.jpg)
Aku pernah mengatakan bahawa PTS menyusahkan aku dengan buku-bukunya yang banyak, bermutu dan pelbagai genre. Lantaran itu, aku tidak dapat membendung kegilaan untuk memilikinya bagi bacaan diri sendiri, isteri dan anak-anak. Malah aku secara tidak langsung menjadi jurujual kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Rumah aku juga menjadi khutub-khanah bagi sanak saudara serta rakan rapat aku yang lain yang bekerja di sekitar
Aku tidak akan menghiraukan peraduan demi peraduan yang diuar-uarkan oleh banyak syarikat bukan-buku di Malaysia. Aku juga mungkin tidak memberi perhatian tegar terhadap sebarang peraduan yang diumumkan oleh para penerbit lain. Tetapi aku mengambil pendekatan berbeza bagi setiap pengumuman yang diuar-uarkan oleh PTS. Aku menjadi teruja dan ingin turut serta.
Sedikit masa dahulu PTS mengadakan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS. Kalau tidak salah hitungan, hampir RM250.00 aku membeli buku-buku PTS bagi melayakkan diri dan anak-anak menyertai peraduan tersebut. Satu pun aku tidak memenanginya. Adakah aku kisah? Tidak. Aku tidak kisah. Paling kurang pun aku sudah menghadiahkan buku-buku bermutu kepada anak-anak.
Pihak PTS sekali lagi mengadakan peraduan. Kini ialah Peraduan Teka Judul Buku PTS melalui pesanan ringkas (SMS). Ianya bermula dari 3 Oktober dan berakhir pada 25 Disember 2010. Aku tidak akan lepaskan begitu sahaja. Aku akan teroka dan buru!

3 comments:
Saya akan turut serta, InsyaAllah :)
Assalamualaikum, Cikpuan Welma. Saya sudah jangka :-).
Waalaikumussalam. :)
Dapat satu netbook pun ok juga :)
Post a Comment