Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

16 Rabiulakhir 1432H - Buku ini saya beli semasa di BookCafe @PTS bukan kerana saya ingin berniaga katering. Saya tidak berminat berniaga dalam bidang ini, walaupun anak saya adalah seorang chef. Isteri saya yang memilih buku ini dan saya bersetuju setelah melihat ia ditulis oleh kenalan saya.

Ini adalah buku pertama yang saya baca dan habiskan dari senarai 24 buah buku yang dibeli di BookCafe @PTS.

Kandungannya sangat menarik dan bersahaja. Penuh dengan kisah benar pengalaman penulis.
Sungguh seronok membacanya.

Nota: Testimoni ini saya salin dari blog Tuan MBA.


Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan
katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Berkaitan:
Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

0 comments:


Photobucket
top