Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Satu nota kecil yang diterbitkan oleh Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang 'wajib' dihadam oleh semua ahli dan penyokong PAS termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Cukup sesuai untuk dihadiahkan terutama sekali kepada rakan-rakan non-muslim berbangsa Cina kerana selain dalam bahasa Melayu, ia juga ada terjemahan dalam tulisan Mandarin.

Klik di sini untuk download, insya-Allah.


Untuk rakan-rakan Muslim, Hamba Allah mesti dengar dan taat. Ibadah puasa, solat dan zakat adalah wajib. Arak, judi dan membuka aurat adalah haram. Tidak usah buat kajian dari sudut apa pun.

Hukum hudud dan qisas, perintah Allah wajib ditunaikan. Masyarakat majmuk atau tidak. Tidak usah dikaji apa sebabnya. Itu perintah Allah.
Buat dahulu, kemudian kalau mahu kaji dalam berjilid-jilid kitab pun, silakan. Manusia dan jin mesti dengar dan taat. Jangan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang mendengar dan membaca kitab Taurat dan Injil, namun tidak taat.

Jangan halalkan apa yang diharamkan Allah dalam al-Quran. Dengar dan taat! Orang yang menolak al-Quran adalah hamba derhaka dan tiada otak!

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa, ayat 65)

0 comments:


Photobucket
top