
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan ‘Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009′ oleh MDEC ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.Saya tidak terkejut dengan laporan penilaian ini. Memang begitu majoriti laman web agensi kerajaan. Peratusan amat rendah dari sudut keberkesanan dan keramahan laman web itu berkait rapat dengan mutu perkhidmatan kaunternya. Sudah lama masyarakat memperkatakannya.
Namun

Antara kriteria diambilkira oleh MDEC untuk mendapat pengiktirafan itu ialah keupayaan laman web itu diakses oleh pengguna, menyediakan capaian dalam dwibahasa untuk memudahkan pengguna berurusan dan selalu dikemaskini.
Berkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh MDEC ini, saya teringat akan satu program anugerah bagi laman web sedikit masa lalu; Anugerah Internet

Anugerah Internet
Antara kriteria pemilihan pemenang adalah seperti mana yang digunakan oleh MDEC bagi nilaian bintang. Sayang seribu kali sayang, @MY Award hanya bertahan selama empat tahun sahaja walaupun ia sudah diterima di kalangan industri internet/ICT
Saya, editor dan lain-lain staf Jaring Internet Magazine pada waktu itu terasa bagaikan putus nafas apabila @MY Award senyap dan mati tidak berkubur. Walaupun ada beberapa isu dalaman berkaitan anugerah itu, saya kira ianya boleh diselesaikan secara baik. Namun kapten organisasi tempat saya bertugas waktu itu seolah-olah tawar hati untuk meneruskannya. Berkuburlah @MY Award yang menjadi kebanggaan saya.
2 comments:
Salam Tuan,
Kalau boleh diceritakan bagaimana ia berkubur, masalah-masalah di sebaliknya dan kelemahan-kelemahannya tentu artikel ini lebih menarik.
Salam kembali sdr Faizal. Memang ada beberapa cerita di belakang terhentinya Anugerah Internet Malaysia tersebut. Tetapi biarkan ianya menjadi rahsia saya dan orang-orang yang terlibat sahaja.
Justeru ia juga melibatkan budaya kerja dan bakal menimbulkan keaiban pihak-pihak yang berkenaan, maka tidak patut untuk saya memanjangkan cerita ini.
Harap maklum dan maaf dipinta.
Post a Comment