
Justeru, aktiviti serta kemahiran menghasilkan cerita dalam bentuk novel dan cerpen perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar jurusan agama. Sekolah-sekolah agama perlu menggalakkan para pelajar menubuhkan persatuan sastera.
Kejayaan novelis Habiburrahman El-Shirazy menghasilkan karya-karyanya yang mendapat sambutan lu

Novel beliau yang paling laku adalah Ayat-Ayat Cinta, yang telah difilemkan dengan judul serupa, di mana filem itu juga menerima sambutan panas sehingga bukan hanya panggung menjadi sesak oleh gadis-gadis remaja dan surirumah, malah filem itu turut ditonton oleh Presiden Indonesia, yang juga telah menyebabkan beliau menitiskan airmata.
El-Shirazi adalah seorang ustaz lulusan dari Universiti al-Azhar, universiti tertua dan paling berprestij dalam dunia Islam. Beliau adalah ilmuan agama yang paling berjaya dalam dunia sastera Melayu
.jpg)
Demikian besarnya jumlah royaltinya sehingga beliau mampu membuka sebuah pesantren di kampung halamannya di Demak, Pulau Jawa, khusus bagi melahirkan usahawan-usahawan Islami.
Di Indonesia, banyak penulis yang menghasilkan novel-novel Islami. Namun, El-Shirazi berbeza daripada mereka dari sudut latar belakang aliran pendidikan.
Tidak seperti El-Sharizi yang fasih bahasa Arab serta memiliki ilmu mendalam tentang al-Quran dan hadith, majoriti penulis Islami lain adalah lulusan Universiti Indonesia, Universiti Gadjah Mada, Universiti Padjajaran, dan Institut Teknologi Bandung, yang berpendidikan sekular, tetapi kemudian banyak membaca kitab-kitab agama terjemahan dalam bahasa Indonesia, lalu menjadi Islami hasil ikutserta dalam gerakan tarbiyah. (Sumber: Blog Universiti PTS)
(Gambar: Tiga novel terkini yang saya baru beli)
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
2 comments:
Hi, sorry off-topic
I have an exciting contest at my blog. Check it out : http://lydiateh.wordpress.com/2008/09/23/contest-do-you-wear-suspenders/
Thanks! And selamat berpuasa
Hi Lydia,
What a surprise? Noted with your contest. Thanks!
Post a Comment