuma terdapat beberaps sudut yang perlu diperhalusi oleh penulis.
Sdr. Torpedo, terima kasih atas jejak :-)
salam,
encik masih belum buat review novel Kod Michelangelo tu..kami semua nanti2kan nya.. :)
Post a Comment