Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.


Buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (S.A.W), yang cukup memberi kesan kepada saya.

Ada banyak kandungan buku beliau menekankan kepada kuasa Allah dalam mentadbir alam ini, mengenai Tuhan Pencipta alam semesta dan sifat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat.

Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. beberapa buah buku yang isinya dipenuhi dengan perkisahan sirah Rasulullah, Nabi besar Islam, dan para sahabat.
Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati. Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.

Jadi risau apa, jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.

Buku-buku beliau dalam koleksi saya:
  • Jangan Bersedih: Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan – Al-Hidayah
  • Kisah Kerasulan Nabi Muhammad (S.A.W) (Intisari Dari Sirah) – Al-Hidayah
  • Nabi Muhammad S.A.W: Al-Quran Berjalan –Jasmin Enterprise
  • Beginilah Zaman Memotivasikan Kita – Jasmin Enterprise
  • Hidangan Al-Quran – Jasmin Enterprise
  • Jagalah Allah, Allah Menjagamu – Al-Hidayah
  • Jangan Melampaui Batas – Jasmin Enterprise
  • Al-Azhamah: Keagungan – Jasmin Enterprise
Satu komen saya, ada beberapa buah buku yang diterjemah secara melulu dan tergesa-gesa. Saya kata begitu kerana masih banyak unsur-unsur bahasa Arab yang digunakan. Hasilnya, ayat yang berbelit-belit dan sukar difahami. Sepatutnya penterjemah mengolah semula maksud yang hendak disampaikan oleh Dr Aidh dan menyusun ayat-ayat yang lebih pendek supaya ianya senang difahami. Ini sedikit sebanyak mencacatkan isi yang cukup menarik yang diketengahkan oleh pengarang.

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

i stumble upon ur blog and im happy to see that u write book reviews.I got one of dr aidh abdullah al qarni book titled: Jangan bersedih...jadilah wanita yang paling bahagia.Honestly i havent finish reading the book yet,but i think the book have many useful advise for women.wish u to keep up the good work

Web Sutera said...

Alaikumsalam. Thanks for the comment. Yes, I come accross that book too, but not buy it yet.

Keep visiting.

Anonymous said...

Salam, saya sudah memiliki 3 buah buku karya Dr.'Aidh iaitu 1.Jangan Bersedih, Khas Utk Wanita 2.Jangan Bersedih 3.Beginilah Zaman Memotivasikan Kita.Membaca buku2 karyanya Alhamdulillah telah menjadikan sy seorg muslim yg lebih baik dr sblmnya. Byk buah fikiran beliau yg mudah disampaikan olehnya namun tidak mudah utk manusia biasa spt kita utk terjangkau akalnya.Tanpa petunjuk & hidayah dr Allah, kita takkan dpt terfikir akannya, Subhanallah.Sy sdg mencari buku2 karya beliau yg lain & Insyallah akan dpt menemukannya apb Allah berkehendak akannya, Insyallah amin. Wassalam.

Web Sutera said...

Salam kembali sdr Sharena,

Ya memang benar, buku beliau banyak manfaat dan mutiara yang sangat elok dibuat panduan dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran.

Buku pertama saya miliki ialah Jangan Bersedih tatkala saya sedang dalam stres yang membahang. Alhamdulillah, bait-bait kata Dr 'Aidh bisa menuntun jiwa nan lara :-)

wewr said...

Salam.
Saya sedang menghadam buku terbaru beliau, Aku, Buku dan Cinta. Sungguh teruja membacanya walaupun kualiti penterjemahan masih lagi berbau indonesia. Kadangkala selepas membaca, bila disergah, terkeluar ayat indonesia. Penat...penat..

Web Sutera said...

Alaikumsalam, sdr Wewr.

Buku "Aku, Buku dan Cinta" nampak menarik. Terima kasih atas info.

Saya mula membaca / mengenali buku Dr. Aidh tatkala mengalami stress. Buku pertama ialah Jangan Bersedih. Sejak itu saya mula mengumpul karya beliau. Hampir semua sudah dihadam, insyaAllah.


Photobucket
top