3 Syaaban 1432H - Saya sedar menceburi bidang bisnes banyak risiko. Salah satu risikonya ialah penipuan. Bisnes katering pun tidak terlepas dari anasir penipuan ini. Saya pun terkena sama. Ironinya para penipu tersebut ialah orang Melayu yang beragama Islam! Setakat pengalaman saya, orang Cina tidak pula berperangai demikian. Mengapa? Di mana silapnya?
Dalam buku Buat Duit dengan Katering, saya ada ceritakan secara ringkas berkenaan kes saya kena tipu. Di sini saya memperincikan sedikit salah satu daripada kes yang disebutkan.
Saya acap kali mendapat pesanan katering dari si polan itu bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja. Pada permulaannya majlis kecil-kecilan sahaja seperti sambutan hari lahir atau hidangan minum petang ringkas. Akhirnya saya memperoleh projek perkahwinan dan makan malam. Walaupun saya meminta bayaran deposit, tetapi hanya sejumlah kecil sahaja yang diberikan. Sebagai contoh, seandainya nilai projek katering itu ialah RM1,000, saya hanya memperoleh sekitar RM300 sahaja sebagai deposit. Begitulah bagi projek seterusnya, satu demi satu. Akhirnya wang terkumpul yang masih si polan atau syarikat si polan berhutang dengan saya mencecah melebihi RM10,000! Memang banyak, saudara dan tuan puan.
Akhirnya si polan berhenti kerja setelah banyak aduan dari pembekal servis lain dengan masalah yang sama. Ada seorang rakan katerer turut terkena getah, jumlahnya RM20,000! Lagi naya! Saya tidak puas hati. Saya ‘mengejar’ si polan tersebut. Saya juga mengadukan perihal itu kepada pihak pengurusan kelab. Bos kelab sudi memberikan beberapa ribu sebagai bayaran ansuran sedikit demi sedikit, namun jauh dari mencukupi.
Si polan juga berjanji akan membayar balik. Dia mengeluarkan tiga keping cek bernilai RM500 setiap satu dalam sela masa beberapa bulan. Malangnya ketiga-tiga cek tersebut tendang! Sudahlah si polan isu cek tendang, akaun saya pula yang didebit bank RM5 setiap kali cek tendang. Yalah, sebagai kos kurir penghantaran balik cek ke alamat bisnes saya. Cek dikeluarkan tanpa ada duit dalam akaun bank.
“Apa sudah jadi dengan mamat seorang ini?” saya melenting di depan isteri. Dia turut marah.
“Memusnahkan bisnes bangsa sendiri. Tidak tahu halal haramkah dia?” jawab isteri saya.
Isteri saya lagi terasa akan penat lelahnya seolah-olah tidak dihargai oleh si polan. Setakat pengetahuan saya, tiada komplen dari klien dan tetamu berkenaan mutu hidangan masakan. Hampir kesemua sesi katering di kelab tersebut berlangsung tatkala isteri saya sarat mengandung. Ke hulu ke hilir dia membawa perut yang semakin hari semakin membesar. Demi bisnes dan kepuasan klien, isteri saya tidak pernah mengeluh. Salahkah kalau saya dan isteri bengang?
Habis itu bagaimana kedudukan saya? Hendak berundur tidak sama sekali! Itu semua ujian dari Tuhan untuk saya. Semangat tetap membara dan terus meraduk gelombang. Rezeki dari Tuhan, bukannya dari manusia. Perjuangan tetap diteruskan.
Dalam buku Buat Duit dengan Katering juga, saya menulis, “Namun, saya tetap tidak halalkan walaupun sebiji nasi, walau setitis air!”
Demi semangat Berfikir Gaya Champion, para pembaca menjadi saksi, saya ampunkan dosa si polan dan halalkan mana yang diambilnya. Biarlah dosanya dengan Allah, Allah jua yang memberi pengampunan. Saya tidak mahu menyusahkan si polan dengan dosa kepada saya dan isteri yang tidak terampun. Nanti di hadapan Allah, bagaimana si polan mahu menjawabnya? Kasihan apabila saya memikirkannya. Demi kasih sayang sesama umat Nabi Muhammad bin Abdullah, saya reda dan halalkan.
Antara hikmah yang dapat saya fikirkan ialah:
(1) Servis dalam bidang bisnes apa sekalipun, mesti ada surat. Apa jenis suratnya? Purchase Order (PO) atau surat akuan penerimaan sebut harga atau surat pelantikan menggunakan servis kita.
(2) Kejadian itu penghapus dosa saya dan isteri.
Dalam pada itu, bak kata isteri saya, “Pengalaman kena tipu merupakan harga yang sangat mahal untuk kita berdua dalam mencapai apa yang kita ada sekarang.”
Saya memohon keampunan kepada Allah, kerana Allah berkata dalam Quran:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah al-Hadid ayat 22 – 23)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”” (Surah al-Baqarah ayat 155 – 156)
Saya kembalikan kepada kebijaksanaan Allah, kerana saya Berfikir Gaya Champion.
Berkaitan: Think Like a Champion: Catatan di sela kesibukan masa anugerah Allah
Berfikir Gaya Champion: Sebesen ikan keli dan haruan
Berfikir Gaya Champion: Ilmu itu ialah hikmah para Mukmin yang tercicir
Berfikir Gaya Champion: Menyahut cabaran menjadi Champion bagi Jaring Internet Magazine
** Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.
** Foto: Salah satu sesi katering Lusiana Catering di Kolej PTPL, Shah Alam.
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments:
Post a Comment