
Semasa berkumpul di sebuah gazebo tasik itu, ada beberapa pembaca membeli novel sejarah Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain dan buku motivasi Berfikir Gaya Champion, yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd. Jualan dibuat oleh Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), dan saya juga autograf buku-buku itu. Moga Allah berikan keberkatan dan manfaat dari kedua-dua buku ini.
Selain juadah pulut kuning dan rendang ayam, geng yang berkumpul di tasik Taman Jaya turut dapat bersantap menu lain seperti bihun goreng, nasi lemak bungkus dan beberapa sajian lagi. Untuk menyokong RAMFC, Lusiana Catering turut sediakan menu cucur udang dan kek cawan coklat.


Selain daripada meraikan karya terbaharu RAM yang ke-25, BACA@LRT ini juga
bertujuan untuk memupuk kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat
Malaysia. Budaya membaca ini tidak terhad hanya dibaca di rumah atau
perpustakaan bahkan boleh dibaca di mana-mana sahaja seperti di dalam LRT.


RAMFC mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir menjadi
pengerak misi. Bagi meraikan pengerak-pengerak BACA@, sesi tandatangan bersama
RAM diadakan di Taman Jaya sejurus selesai program.
Sambutan Jubli Perak –
Novel ke-25 karya RAM
Ramlee
Awang Murshid, penulis thriller no.1 Malaysia meraikan buku ke-25 beliau
Januari ini bertajuk Aku Bercerita. Sejak berkarya hampir 20 tahun, beliau kini
baru merasakan zaman kegemilangan dalam dunia penulisan.
Digilai
kerana karya-karya yang penuh aksi suspen dan thriler, novel beliau sangat
ditunggu-tunggu oleh hampir 30 ribu peminat setia beliau, bahkan oleh ratusan
ribu yang lain. Karya paling mendapat sambutan adalah daripada siri Laksamana
Sunan yang mencecah lebih 100 ribu naskah. Kegilaan terhadap watak Laksamana
Sunan yang mencontohi tingkah laku Rasulullah (SAW) menyebabkan ada menyangka
watak Laksamana ini benar-benar wujud dengan mengaitkannya dengan keturunan
Wali Songo di Indonesia.
Ada
juga peminat beliau mencari tempat kelahiran Laksamana ini di negeri Melaka dan
berkongsi saat gembira itu bersama rakan di dalam kelab peminat penulis ini.
Bukan calang-calang penulis, beliau antara yang berjaya memecahkan dominasi
penulis novel-novel cinta dengan menduduki sekurang-kurang 10 tangga teratas
carta buku di kedai-kedai buku utama sejak lebih 10 tahun yang lalu.
Memetik
kata-kata beliau semasa bercuti di Istanbul bersama keluarga berkenaan dengan
buku ke-25, “25 novel bermakna 25 tahun. Alhamdulilah, saya mencapainya
kurang dari tempoh tersebut. Angka 25 juga bermaksud jubli perak, sekali lagi,
bahkan jutaan kali rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kurnia ini. Justeru doa
saya bersama doa kalian semua merupakan gabungan terbaik untuk terus merancang
dan melaksanakannya. Untuk menghadapi semua itu maka cara terbaik adalah terus
berjalan dengan tulus ikhlas dan tawakal.”

Perancangan masa hadapan
Program akan
datang RAMFC adalah berbentuk forum di Pesta Buku Antarabangsa di bawah Kota
Buku pada 27 April 2013. Penyertaan RAMFC dalam program-program berkaitan dunia
buku ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi industri perbukuan di Malaysia khususnya terhadap
buku bahasa Melayu.
Memetik
kata-kata Pemerhati Berkecuali RAMFC iaitu Tuan Web Sutera, “Kami bukan gila,
melainkan mencipta idea gila-gila. Kami bukan taksub, cuma hargai karya-karya
novelis Ramlee Awang Murshid. Kami bukan sesiapa, kami ialah geng Ramlee Awang
Murshid Fan Club (RAMFC)!”
Selain dapat
makan-makan, autograf dari RAM dan bergambar kenangan, para peserta juga pulang
dengan ole-ole berupa barang cendera hati dari Grup Buku Karangkraf dan penanda
buku khas yang diberikan percuma. Selain dari itu, pembaca tegar karya novelis
ini juga berpeluang membeli beberapa cendera hari yang disediakan oleh RAMFC
seperti mug, baju-t dan butang khas yang merangkumi kata-kata dalam novel.
Teman
dan sahabat, ini contoh ikatan ukhuwah demi memandaikan bangsa, insya-Allah.


**
Kredit foto: RAMFC dan sahabat lain.

0 comments:
Post a Comment