Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar kelantan).

Di bawah merupakan laporan yang disediakan oleh penulis prolifik saudara Zamri Mohamad berkenaan dua program pakatan rakyat Baca@LRT. Saya turut menyertai program yang pertama pada 16 Januari 2010. Tetapi faktor kerjaya yang memerlukan kehadiran saya pad
a 20 Februari 2010, tidak membenarkan saya turut serta, walaupun hati meronta-ronta dan terkilan.

Dalam entri terdahulu saya menulis. “Saya berbangga kerana tim BACA@LRT mencipta sejarah. InsyaAllah, sejarah yang akan menukar riak kecil kepada gelombang umat Malaysia tanpa mengira ras dan pegangan kepercayaan.”

(Ikuti laporan saudara Zamri Mohamad yang dihantar melalui laman Facebook dan diemel kepada semua yang mendaftar, termasuk saya.)

TERDAPAT beberapa kumpulan dalam Baca@LRT yang dapat kami kenalpasti wujud dan menyertai.

Kumpulan pertama ialah mereka yang suka membaca tetapi berhenti daripada membaca di khayalak kerana respon orang sekeliling yang melihat ia sesuatu yang janggal dalam masyarakat.

Penglibatan mereka dan perkenalan bersama tuan dan puan dalam Baca@LRT memberi mereka keberanian semula untuk membaca bahan bacaan dan membaca di khayalak tanpa ada kebimbangan seperti dahulu.

Kumpulan kedua terdiri dari mereka yang baru mahu seronok membaca. Tetapi tidak ada kumpulan sokongan yang dapat memenuhi kehendak mereka yang cuba memberanikan diri membawa bahan bacaan bersama ketika menaiki pengangkutan awam. Kumpulan ini dalam peringkat mencipta keberanian membaca di tempat terbuka dan memerlukan masa sehingga ia menjadi kebiasaan.

Kumpulan ketiga merupakan golongan yang suka membaca dan tidak kisah apa sahaja yang difikirkan oleh masyarakat sekeliling. Berada dalam Baca@LRT mempertemukan mereka dengan kumpulan pembaca baru. Manakala kumpulan keempat adalah ahli keluarga yang mahu mencari kumpulan sokongan yang dapat menunjukkan model kepada anak-anak mereka bagaimana membaca di tempat awam.

Kumpulan lima pula merupakan kelab-kelab buku yang aktif seperti Kelab Tidur dengan Buku, Ramlee Awang Murshid Fan Club dan Goodreads Malaysia. Serta gerakan seni seperti Sindiket Soljah dan soldadunya.

Baca@LRT edisi Sastera mendapat rakan baru dalam usaha membudaya membaca sebagai gaya hidup. Pada hari yang sama. Baca@Komuter dilancarkan oleh kumpulan pembaca dari Negeri Sembilan. Semalam Facebook Baca@Komuter telah diwujudkan. Insya Allah mereka bakal menggerakkan usaha sulung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Mac ini.

Beberapa pemerhatian dari program pakatan rakyat BACA@LRT:

(a) Kepadatan tren pada 20 Februari 2010 adalah tinggi berbanding 16 Januari 2010. Peningkatan jumlah pembaca yang meningkat hampir seratus peratus. Sejumlah 150 orang pada bulan Januari manakala 250 ora ng pada bulan Februari berdasarkan rekod tidak rasmi. Rekod rasmi yang mengesahkan hadir untuk Baca@LRT Februari adalah 380 orang.

Didapati dua tren membawa kumpulan penyokong Baca@LRT pada 20 Februari lalu. Saya menerima panggilan telefon daripada rakan-rakan kita yang menaiki tren ketiga dan keempat. Ini adalah bagus kerana ia adalah permulaan kepada kaedah memecahkan kumpulan dalam tren berbeza agar visual lebih kerap dan selesa kepada semua.

(b) Paparan media. Edisi Februari memperlihatkan Baca@LRT mendapat liputan tiga rangkaian utama iaitu TV3, RTM dan ASTRO serta Utusan Malaysia, Era Pakatan dan Berita Harian. Selain itu majalah Dewan Bahasa dan Usahawan Sukses memberi sokongan agar usaha ini dapat digerakkan lebih jauh. (Web Sutera: Walaupun sudah lama saya boikot Utusan Malaysia dan RTM, saya menghargai liputan itu)

Saya sudah memaklumkan kepada mana-mana media yang mahu membuat liputan ketika hari berlangsung agar terus berurusan dengan pihak Rapid KL kerana Baca@LRT tidak dijalankan oleh mana-mana organisasi tetapi satu aktiviti individu yang dibuat beramai-ramai.

Insya Allah pada masa akan datang kita akan usahakan kerjasama rasmi bersama Rapid KL.

Astro Awani menyifatkan usaha tuan dan puan d alam Baca@LRT adalah sejarah dalam gerakan membudayakan sikap suka membaca. RTM membuat kesimpulan Baca@LRT adalah usaha menyokong kempen-kempen membaca yang terdahulu.

Para blogger membuat ulasan berkenaan Baca@LRT yang kini kami telah muat turun di sini

(c) Kesan Baca@LRT pada kanak-kanak. Di sini dapat saya katakan bahawa Baca@LRT edisi Sastera memberi kesan awal kepada kanak-kanak yang terlibat pada hari itu. Tuan Hairizal Hamidon ketika mengikuti Baca@LRT melaporkan ada kanak-kanak memohon dibelikan bahan bacaan kepada ahli keluarganya yang menaiki tren yang sama kerana melihat situasi ramai membaca ketika itu.

Catatan puan Marniyati juga m
enyentuh hal yang sama berkaitan kesan Baca@LRT kepada kanak-kanak. Maklumat lanjut di sini.

(d) Sokongan institusi, penerbit dan kedai buku dira
sai. Kita telah dihubungi oleh beberapa penerbit majalah dan buku yang menyokong usaha ini. Pada masa sama kedai buku Indie seperti First Edition di Damansara juga menghantar mesej peribadi menyatakan sokongan atas usaha tuan dan puan.

Selain itu pada Baca@LRT, salah seorang yang turut serta adalah tuan Mohd Khair Ngadiron yang merupakan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia. Begitu juga, Tuan Zaidi Ismail, yang memimpin majalah Dewan Bahasa turun memberikan sokongan dan kepercayaan kepada usaha yang digerakkan oleh tuan dan puan.

Berkaitan:
Saya membaca di mana-mana, hatta dalam bilik bersalin
LRT dan ulat buku, apa kena mengena?
Kempen Baca@LRT: Baca Sastera
Malaysians Confuse LRT Passengers By Reading

0 comments:


Photobucket
top