Kini berlangsung Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010. Ianya bermula dari 18 hingga 22 Jun di Di Balai Islam Lundang, Kota Bahru. Pesta buku ini bertemakan “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu”. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat semasa merasmikan pesta ini menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama.
“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca. Sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca,” tegasnya.
Dalam novel tulisan isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berjudul Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang, beliau memetik kata-kata Tuan Guru, “Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.”
Harakahdaily memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.
Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di negeri Kelantan agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian. “Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan. "
“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperoleh menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.
Saya teringat bahawa Tuan Guru pernah ditanya oleh wartawan berkenaan perpustakaan di rumah beliau. Tuan Guru menjawab bahawa di rumahnya tiada perpustakaan khusus, kerana seluruh rumahnya adalah perpustakaan.
Namun dengar khabar pesta buku ini kurang menyengat. Menurut seorang pengunjung melalui blog al-fikrah.net, Abu_sofiyyah, bahawa, “setakat yang ana lihat tadi, sambutan pengunjung kurang menggalakkan...mungkin disebabkan promosi yang agak kurang 'menyengat'.”
Kalau benarlah, saya mahu bertanya kepada penganjur, buat apa diadakan pesta buku kalau hanya setakat bagai melepas batuk di tangga sahaja! Tercapaikah matlamat Kelantan memimpin budaya ilmu?
“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca. Sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca,” tegasnya.
Dalam novel tulisan isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berjudul Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang, beliau memetik kata-kata Tuan Guru, “Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.”
Harakahdaily memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.
Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di negeri Kelantan agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.
“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperoleh menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.
Saya teringat bahawa Tuan Guru pernah ditanya oleh wartawan berkenaan perpustakaan di rumah beliau. Tuan Guru menjawab bahawa di rumahnya tiada perpustakaan khusus, kerana seluruh rumahnya adalah perpustakaan.
Namun dengar khabar pesta buku ini kurang menyengat. Menurut seorang pengunjung melalui blog al-fikrah.net, Abu_sofiyyah, bahawa, “setakat yang ana lihat tadi, sambutan pengunjung kurang menggalakkan...mungkin disebabkan promosi yang agak kurang 'menyengat'.”
Kalau benarlah, saya mahu bertanya kepada penganjur, buat apa diadakan pesta buku kalau hanya setakat bagai melepas batuk di tangga sahaja! Tercapaikah matlamat Kelantan memimpin budaya ilmu?
2 comments:
Salam ziarah
Saya pulang pada tarikh berkenaan, dan tidak nampak sebarang promosi berkenaan pesta buku berkenaan.
Jika tidak, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang untuk ke sana.
Pandangan saya, mungkin juga promosi yang kurang berkesan, dan tidak ramai yang mengetahuinya.
Sdr. Masayu dan sahabat-sahabat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah cakap perkara yang tersurat dan tersirat. Juga pesta buku ini sudah elok matlamatnya. Apa yang dikesalkan ialah sikap sambil lewa penganjur dalam aktiviti promosi. Takkan penganjur mengharapkan rakyat Kelantan berkunjung ke pesta buku dengan kaedah sekadar 'buat pesta buku'. Dengan kata lain, penganjur tempah lokasi, panggil penjual dan penerbit buku. Itu sahaja? Bagaimana orang hendak tahu?
Sedangkan pesta buku antarabangsa KL yang diadakan saban tahun pun, promosi besar-besaran dilakukan. Read Malaysia dan pesta buku Popular misalnya, begitu galak dengan aktiviti promosi. Mengapa atas nama Islam, penganjur di Kelantan lesu?
Mengapa laman web Harakahdaily dan geng-geng yang lain tidak mengambil langkah proaktif dalam soal ini?
Kepada sahabat di Kelantan, sila bagi info terperinci andai saya salah telahan. Tolonglah!
Post a Comment