Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Inilah rupa paras kek fondant yang dinamakan Kek Buku Klasik yang disediakan oleh Cef Lusiana Adnin dari Khidmat Katering Lusiana. Isi dalamnya ialah coklat. Kek ini dipersembahkan di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 dan Detik Debar, 17 Dis. 2011 di MPH 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Plot Fiksyen 302 karya Tuan Ramlee Awang Murshid pada hari itu banyak yang bocor di pelancaran bersama-sama novel Detik Debar karya Tuan Eyman Hykal. Suasana padat di 1Utama saya kurang suka. Saya rimas dengan kepadatan di pusat membeli belah 1Utama tersebut.

Terima kasih teman-teman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan tetamu yang hadir kerana sudi menjamah Kek Buku Klasik yang disediakan khas oleh Cef Lusiana Adnin. Terima kasih Tuan Ramlee Awang Murshid dan Tuan Eyman Hykal. Seperti kata saya, apa yang saya sediakan sebagai tanda sokongan kepada karya tuan-tuan berdua. Tahniah!

Komen Puan Noni Zainuddin, "Kek unik tajaan Web Sutera dan isteri. Bau yang menyelerakan dan bila makan memang sedap!" dan "Alfun shukran abang Web Sutera. Kek yang superb dan sangat menggugat iman bila dibuka tutup kotaknya, semerbak bau."

Cikpuan Sayidah Sabiah kata, "Kek coklat yang sedap dan cantik dari Web Sutera / Lusiana Adnin."

"Ramai yang mahu mati (atau syahid) di jalan Allah, tetapi adakah kita memahami atau menjalani kehidupan di jalan Allah?" Ini yang saya kutip dari kata-kata Tn. Ramlee Awang Murshid di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 pada hari tersebut. Kata-kata itu untuk sekuel seterusnya dalam siri Bagaikan Puteri, berjudul Sunan Musafir yang menurut Tuan Ramlee akan siap menjelang PBAKL 2012 nanti.

Tuan Eyman Hykal pula berceloteh dan melontarkan idea berkenaan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat hancur justeru sistem ekonomi sarat riba yang digenggam oleh Yahudi.

Isnin, 1.15am 26 Dis. 2011, di suatu dimensi kehidupan di Taiping, Perak. Saya melangsaikan pembacaan Fiksyen 302. Sebuah kisah yang memerangkap minda dan persepsi, tidak sedikit masanya saya 'tertipu'. Mainan psikologi dan emosi diputar berselirat di setiap bab dan plot. Teori (atau kebenaran?) fizik kuantum disusun ampuh, dijalin merentasi sebuah pengembaraan minda ke masa lalu.

Elemen sains-fiksyen menerawang cekerawala, sebuah fantasi dimensi masa demi mencari sebuah kebenaran. Tahniah, Tuan Ramlee Awang Murshid. Saya cemburu!

Detik Debar memang mendebarkan! Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat John Martinez sebanyak empat kali dipatahkan oleh Biro Risikan Negara (BISIK). Amerika Syarikat beralih kepada sistem kewangan Islam setelah runtuhnya sistem kewangan riba tajaan Yahudi.

Photobucket

Photobucket

0 comments:


Photobucket
top