Aku sudah dianugerahkan Tuhan tiga orang anak sebelum kelahiran insan baru itu. Tanggal 21 Oktober 2007 merupakan detik yang manis untuk aku dan isteri kerana kami dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, anak keempat. Memang benar, umur anak lelaki aku itu sudah lebih satu bulan sewaktu aku menulis kisah ini. Baru sekarang tergerak untuk menulis mengenai kelahirannya.
Rawatan antenatal isteri aku dilakukan di Hospital Pusrawi Sdn Bhd (Pusrawi) jalan Tun Razak,
Kata doktor Daud yang merupakan pakar sakit puan di Pusrawi, “Awak akan dapat anak lelaki, insyaallah. Selang bunga nampaknya.”
Pada mulanya aku tidak faham apakah maksud ‘selang bunga’. Doktor Daud kata selang bunga ialah kelahiran anak berselang jantina; perempuan, lelaki, perempuan, lelaki. Merekalah anak-anak aku.
Kandungan semakin membesar. Manusia dalam rahim isteriku semakin aktif bergerak. Bisnes katering berjalan seperti biasa. Mengandung atau tidak, bisnes diteruskan, kataku kepada isteri tersayang. Ketika itu aku dapat bayangkan bahawa anak tersebut akan mudah dilahirkan memandangkan pergerakan aktif isteri aku semasa membawa manusia ini ke hulur ke hilir.
Semasa satu sesi pemeriksaan, isteri aku berkata kepada doktor Daud, “Doktor, anak dalam rahim aktif awal pagi, sekitar 3.00 pagi ke atas. Tidak boleh tidur saya dibuatnya.”
Doktor Daud menjawab sambil tersenyum, “Anak awak mahu supaya mamanya standby berjaga malam.” Aku turut tersenyum.
Hari-hari terakhir bulan puasa berjalan seperti biasa, dengan ditemani sedikit kegelisahan kerana isteri aku mengadu asyik sakit-sakit. Tetapi pada awal pagi sekitar 3.00 pagi, elok pula budak itu aktif bergerak. Aidilfitri pun berlalu tanpa kelahiran manusia itu.
Hari Ahad, tanggal 21 Oktober 2007, selepas waktu Zohor, isteri aku mengadu mengalami sakit yang berselang masa setiap
Aku dan isteri sampai di Pusrawi 15 minit menjelang jam 3.00 petang. Terus isteri aku dibawa masuk ke bilik bersalin. Selang lebih kurang 20 minit, doktor Salleh (doktor pakar yang bertugas pada hari itu) pun sampai untuk membuat pemeriksaan.
Aku bertanya, “Bagaimana doktor, bila bersalin?”
Doktor Salleh jawab dengan yakin, “Petang ini juga.”
Dua jam lebih aku dan isteri di bilik bersalin, manusia lelaki itu pun lahir dengan selamat. Hendak tahu peristiwa ajaib kelahiran manusia, detik-detik berada di bilik bersalin dan perasaan aku ketika menyaksikan proses bersalin, nanti aku ceritakan dalam entri berikutnya.
4 comments:
Tahniah, dapat anak lagi! Buku tak tulis?
TAHNIAH. Semoga bertambah rezeki.
Sdr Mya Marja,
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Janganlah sindir saya fasal buku. Sudahlah Sifu PTS asyik ketuk saya..
Abang Long,
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Post a Comment