Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Bosan aku dengan mutu laman web Pesta Buku Selangor. Sebab-sebabnya ialah:

1) Tiada kemaskini berinformasi selepas pesta buku 2009.

2) Tiada senarai aktiviti bagi Pesta Buku Selangor 2010.
3) Tiada berita berkenaan pesta buku mutakhir.
4) Tiada berita/info mengenai buku-buku.
5) Tiada info dan berita mengenai pempamer yang terlibat dan tawaran diskaun (jika ada).

Salah satu aktiviti yang diadakan ialah acara membaca di luar paling besar. Harakahdaily melaporkan bahawa seramai 14,718 peserta terdiri daripada pelajar, pemimpin masyarakat, organisasi kerajaan dan orang awam menyertai program bersantai sambil membaca buku secara serentak di sekitar Taman Tasik Shah Alam selama sejam. Program itu turut mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Records.

Sementara itu, Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Pesta Buku Negeri Selangor 2010 merupakan penganjuran kali kelima oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. Beliau berharap seramai 450,000 pengunjung pada tahun ini berbanding 390,000 pengunjung pada tahun lepas.

Kenyataan Exco ini (ayat merah) saya kira hanya sedap cakap sahaja. Saya tidak percaya sama sekali. Meneliti laman web pesta buku dan ketiadaan aktiviti ilmu sudah cukup untuk saya simpulkan bahawa itu hanyalah kenyataan sedap mulut sahaja dan hanya publisiti yang entah apa-apa.

Kerajaan Selangor juga menetapkan tanggal 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Ilmu di negeri ini. Dr Halimah Ali berkata pengistiharan itu sejajar dengan program berkembar Gerakan Membaca Perdana dan Gerakan Menulis Perdana. (Yang ini okey. Namun begitu, tercapaikah dengan kualiti laman web pesta buku yang hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja?)

Saya sangat berharap pesta buku 2010 ini bukan hanya sekadar ingin mencipta rekod bagi aktiviti Largest Outdoor Reading Event in Malaysia. Semoga hasrat konsep hari ilmu dan gerakan membaca semarak sepanjang tahun, di mana-mana sahaja.

0 comments:


Photobucket
top