26 Rejab 1432H - Saya bekerja di MIMOS (kemudian MIMOS Berhad) dan JARING selama 11 tahun. Sepanjang kerjaya saya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan pahit, masa gemilang dan menurun. Saya memulakan tugas di MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan penerbitan dalaman dan Kementerian Sains dan Teknologi pada waktu itu. Apabila JARING dikomersilkan dan seterusnya menukar nama kepada JARING Communications Sdn. Bhd., saya bertukar tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan branding.
Selepas itu saya menjawat tugas tambahan sebagai Associate Editor bagi majalah Internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine. Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, saya ditugaskan pula mengendalikan versi online (versi di Internet sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga tamat. Jawatan terakhir saya ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam bahagian Komunikasi Brand dan Pemasaran. Ceritanya seperti di bawah.
Ketika saya mengungguli tugas-tugas penulisan di sisipan Komputer akhbar Berita Harian bagi kolum Jalinan Jaring, sebuah majalah Internet berjudul Jaring Internet Magazine dirancang diterbitkan oleh MIMOS Berhad. Tugas saya mengendalikan kolum Jalinan Jaring ialah menulis artikel berkaitan teknologi terutamanya Internet bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama laman web juga diwujudkan bagi kolum berkenaan.
Dalam pada itu, kertas cadangan saya yang dikemukakan kepada pihak editorial dan pengurusan Majalah PC juga diterima. Justeru itu, tidak berapa lama kemudian bermulalah penulisan saya dalam kolum khas berjudul Rakan JARING dalam majalah ICT berbahasa Melayu paling berpengaruh di Malaysia itu. Konten Rakan JARING juga menumpukan kepada sudut berkaitan ICT dan Internet. Tugas menulis artikel ini untuk keluaran sebulan sekali, manakala tugas untuk Jalinan Jaring pula adalah menerbitkan artikel secara mingguan.
Sebaik sahaja urusan penerbitan Jaring Internet Magazine diluluskan oleh pihak pengurusan MIMOS Berhad di bawah kendalian JARING, satu e-mel dihantar kepada grup pengurusan JARING mencari seorang champion bagi menjadi tuan punya produk (produk owner). Pengurus pemasaran JARING yang menjadi bos terdekat (immediate superior) terus mencadangkan nama saya sebagai champion. CEO JARING bersetuju dengan cadangan tersebut, dan saya pula sanggup menerima cabaran baru itu, di samping tugas-tugas penulisan untuk dua kolum di Berita Harian dan Majalah PC.
Tanggungjawab saya sebagai pemilik produk atau pengurus produk ialah mengembang dan mengelolakan Jaring Internet Magazine, sebuah majalah Internet bulanan yang diterbitkan oleh MIMOS Berhad, sebagai salah seorang tim editorial, merangka kerangka kerja dan mengendalikan proses penerbitan keseluruhan majalah sehingga diedarkan di pasaran. Ianya juga merangkumi tugas pemantauan terhadap strategi dan prestasi majalah, melakukan kawalan anggaran kos keseluruhan, perencanaan dan peramalan pendapatan, dan melakukan operasi dan fungsi pengedaran.
Saat itu kedengaran bisik-bisik dalam e-mel dan di koridor bangunan MIMOS seperti, “Bolehkah Hizam buat kerja seberat itu?”, "Bolehkah mamat itu menjadi Champion bagi sebuah majalah Internet berbahasa Inggeris?”, “Menjadi pengurus produk bukan kerja mudah. Bolehkah dia lakukannya?”, dan seumpamanya.
Saya memekakkan telinga dan terus menumpukan kepada tugas yang diamanahkan. Saya membentuk tim dalaman bagi membantu semua jenis tugas dalam mempastikan Jaring Internet Magazine berjaya diterbit dan diedarkan kepada klien JARING dan khalayak umum di pasaran terbuka. Persaingan agak sengit di ketika itu kerana sudah kedapatan beberapa majalah Internet tempatan dan regional yang diterbitkan terlebih dahulu.
Perjalanan dan hayat Jaring Internet Magazine diteruskan sehingga berlakunya perubahan drastik, iaitu pertukaran pihak pengeluar (atau pihak ketiga) yang menjadi kontraktor penerbitan majalah. Cadangan saya bagi menukarkan pihak kontraktor justeru kerana kos. Dengan pertukaran tersebut, hampir separuh kos keseluruhan kerja-kerja penerbitan dapat dikurangkan. Alhamdulillah, pihak pengurusan terutamanya CEO JARING bersetuju dengan kertas cadangan saya tersebut.
Di samping menggalas tugas pengurusan majalah, saya juga menulis rencana berita dan komentar untuk Jaring Internet Magazine. Justeru itu saya juga menjadi seorang penulis tetap. Saya teruja dengan tugas penulisan berbahasa Inggeris. Dari hanya beberapa rangkap, akhirnya sumbangan saya berkembang menjadi beberapa halaman, malah menjadi feature writer.
Apa perbezaan di antara penulis atau wartawan berita (reporter) dan penulis feature? Seorang reporter berita melibatkan tugas menulis sesuatu peristiwa semasa, tanpa komentar. Manakala penulis feature menulis artikel dan membentangkan komentar tentang isu atau peristiwa yang dapat mempengaruhi kehidupan orang-orang dalam komuniti.
Justeru sebab-sebab tertentu yang tidak perlu saya ceritakan di sini, akhirnya Jaring Internet Magazine ditamatkan. Namun versi online terus hidup, malah saya kembangkan. Jadi tugas-tugas sebagai wartawan diteruskan bagi memaparkan berita terkini dalam sector ICT. Pada kemuncaknya, laman web Jaring Internet Magazine menerima hit tidak kurang daripada 400,000 hit setiap bulan. Hit sebanyak itu diterjemahkan kepada jumlah pengunjung unik tidak kurang dari 130,000 orang setiap bulan. Pada awal era populariti Internet dan laman web sedang menerima minat industri, jumlah hit dan pengunjung unik sebanyak itu cukup memadai sebagai tanda aras kejayaan.
Dalam kesibukan itu juga, kerana kehidupan seharian saya memang perlu menggeluti info terkini teknologi dan Internet, maka saya mangambil kesempatan memperoleh sedikit wang tambahan dengan menyumbangkan artikel kepada beberapa majalah berbahasa Melayu, di sekitar tahun-tahun 1996 hingga 2006. Kemuncak sumber pendapatan tambahan dari sumbangan berbayar itu ialah penerimaam cek bayaran terkumpul RM1,500 setiap bulan dari pelbagai penerbit majalah.
Itulah Berfikir Gaya Champion!
Berkaitan: Berfikir Gaya Champion: Sebesen ikan keli dan haruan
(Foto 1: Kaver Jaring Internet Magazine isu pertama, Jun 1998. Foto 2: Sebahagian kecil carian OPAC nama saya.)
** Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.
** Hakcipta Terpelihara @ Hizamnuddin Awang.

0 comments:
Post a Comment