
Tidak ketinggalan juga sahabat aku dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu saudara Kamil Ahmad Ghazali (pengurus penerbitan) dan Razlan Mohamed Noor (editor) menjamah sajian yang chef hidangkan. Aku mempertemukan Ramlee dengan mereka berdua, lantas bualan mere

Kepada Elle dari Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid bersama rakan Aisyah, terima kasih sahabat kerana mampir ke teratak aku walaupun jam sudah mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua ini membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.
Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, aku gembira dan bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam suasana harmoni.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberapa ahli keluarga dari sebelah chef. Suasana menjadi bingit sebentar apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam bahasa Minang.
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.


3 comments:
ehem.. nk curi gmbar boleh ka? terutama sesi diskusi tanpa permit tue...
xberkesempatan nak dtg hari tu.ade kenduri di shah alam.sempat singgah g alaf 21 kejap.
alahai,xdpt rasa masakan chef ni...
abg web ni kan buat org terliur je tau.......
nasib baik la kena gi kenduri kat muar kalau x mmg dah drive dr kuantan ke kl lps keje ari jumaat 2
Post a Comment