Selepas dua hari selesai satu katering perkahwinan, saya bergegas balik ke Pahang bersama adik dan emak atas satu urusan agak tergempar. Rumah emak saya di sana sekali lagi dimasuki pencuri. Seingat saya itu adalah kali yang keempat rumah emak dipecah masuk.
Berita tersebut disampaikan oleh jiran sebelah rumah yang sememangnya diminta mengawasi rumah sepanjang ketiadaan emak dan adik yang bercuti ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidiladha. Emak menjadi risau tidak menentu, lantas menyuruh saya supaya menghantar beliau balik ke Jerantut, Pahang.
Kes pecah masuk tersebut dapat dikesan oleh jiran tatkala mendengar ada barang jatuh, sekitar jam 5.00 pagi. Sebaik sahaja lampu disuluh ke arah rumah, pencuri tersebut lari serta-merta, meninggalkan satu peti TV yang tidak sempat dibawa.
Kami sampai di rumah sebelum waktu Maghrib. Emak terus memeriksa keadaan rumah; kamar dia dan kamar-kamar lain. Agak berselerak kerana diselongkar oleh pencuri itu. Alhamdulillah tiada barang berharga yang hilang, cuma lamput picit sahaja yang lesap. Menurut emak, lampu tersebut baru sahaja dibeli, hilang lagi!
Sebenarnya dalam kecurian yang terdahulu, beberapa barang kemas emak dan wang tunai sudah dikebas. Nasib baik kali ini emak sudah bersedia awal, semua barang kemas serta wang dibawa bersama sewaktu datang ke Kuala Lumpur. Menurut emak, dia percaya orang yang sama terlibat.
Kampung saya adalah sebuah perkampungan Felda di Jerantut. Saya terfikir, hendak jadi apa dengan budak-budak Melayu di rancangan Felda ini. Dari pengamatan saya dan cerita yang diberitahu oleh orang-orang tua, ada segelintir generasi kedua peneroka Felda di sana terlibat dalam gejala dadah. Justeru oleh kerana ketagihan benda haram tersebut, anak-anak peneroka yang tidak sedar diri itu memecah masuk rumah orang mencuri barang-barang bagi dijual.
Oleh kerana terlalu geram rumah asyik dimasuki pencuri yang pastinya penagih dadah, emak memberitahu saya dia mahu melakukan solat hajat supaya pencuri yang memecah masuk rumah itu mati! Nasib baik emak masih sempat berfikir dan berkata, “Kalau dia mati, berdosa pula aku nanti.”
Saya menasihati emak supaya solat hajat dan minta kepada Tuhan agar pencuri tersebut datang melutut di depan emak. Sebagai rekod, jangan memperlekehkan keberkatan solat hajat yang dilakukan bersungguh-sungguh mengikut tatacara terperinci. Ianya bakal makbul dengan izin Tuhan.
Dalam kes yang lain, semasa membelok kereta memasuki jalan menuju ke rumah emak, saya melihat berbelas-belas remaja yang tergolong dalam generasi kedua (mungkin generasi ketiga?) peneroka, sedang melepak atas motor di selekoh jalan. Entah apa mereka buat. Saya lihat sekadar berkumpul dan berbual kosong, tanpa isi. Sudahlah waktu menghampiri solat Maghrib. Hati saya bermonolog, “Hendak jadi apa dengan budak-budak ini?”
Siapa yang hendak disalahkan?
P/s: Perlukan perkhidmatan katering? Sila hubungi saya.

0 comments:
Post a Comment