Mulanya agak sukar untuk dihadam. Novel ini bermula dengan agak kabur. Namun semakin dalam saya baca, semakin faham jalan cerita. Dan semakin dalam penelitian, terimbas kembali di minda bahawa ada plot dan persekitaran yang seakan sama dengan novel bahasa Inggeris,The Footprints of God oleh Greg Iles. Kenapa saya kata sama? Kerana kedua-dua novel ini memusatkan kepada satu entiti yang bukan manusia, iaitu mesin yang ingin menjadi manusia yang cuba mengawal dunia manusia. Cuma dalam The Footprints of God, ia jelas ingin menjadi Tuhan.
Segala-galanya bermula pada abad ke-20 waktu manusia menemui kemampuan dalam penggunaan robot. Pada abad ini robot masih dianggap primitif. Robot zaman ini dicipta lebih pada mekanikal strukturnya berbanding penggunaan seluruh badannya.
Pada abad berikutnya, sebuah robot baru yang dinamakan mandroid dicipta. Mandroid adalah entiti robot yang lebih pintar. Terdapat dua jenis mandroid. Jenis yang pertama merupakan versi awal yang dicipta pada abad ke-23. Ia bergerak dan bertindak balas secara agak perlahan. Tumpuan mandroid ini ialah untuk bekerja sebagai orang gaji kepada tuan manusia dan rupa bentuk mereka tidak nampak menyerupai manusia dengan sempurna.
Mandroid generasi kedua dihasilkan pada pertengahan abad ke-23. Rupanya lebih dekat kepada manusia dan ada juga yang mempunyai kulit sintetik menyerupai manusia. Mereka digunakan untuk menjalankan tugas-tugas setiausaha, pengawal peribadi, pekerja buruh, pemandu kereta, askar dan juga pengintip. Ini justeru kerana mandroid ini mempunyai struktur kompleks otak yang lebih tinggi dan kepintaran buatan mereka lebih baik berbanding dengan mandroid versi awal.
Seterusnya evolusi penciptaan robot bercirikan manusia terus berkembang. Pada abad ke-30, mandroid ASAIN dihasilkan yang memiliki ciri-ciri boleh berfikir sendiri dan berevolusi tanpa bantuan manusia, lantas dia ingin hidup, tidak mahu mati. Di hari ASAIN dihukum bunuh kerana membunuh seorang manusia, dia memberontak. Akhirnya alam maya ini musnah!
Kewujudan bumi pada tahun 3024 Masihi sangat berlainan. Tiada lagi kehijauan. Bumi yang didiami manusia ketika itu tandus dan penuh berasid. Memang dijangkakan bahawa air bersih menjadi sumber mewah, dan sesiapa yang menguasai sumber air bersih dianggap kaya dan terhormat. Sengketa juga tidak dapat dielakkan.
Watak-watak yang hidup dari imaginasi penulis sungguh menarik dengan pelbagai gelaran dan pangkat. Ya, seperti yang saya katakan di atas, pada peringkat permulaan, plot dan persekitaran sedikit kabur. Namun dengan kekaburan inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus menjelajah bumi berasid tersebut. Dan saya tidak kecewa.
Penulis, saudara Fadli Al-Akiti memang berimaginasi. Debaran demi debaran berjaya dipaparkan menerusi plot, sub-plot dan persekitaran. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya dapat membayangkan suasana pertarungan antara manusia dan mesin, persekitaran bumi yang tandus serta polemik yang dialami oleh setiap watak utama dan sampingan. Semuanya dijalin dengan baik dan ampuh.

5 comments:
abg web...bape bintang dr 5..berbaloi ke beli nie?..
Tuan Web,
Maaf, tolong jawab.
Cik Sue,
Saya salah seorang pembaca Saga Horizon.
Novel ini memang bagus sangat. Lengkap dengan petanya sekali.
Saya beri 5 bintang.
Bro, ulasan yang baik untuk buku yang baik.
Bravo! :)
Salam..wah , saya ketinggalan nampaknya... baru beli novel ni semalam dan tertarik dengan tajuk dan grafik pada awalnya...
belum mula membacanya lagi, menunggu kelapangan masa yg sesuai..
Sdr Budak Hutan, jika belum mula membacanya elok juga. Saudara mesti cari masa yang betul-betul lapang dan sediakan minda untuk merentasi dunia berasid dan penuh besi!
Jika saudara jenis pembaca seumpama isteri saya, iaitu jika sudah mulainya payah untuk berhenti, maka ini amaran saya. Jangan mula andai tidak bersedia.
Post a Comment