29 Rejab 1432H - Saya seorang budak kampung, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil terpencil di Besut, Terengganu. Bahasa perbualan seharian di rumah dan seputar teman-teman ialah bahasa Melayu dialek Kelantan / Besut. Malah di sekolah pun saya berbual dengan bahasa dialek ini. Cuma ketika dalam kelas sahaja bahasa Melayu piawai digunakan.
Minat saya kepada subjek matematik dan sains bermula. Pastinya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut. Selepas bersekolah rendah - darjah satu hingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu dan kemudian darjah empat hingga enam di Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang - saya melangkah ke sekolah menengah pula. Saya kembali ke Besut dan bersekolah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh, dari tingkatan satu hingga tiga. Di sekolah tersebut saya cukup terkenal di kalangan guru dan teman dengan minat dan kepandaian dalam matematik dan sains.
Kemudian selepas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya berhijrah ke Asrama Felda (kini Asrama Semai Bakti Felda) dan bersekolah di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan sains sebagai tapak. Saya mengenali ilmu kimia, fizik, biologi, matematik (termasuk subjek matematik tambahan yang agak mencabar) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada itu, sejak di tingkatan satu lagi saya mula berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris melalui buku-buku cerita dalam bahasa tersebut. Namun ianya tidak mencukupi pastinya.
Saya lebih giat tatkala bersekolah berasrama di Kuala Lumpur selepas SRP untuk memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris. Dengan sedikit wang amanah orang tua dan dermasiswa dari sebuah bank tempatan, saya mula membeli novel-novel bahasa Inggeris. Wisma PERKIM yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selalu saya kunjungi. Saya mula membaca akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris. Kamus dwi-bahasa menjadi teman rapat.
Dengan berkat doa orang tua dan minat belajar saya, kembara ilmu diteruskan di pusat matrikulasi dan seterusnya di universiti. Pengkhususan di universiti ialah sains komputer dan pengurusan. Banyak buku rujukan di universiti menggunakan buku asal dalam bahasa Inggeris. Jika hanya bergantung kepada nota-nota kuliah yang dicatat semasa sesi syarahan, maka saya kira amat tidak mencukupi. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada mulanya, saya terus tekun memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.
Semasa belajar di matrikulasi dan universiti, saya terus menanam minat membaca novel-novel dalam kedua-dua bahasa. Novel bahasa Inggeris bercorak penyiasatan dan spi serius dan berat pertama dibaca ialah The Day of the Jackal yang ditulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal Frederick Forsyth. Seterusnya saya berkenalan dengan penulis Tom Clancy lewat novel pertama yang dibeli, The Cardinal of the Kremlin. Kedua-dua novel ini dibeli di Bazar Chowrasta, Pulau Pinang, sebuah bazar yang menjual buku-buku terpakai dan baru pada harga murah.
Novel bahasa Melayu juga tidak saya tinggalkan. Saya mengenali Sasterawan Negara (SN) Arenawati ketika di universiti. Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh ijazah yang diimpikan dengan baik tanpa menambah tahun pengajian di universiti.
Apa yang mahu saya gambarkan di sini? Seorang anak Melayu sudah berjaya menguasai matematik dan sains melalui medium bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya turut menguasai bahasa Inggeris, bukannya melalui pembelajaran matematik dan sains, tetapi melalui pembacaan yang tekun buku dan novel berbahasa Inggeris.
Sebagai maklumat tambahan, saya pernah menjadi associate editor untuk majalah berbahasa Inggeris yang sudah tidak lagi diterbitkan, iaitu Jaring Internet Magazine. Seterusnya saya menjawat tugas editor untuk versi online majalah tersebut. Saya giat menulis bagi kedua-dua versi majalah tersebut.
Saya tidak membenci bahasa Inggeris, tetapi saya mencintai bahasa Melayu kerana saya tetap teguh yakin bahawa bahasa Melayu boleh dan akan terus boleh menjadi bahasa ilmu.
Beberapa tahun berlalu dan saya memasuki dunia kerjaya. Habit membaca terus mengiringi minda dalam menyelusuri denai dan alur kehidupan. Saya kerap kali ditanya oleh rakan dan teman begini, “Kau ada masakah untuk membaca begitu banyak buku, sedangkan dalam masa yang sama menjalankan bisnes katering?”
Manakala dalam satu sesi ramah mesra bersama mantan Pengurus Besar Alaf21 Sdn. Bhd, En. Norden bin Mohamad, beliau menanyakan soalan yang sama terhadap saya. Ada pernyataan tambahan yang beliau katakan kepada saya, “Setiap kali saya ke blog saudara, mesti ada benda atau entri terkini dalam pelbagai isu (buku, dunia penerbitan dan bahasa). Kemudian beliau mengemukakan soalan, “Bila masa baca buku, menulis untuk blog dan melayari internet?”
Faktor yang pertama dan utama ialah minat membaca. Tanpa minat apa pun tidak menjadi walaupun masa lapang banyak. Masa pembacaan saya seperti berikut:
(1) Tatkala menunggu sesuatu sesi katering selesai. Selepas selesai menyediakan hidangan di meja bufet dan memantau semua persediaan meja dilaksanakan dengan baik oleh staf bertugas, saya akan meminggir ke suatu sudut atau lokasi lain dan membawa buku bersama untuk dibaca.
(2) Selepas solat Maghrib. Saya akan habiskan masa antara waktu Maghrib dan Isyak untuk membaca, sama ada Quran, buku agama atau novel.
(3) Waktu sebelum melelapkan mata di malam hari. Saya akan cuba paling kurang pun setengah jam untuk membaca sebelum tidur malam.
(4) Sewaktu ‘berehat’ dalam tandas. Buku bukan berkaitan agama akan dibaca, terutamanya novel berbahasa Inggeris.
(5) Ketika menunggu. Tidak mengira tunggu apa atau disebabkan apa, seumpama menunggu isteri membeli bahan-bahan mentah katering, saya akan lepak dalam kereta, pasang pendingin udara, kunci semua pintu dan menutup radio, saya akan tenggelam bersama buku.
(6) Pastinya masa-masa lapang tatkala tiada urusan segera katering yang perlu dilunaskan.
(7) Juga ketika menunggu air yang dijerang mendidih, ketika siaran iklan di peti TV, tatkala menanti mee segera masak dan ketika keseorangan di restoran menunggu atau sekadar minum air.
Habit membaca berkekalan sehingga saat ini. Budaya mencintai buku dan ilmu disemai secara langsung dan tidak langsung dengan kehadiran rak-rak buku di rumah saya. Anak-anak yang semakin membesar turut mencintai buku. Bermula dari satu rak kecil dua tingkat, kini saya memiliki sebuah rak siling-ke-lantai dan beberapa rak banyak slot lain.
Pembacaan saya meliputi pelbagai genre buku dan bidang keilmuan. Saya tidak mahu mengehadkan bidang pembacaan kerana terasa amat rugi membiarkan ilmu hanya dikutip oleh golongan bukan Muslim sahaja. Apa maksud saya? Tahukah tuan puan bahawa sains dan teknologi Islam telah membangkitkan era Pembaharuan Eropah? Sebelum itu kalangan agamawan Kristian melalui pegangan pihak gereja menganggap bahawa sains adalah suatu aliran sihir yang berunsur syaitan. Ini sejarah yang tiada siapa pun yang harus berasa tersinggung. Sejarah merakamkan bahawa ada ahli sains pada waktu itu dibunuh kerana mempunyai pendapat berbeza dengan pegangan gereja, walaupun itu adalah penemuan sains oleh cerdik pandai mereka.
Malangnya, permulaan era Pembaharuan Eropah juga merupakan saat gelap zaman kemunduran sains Islam. Ini kerana wujud konflik antara ahli-ahli agama dengan saintis, sama seperti pertentangan yang ada di kalangan Kristian sebelum era pembaharuan. Dan lebih malang lagi wujudnya pendapat bahawa pengkajian saintifik adalah unsur-unsur barat yang harus ditentang. Pegangan ini masih lagi melingkari segelintir masyarakai Islam sehingga kini.
Sebab itu Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam), insan termulia dan contoh teladan sepanjang usia buana, mengatakan ilmu pengetahun itu ialah hikmah milik para Mukmin yang tercicir.
Antara sifat tamak saya ialah membeli dan membaca buku. Sikap ini mungkin saya tidak begitu bijak membendungnya, sejak dulu. Pantang saya ialah melihat kelibat kedai buku, pameran / pesta buku dan jualan murah buku. Perkara lain saya boleh elak, yang satu ini amat payah. Namun habit ini berhenti seketika tatkala mengalami kesuntukan wang (biasalah, putaran hidup). Kini selepas beberapa tahun menceburi bisnes katering, Allah yang Maha Kaya dan Maha Pembuka membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Bermulalah kembali kegilaan saya membeli buku.
Suka untuk saya memetik ujana oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, “Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.”
Allah berkata dalam Quran, maksudnya: “Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah Faathir ayat 28)
“Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-sama meneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan huruf-huruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan kitab ‘Nail Al-Authar.
"Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku buku di perpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar biasa.’ (Petikan dari buku Detik-Detik Hidupku: Hassan al-Banna)
Itulah Berfikir Gaya Champion!
Berkaitan: Berfikir Gaya Champion: Sebesen ikan keli dan haruan
Berfikir Gaya Champion: Menyahut cabaran menjadi Champion bagi Jaring Internet Magazine
** Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.
** Hakcipta Terpelihara @ Hizamnuddin Awang.

0 comments:
Post a Comment