Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Lusiana Catering menyajikan menu untuk satu majlis doa selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6, Bandar Kinrara, Selangor pada satu hari di minggu terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian makan tengah hari dan makan malam.

Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try mutton curry, it’s excellent!,” tuan rumah berkata kepada salah seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beryiani.

Cerita kedua pula semasa di majlis makan yang berlangsung di tingkat 75, menara kedua Petronas (KLCC) setahun lepas. Ianya merupakan majlis meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali untuk staf dan expatriate syarikat berkenaan. Ia berlangsung dalam suasana santai.


Hidangan termasuk masakan rendang kambing dan lemang yang mendapat pujian dari staf India dan staf warga asing yang bertugas di syarikat berkenaan.
Kata mereka, The best mutton curry I have ever eaten. Saya kata kepada staf berkenaan ini bukan kari kambing tetapi rendang kambing.

Seorang lagi staf Melayu yang lengkap berpakaian baju Melayu memuji hidangan yang saya sediakan. Kata beliau, “Terima kasih kerana menghidangkan masakan yang menyelerakan. Lemang ini cukup enak rasanya. Awak ada kedai kah?” Saya jawab tidak ada, lantas menyuakan kad bisnes kepada beliau. Selepas itu saya sendiri melihat beliau bercakap-cakap dengan rakan-rakan sambil menyarankan supaya mencuba lemang dan rendang kambing.


Hidangan istimewa lain yang saya sediakan hari itu ialah cendol dan nasi beriani (bersama beberapa hidangan lagi bersesuaian dengan tujuan majlis diadakan). Cendol yang dihidangkan bersama santan, gula merah dan ketulan ais habis dihirup oleh tetamu.


Segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

4 comments:

cendera kirana said...

semoga bertambah maju

Web Sutera said...

Sdr Cendera Kirana, terima kasih. Rezeki dari Allah, saya hanya menguruskannya sahaja.

illaieylla said...

ala abg web
nape x buat mutton curry masa kat rmh abg ram tu
nak rasa sket mutton curry pergghhh sedapnya

Web Sutera said...

Assalamualaikum Cik Illa. Errr..Suka kari kambingkah? Begini; kos untuk bikin kari kambing/massala kambing/kambing kurma dan seangkatan dengannya tinggi dari penyediaan masakan lain. Jadi andai ada bajet, saya ok sahaja..hihiihi..

top