Kali kedua aku ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 ialah pada hari ketiga pesta tersebut, iaitu pada Ahad, 19 April. Ada dua tujuan aku ke sana lagi, pertama untuk meraikan novelis Ramlee Awang Murshid dan RAMFC, dan keduanya untuk mengikuti program Mini forum dan konvensyen sai-fai. Memang sudah dijangka, orang ramai berpusu-pusu, juga sesak seperti mana hari sebelumnya.
Selesai menjamu selera di salah sebuah kedai makan di pusat membeli-belah berhampiran bersama-sama dengan Pengurus Besar Alaf21, Encik Norden Mohamad; novelis Ramlee, saudara Attokz, Elle dan Akim (dari RAMFC), aku segera ke konvensyen sai-fai.
Salah satu isu atau perkara yang dibangkitkan oleh moderator konvensyen, saudara Fadli al-Akiti ialah berkenaan isi kandungan dan mesej novel sains-fiksyen (sai-fai) berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ada perbezaan ketara antara keduanya.
Faktor paling utama dan amat ketara ialah rata-rata novel sai-fai berbahasa Inggeris meletakkan ciri ketuhanan di tahap paling bawah. Novel sai-fai barat menonjolkan ‘penciptaan’ sains sebagai satu inisiatif agung sampai ke tahap menjadi Tuhan yang boleh mencipta sesuatu.
Aku bukan berkata berdasarkan apa yang diluahkan oleh ahli panel, tetapi itu yang aku sedar di sebalik pembacaan novel-novel sai-fai barat. Ahli panel meluahkan pandangan mereka yang memang sudah lama aku sedari. Namun ianya bagus justeru kerana paling kurang pun, komuniti dapat menilai dan meneliti perbezaan ketara tersebut.
Aku tidak leka untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan salah seorang novelis sai-fai terawal negara, iaitu saudara Ahmad Patria bin Abdullah. Beliau merupakan rakan lama aku semasa pengajian di Universiti Sains Malaysia. Kalau dia mengambil jurusan farmasi, aku pula dalam jurusan sains komputer. Kelab peminat Patria di sini.
“Assalamualaikum Pat, ingat aku lagi?”, tanya aku spontan (Foto kiri atas, aku dan Patria. Kanan, novel Patria).
“Alaikumsalam. Oi! Muka kau memang aku kenal. Kau belajar di USM dulu kan?”, tanya Patria kembali.
Memang sudah terlalu lama aku tidak bersua dengan beliau. Justeru itu saudara Patria hanya mengenali rupa paras aku, sedangkan nama aku sudah hilang dari mindanya. Namun sebaik sahaja aku mengingatkan nama-nama teman lama di USM dahulu, dia tersenyum riang.
Aku juga memperkenalkan diri kepada saudara Fadli al-Akiti, penulis novel sai-fai Saga Horizon. Beliau begitu teruja, sebagaimana aku sendiri, hihihihi!
Pada kunjungan kali kedua ini aku melabur duit (bukan melebur!) untuk dua buah buku karya Sasterawan Negara Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad – Setitis Embun Semarak Api dan Revolusi yang Ditangguhkan. Kedua-duanya diterbitkan oleh Alaf21 Sdn Bhd.

(Gambar-gambar pada hari tersebut.)
0 comments:
Post a Comment