Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Sastera adalah akhlak, estetika, keindahan, keagamaan, keutamaan, mengangkat tema-tema baru yang bermutu dan mengajak kepada sifat malu. Karya sastera yang baik ialah yang mengajak kepada akhlak yang mulia dan mencegah perkara-perkara yang hina.

Sebahagian manusia berlebih-lebihan dalam percakapan mereka. Mereka meninggalkan jalan ilmu pengetahuan, menjauhkan diri dari ulamak, memusuhi pena dan kitab (buku). Kita wajib menuntut ilmu pengetahuan yang bermanfaat dengan dalil kata Allah, “Iqra”. Sebahagian ulamak terkenal mengambil kata Tuhan tersebut suatu kesimpulan bahawa membaca adalah sebahagian nikmat. Sesiapa yang membaca, maka dia akan dapat merasai nikmatnya.


Sesiapa yang terhalang dari buku, terhalang dari mengetahui buku dan terhalang dari bersama buku, maka orang tersebut terhalang dari kebaikan yang sangat banyak. Ahli ilmu Islam berkata, “Bacalah dengan meminta pertolongan kepada Allah, bacalah dengan mewakilkan pada Allah (menitipkan bacaan tersebut pada Allah). Mulakanlah membaca dengan mengambil berkat dari basmallah (dengan membaca bismillah secara penuh).”


--- Tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni


Selain dari sesi penerangan atau ceramah terhadap sesuatu isu, buku juga membuka banyak rahsia dan fakta yang sukar diperoleh menerusi media perdana. Contohnya ialah buku “Suara Dari Kamunting 1” yang berasaskan kepada “…menjadi aktivis reformasi bukan calang-calang kesalahan. Ia adalah kesalahan di bawah ISA.”


Buku ini mendedahkan soal-siasat Polis Cawangan Khas (SB) Malaysia terhadap Saari Sungib selama 54 hari di bilik rahsia polis yang dikemukakan beliau dalam hujah representasi kepada Lembaga Penasihat Kamunting pada 6 dan 11 September 2001 yang lalu. Representasi ini adalah ‘demi membela diri terhadap tahanan tanpa bicara di bawah ISA.”


Buku ini merupakan pendedahan saudara Saari Sungib (kini bergelar Yang Berhormat) yang tidak dapat diragui kerana beliau seorang yang sudah menghasilkan lebih dari 20 buah buku. Justeru beliau memberi penekanan fakta bahawa “pertanggungjawaban terhadap kebenaran penulisan” ini amatlah penting.


Demi perjuangan menuntut keadilan, maka beliau bongkarkan penyelewengan dan salah guna kuasa polis dan pemerintah (di waktu itu). Membaca buku ini saya “menyoroti lorong-lorong gelap” dunia kepolisan di negara Malaysia yang tercinta ini.


Nabi Muhammad bin Abdullah (S.A.W) berkata, “Takutilah doa orang yang dizalimi, kerana tiada halangan sedikit pun di antaranya dengan Allah.”


Tajuk: Suara Dari Kamunting 1

Penulis: Saari Sungib

ISBN: 983-2553-00-8

Penerbit: Focus Approach Sdn Bhd, Sungai Buloh, Selangor (November 2001)

Muka
surat: 176 halaman
Harga: RM12.00

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Bro, ada 209 e-book free. Pics cantik etc.

Visit web site Harun Yahya:

http://www.harunyahya.com/en.m_book_index.php

Anonymous said...

Alaikumsalam sdr Mokhtar,

Terima kasih atas makluman. Ya saya sedar ada banyak buku atau e-book Harun Yahya. Saya ada memiliki beberapa buku beliau (bercetak), kalau tidak silap hitungan, 5 buah buku.


Photobucket
top