Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Orang-orang yang Kami berikan al-Kitab, mereka mengenal Muhammad seperti mengenali anak-anak mereka sendiri.” (Surah al-Baqarah ayat 146).

Di dalam Bible, Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam) dikenali sebagai Paracletos atau the Comforter. Dalam Gospel St. John pada bab 16 ayat 7 disebutkan berkenaan perkataan Nabi Isa,

“Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: for if I go not away, the Comforter (the Paracletos) will not come unto you; but if I depart, I will send him unto you.”
Terjemahan: “Tetapi apa yang aku katakan kepada kamu benar: Demi kebaikan kamu, lebih baik aku pergi. Jika aku tidak pergi, penolong itu tidak datang kepada kamu. Tetapi jika aku pergi, aku mengutus dia kepada kamu.”

Dalam Gospel yang sama pada bab 14 ayat 16 disebutkan,

“And I will pray the Father, and he shall give you another Comforter (Paracletos), that he may abide (stay) with you for ever.
Terjemahan: “Aku minta kepada bapa dan Ia memberikan kepadamu seorang penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran.”

Di dalam Bible terdapat juga ayat-ayat yang menceritakan kejadian di Gua Hira. Dalam English Version of the Authorised Version of the Bible, pada bab Isaiah 29:12 disebutkan,

“And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I am not learned.”
Terjemahan: “Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, “Baiklah baca ini,” maka ia menjawab: “Aku tidak dapat membaca.”

(Dipetik dari buku Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin)

Photobucket
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:

top