Buku Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama, karya Mohd. Sabri Mohammed merupakan ringkasan cara mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan beberapa pengajaran penting yang dapat diambil melalui proses mempelajari ilmu tafsir al-Quran.
Buku ini juga menerangkan beberapa kaedah asas yang digunakan oleh ulama terdahulu dalam proses mentafsirkan firman ALLAH agar umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fahaman dan aliran yang menolak cara pentafsiran mereka.
Al-Quran merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada bani Adam (manusia) sama ada beriman atau tidak. Sayang sekali, orang kafir pula melebihi umat Islam dalam usaha mendalami ilmu tafsir al-Quran. Bukankah ilmu tafsir mampu memantapkan pemahaman kita terhadap kehendak dan perintah ALLAH?
Komen saya:
Buku ini bermula dengan agak perlahan dalam menerangkan asas-asas tafsir al-Quran. Banyak istilah Arab digunakan. Namun begitu, isi dan penerangan menjadi semakin mudah dan menarik apabila tiba di bab 3 sehingga ke penghujung halaman. Tahniah untuk penulis.
Bagaimana dengan buku-buku agama yang lain? Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh pelbagai penerbit ditulis hanya untuk ustaz-ustazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.
Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan.
Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama, seperti juga PAS mengubah imejnya yang boleh diterima oleh golongan muda, remaja, belia, pemuda dan pemudi yang moden serta berpelajaran.
Tajuk: Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama
Penerbit: Karya Bestari Sdn, Bhd, (2007)
Penulis: Mohd Sabri Mohammed
ISBN: 967-860-278-4
Halaman: 280
Harga: RM10.00

0 comments:
Post a Comment