Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Dalam komuniti umat Melayu, perkataan atau perlakuan derhaka merupakan satu kata / perlakuan yang amat keramat. Orang-orang tua mengajar anak-anak supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa dan emak / bapa saudara, atuk dan nenek. Islam mengajar supaya jangan menderhaka kepada ajaran nabi-nabi, ulamak dan pemimpin.

Budaya Melayu juga melarang kita supaya tidak derhaka kepada raja dan sultan. Perbuatan atau perkataan yang diluahkan yang boleh dikategorikan menderhaka kepada raja dan sultan amat dipegang kejap dalam budaya Melayu, sejak dulu. Ini patut diamalkan, insyaAllah.

Tetapi umat Melayu jarang terkejut, malah kadang-kadang agak terlupa bahawa derhaka yang maha besar ialah kepada Allah. Perhatikan kata Allah dalam al-Quran berikut:
“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.” (Surah al-Alaq, ayat 15-16)
Menurut tafsir dan tatabahasa Arab, setiap ayat yang dimulakan dengan kalimah ‘Kalla’, ia bertujuan memberi amaran atau menggertak. Tidak takutkah kita terhadap gertakan dan murka Allah? Saya amat takut!

0 comments:


Photobucket
top