Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya bersama sekumpulan rakan pembaca tegar karya novelis Tuan Ramlee Awang Murshid pada petang Sabtu, 23 Jun 2012 di suatu lokasi di Wangsa Maju. Majlis santai sambutan ulang tahun penubuhan RAMFC ke-5 diraikan meriah dalam tautan ukhuwah.

Kesempatan juga diambil mempromosi novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Terima kasih, geng pentaksub tegar karya novelis thriller terbaik kita. Kek cawan berjumlah 48 unit khas dihasilkan oleh Chef Lusiana Adnin dari Lusiana Catering. Sokongan saya tidak berbelah bahagi, insya-Allah.


Terima kasih atas komen-komen terhadap kek cawan (cupcakes) yang disediakan oleh Chef Lusiana Adnin. Kalian memang brutal, namun senang berbicara.

Di bawah saya terbitkan nukilan rasa Cikpuan Pengasas, Elle Syeila, yang berani menjemput beberapa orang pembaca tegar novelis ini menubuhkan sebuah kelab yang bernama Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid atau RAMFC. Memang beliau seorang srikandi, insya-Allah.

Tahniah saya ucapkan kepada AJK Projek Lepasan Kelara: Ekspresi Kembara Setengah Dekad dan MT RAMFC 2012/13 atas kejayaan acara semalam. Kepada rakan-rakan rapat saya dalam RAMians, saya takkan lupa segala telah kita lalui bersama selama 5 tahun ini.

Ada sudah menjadi lawan (dalam sesetengah isu), ada menjadi kawan baik dan ada menjadi penulis pula (seperti Web Sutera dan Attokz Dikulgai). Tahniah, anda
semua berhak atas kejayaan kelab sepanjang tempoh 5 tahun ini. Saya hanya menebas semak, anda jugalah banyak meratakan jalan.

Sepanjang 5 tahun ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Grup Buku Karangkraf kerana menerima kemunculan kelab ini dalam arus perkembangan semasa arena buku di Malaysia. Saya harap kalau ada salah dan silap, kemaafan jua dipinta. Ia hanya kerana saya hanya manusia biasa.


Kini kami boleh katakan telah mempopularkan trend kelab buku di Malaysia. Terima kasih juga sokongan padu rakan-rakan Gerakan Bawah Tanah. Sokongan padu media yang pernah membuat liputan acara kami dan juga rakan-rakan blogger.

Terima kasih kepada Tuan RAM (Ramlee Awang Murshid) sebab tidak pernah boikot kami. Malah beliau selalu merestui segala apa yang kami lakukan dan menghargainya pula dengan caranya yang tersendiri. Terima kasih kepada Puan Dayang dan Aizuddin sebab sanggup kongsi masa suami dan ayah ini dengan kami.


Kepada pembenci (dan pihak yang memandang sinis), kami adalah RAMians, kami adalah penyokong tegar karya Ramlee Awang Murshid. Anda boleh panggil kami apa saja. Tapi kami telah berpendirian, karya yang baik seharusnya diangkat dan dimartabatkan dan bukan diperlekeh dengan otak cetek dalam dunia pembacaan.


Sokongan ramai memanglah sangat dihargai. Secara terus terang, RAMFC telah serba sedikit berjaya mengubah trend pembacaan pop
ular di Malaysia. Harap tidak berbunyi angkuh. Hanya ingin menekankan, kami bukan hanya bersuka-suka, kami sememang ingin meraikan karya yang baik.

Kepada sesiapa yang rasa kami nampak sentiasa mengawal benteng, tetapi kami juga sebenar sangat kritikal. Kami tahu had dan batas kami.


Saya akhiri ucapan bertulis tidak rasmi saya ini kepada RAMIans yang berhubung melalui Grup Facebook, Fanpages Fancebook, Twitter mahupun dilaman sesawang rasmi kami di www.kelabram.com.
Photobucket
Photobucket

Ini pula komen seorang bos dan rakan RAMFC. Sila h
ayati.
Saya ingin kongsi rahsia dengan semua. Rahsia ketika saya menerajui Alaf 21.

Terus terang, Elle Syeila, bila Elle telefon saya dulu kerana hendak wujudkan kelab RAM, saya ragu-ragu sekali. Maklumlah, ketika itu ada banyak fanclub penyanyi yang begitu protektif dan buat perangai hinggakan penyanyi sendiri tak tahan dengan kerenah mereka.

'Siapa budak ini? Apakah dia ini hendak ambil kesempatan di atas populariti RAM?' kata hati curiga saya. Saya layari YahooGroup dan blog kelab RAM untuk teliti ahli-ahlinya. Makin lama ahli-ahlinya semakin ramai dan kejujuran RAMians sendiri meluntur dan menghancurkan prasangka itu menjadi debu.

Saya ucapkan tahniah kepada Elle kerana berpandangan jauh. Sebenarnya, andalah pengukir ilham kelab RAM dan dengan ahli-ahli yang lain telah memotivasikan abang RAM sendiri. Ahli-ahli baru kelab RAM jangan lupakan sejarah ini.


Rasa terima kasih abang RAM kepada Elle dan RAMians selalu sangat dia ucapkan kepada saya.

All the best.
Eyman Hykal, juga RAMian!
Selamat menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan RAMFC. Saya dan Lusiana Catering tetap bersama dan menyokong kalian.

Cerita pulut kuning:
Juadah dan ukhuwah di pertemuan Mengbongkar Rahsia Perindu, RAMFC di Putrajaya
Saya dan novelis Ramlee Awang Murshid: Klik
di sini.


Photobucket
Photobucket

0 comments:


Photobucket
top