Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Di bawah ini adalah satu komen dari saudara yang tidak bernama terhadap entri “Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami” di blog ini. Ada intipati komen beliau yang saya setuju, ada juga yang saya kurang bersetuju. Walaupun begitu, komen insan tidak bernama ini patut diteliti untuk kebaikan dunia sastera kita.

Mungkin ada kesilapan Ramlee dalam menghuraikan sesuatu fakta agama dalam usaha untuk mengukuhkan plot. Untuk saudara Ramlee, ambil teguran yang baik sebagai satu ilmu bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu.

---------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------
Saya baru sahaja menghabiskan pembacaan Bagaikan Puteri. Dan saya boleh katakan yang saudara Ramlee tidaklah begitu bagus. Yang bagus saya kira hanyalah namanya yang sudah boleh diangkat sebagai 'brand'. Dia menulis picis-picis pun kalau ada dicetak namanya, boleh laku.


Saya juga tak faham kenapa novel ini diletakkan dalam kategori thriller. Aksi, ya. Cinta, ya. Tapi thriller, saya tak nampak relevennya. saya rasa hanya sekadar mainan kata-kata penerbit. Sekadar 'branding'.


Saya juga terkejut bila terbaca yang Ramlee ada menyatakan yang kita dibangkitkan dalam bentuk roh. Setahu saya, kita dibangkitkan kelak dalam bentuk fizikal, bukan roh.


Dan saudara Ramlee juga terlalu cuba melojikkan ceritanya yang memang tak lojik. Kurang bijak jika membuat cerita fantasi tapi masih memaksa pembaca untuk menerimanya sebagai lojik. Ingat, cerita yang bagus ialah walaupun tak lojik, penataannya lojik dan cerita yang tak bagus adalah sebaliknya. Beliau berkali-kali menyumbatkan penyataan 'dengan izin ALLAH' maka boleh berlaku kejadian balik ke zaman dahulu. itu tidak lojik.


Nah, maka tiada sempadan lagilah antara dunia sebenar dan fantasi. jika ada pembaca mengkritik, sudah tentu beliau akan berkata ; "dengan izin ALLAH semuanya mungkin”. Penulis yang bijak tidak menggunakan penyataan dengan Izin ALLAH untuk membawa pembaca percaya jalan ceritanya. Kita semua tahu itu.

Masih banyak lagi elemen-elemen tidak bijak dalam novel-novel beliau. Tapi memandangkan hanya beliau sahajalah penulis yang membawa kelainan, saya gagahi juga untuk membaca karyanya.

5 comments:

ainon mohd said...

Tak bagus bagi Tuan yang intelektual, bagus buat yang kurang intelektual...

Web Sutera said...

Puan Sifu,

Terima kasih atas komen.

sabiah said...

Ya lah.Saya pun xbrp nampak kelemahan dlm hasil tulisan Ramlee.Mungkin disebabkan sy memang pembaca setia novel sdr RAM.

Walaupun apa yg ditulis mungkin tidak logik ,tetapi sekurang2nya pembaca dpt lihat ada kelainan dari segi jalan cerita.Tidak terlalu membosankan.Ini yg memberi kepuasan apabila membaca hasil tulisan sdr RAM.

Sy sentiasa tertunggu2 novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid.

Web Sutera said...

Sdr Sabiah,

Saya pun meminati novel2 Ramlee. Kritikan baik utk beliau memajukan lagi karya selanjutnya.

Anonymous said...

assalamualaikum...
sebenarnya....saya tak nampak kenapa penggunaan "Dengan Izin Allah" menjadi masalah kepada karya tulisan RAM...bagi saya...itu adalah benar.. bak petikan AlQuran.."Kun Fa Yakun".. bermaksud andai apa jua di kehendaki dn dengan izin Allah...apa saja akan terjadi...
dan RAM tidak sewenang2nya membuat pendekatan beliau sendiri amalah meletakkan kepada kenyataan Dengan Izin Allah... iaitu membalikkan kepada yg Maha Kuasa kembali kerana hanya Dia yg Maha Berkuasa..

barangkali saya die hard fan RAM sehingga saya menolak hujah blogger tapi saya tidak nampak novel beliau tidak bagus sehingga taraf itu. Paling penting..beliau telah berjaya menerapkan banyak nilai2 moral terutamanya keikhlasan dalam sesuatu pekerjaan dan cinta pada Allah adalah yg paling hakiki berbanding cinta Duniawi..

wallahu'alam.

:)

top