Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Dalam salah satu program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, Pengurus Besar Alaf21, Encik Norden bin Mohamad, dijemput menyampaikan ceramah berkenaan aktiviti pemasaran buku-buku Malaysia ke luar negara. Ada beberapa hujah yang begitu menarik perhatian saya.

Inti utama yang saya terkesan dan ingin membuat sorotan ialah slogan penjajahan barat waktu lalu (dan saya kira hingga kini) iaitu Gold, Glory dan Gospel. Sila baca di bawah.

“Aktiviti memasarkan buku ke luar negara sama juga seperti golongan pelayar dahulu berdagang ke merata dunia. Secara lahiriah, ia mudah dicontohi. Namun, apa yang sukar diikuti ialah pemikiran mereka kerana apa yang ada di dalam pemikiran pengembara zaman dahulu tidak boleh didapatkan seperti cakera padat dan dimasukkan sahaja ke kotak minda kita lalu dimainkan, lantas kita juga punyai pemikiran seperti mereka. Kerana itulah, kita harus menyedari rangsangan-rangsangan mereka untuk digunakan. Rangsangan-rangsangan itulah yang akan memacu psiko-motor kita untuk bergerak maju.

Apakah rangsangan-rangsangan itu? Ia terbahagi kepada tiga, iaitu yang pertamanya, rangsangan fizikal, kedua rangsangan mental dan ketiga rangsangan spiritual. Rangsangan-rangsangan inilah yang menjadi azimat golongan pelayar Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Portugis hingga mereka menjelajah, lantas menjajah banyak negara dan wilayah di dunia. Mereka berpegang kepada tiga rangsangan-rangsangan ini melalui slogan Gold, Glory dan Gospel.


Istilah Gold, secara simboliknya merupakan rangsangan fizikal iaitu emas sebagai naluri ingin mengaut harta-benda. Glory pula merupakan rangsangan mental yang mencakupi rasa berjaya, rasa hebat, rasa juara dan rasa pe
nakluk. Sementara Gospel pula adalah rangsangan spiritual mereka untuk berdakwah menyampaikan ajaran Kristian.

Rangsangan fizikal, mental dan spiritual ini juga terdapat kepada falsafah Cina dan Jepun. Rangsangan-rangsangan inilah yang menjadikan mereka pengembara yang hebat menempuh samudera. Chi, iaitu tanah dan Sui iaitu air merupakan elemen fizikal, Ka pula adalah api dan Fu pula adalah angin atau tenaga yang merupakan elemen mental dan fikiran. Sementara Ku pula adalah syurga, yang merupakan elemen spiritual. Rangsangan-rangsangan inilah yang membangun semangat peneroka masyarakat China dan Jepun dari dahulu hingga kini.


Bila kita meneliti budaya mengembara masyarakat Islam pula, anutan kepada ketiga-tiga rangsangan ini menjadi pemacu kepantasan pengembangan agama Islam ke merata dunia. Rangsangan fizikal melalui lima Rukun I
slam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji merupakan aktiviti-aktiviti lahiriah yang boleh dilihat. Rangsangan mental pula melalui enam Rukun Iman melalui keyakinan kepada ALLAH, malaikat, rasul, kitab, kiamat dan juga qada dan qadar adalah rangsangan mental. Rukun Ehsan yang satu itu pula adalah rangsangan spiritual mereka.”
Ini apa pula?

Segalanya bermula dengan niat bobrok atas slogan “Gold, Glory and Gospel” yang dianuti oleh konglomerat imperialis dan neo-kolonialis barat dan Zionis (sejak dulu). Sebuah pertubuhan Zionis dunia menggunakan satu organisasi kemanusiaan bagi menjajah kembali dunia Timur ini. Mereka melaksanakan komplot hitam ini dengan menghantar ejen-ejen economic hitman untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia, negara yang tercinta.

Untuk mengetahui, baca seterusnya: Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut

3 comments:

D'Rimba said...

segala sistem barat pasti kita dipengaruhi mereka demokrasi, terkini liberalisasi hingga ke sistem kewangan Islam itu sendiri...Aduhai...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Teruja amat dengan entri ini. Terkesan dan amat berguna. Akan disimpan buat rujukan nanti.

eyman hykal said...

Slogan Gold, Gospel, Glory yang dilancarkan oleh bangsa Romawi dikatakan masih belum berakhir. Kini dikatakan sebagai 3G a.k.a perang salib moden. Saya temui sebuah pandangan sebegitu di swaramuslim.net. Silalah 'menggoogle' dan akan menemui lebih banyak mengenainya.


Photobucket
top