Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

14 Zulhijjah 1431H - Insyaallah, acara menyemarakan semangat perjuangan tokoh-tokoh gerakan Islam diteruskan lagi dengan mengulas tentang tokoh-tokoh yang telah diuji kekentalan semangat juang mereka.

Penerbit Kemilau Publika mengajak tuan-tuan dan puan-puan menyertai dan mendengar kupasan daripada penulis buku
Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah, iaitu saudara Saari Sungib. (Buku lain Saari Sungib di sini)

Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Tokoh-tokoh yang disorot dalam buku
Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah ialah Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini, dan Teungku Hasan Krueng Kali. Mereka menjadi barisan lagenda yang dikenang sepanjang hayat. Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam.

Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.


Selain itu, buku
Rahsia Sebuah Manuskrip juga turut akan dibedah oleh penulisnya, Naimisa Yusof. Anda dijemput bertemu penulis secara langsung! Bertempat di MPH Mid Valley, Kuala Lumpur, pada 20 November 2010 (Sabtu), jam 2.00 – 4.00 petang.

Sementara itu program Hujung Minggu@PTS akan berlangsung pada 27 November 2010 dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Lokasinya di Pejabat Urusan, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.


Diskaun 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS.

0 comments:


Photobucket
top