Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Assalamualaikum sahabat. Salam Aidilfitri. Alhamdulillah kita selamat menjalani ibadah puasa dan juga merayakan hari kemenangan di Aidilfitri 1429H. Tahun ini saya meraikan Aidilfitri di sebuah perkampungan Felda di Jerantut, Pahang. Di sana saya dibesarkan, dengan pelbagai kenangan.

Pada malam terakhir Ramadhan 1429H, saya solat Isyak dan Terawih di sebuah surau yang dibina oleh aruah ayah tersayang.
Surau yang dinamakan Surau al-Mujahideen itu dimulakan dengan hanya berdindingkan papan. Papan dan kayu untuk surau tersebut dicari dan digergaji sendiri oleh aruah ayah bersama rakan-rakan karibnya.

Pembinaan surau pastinya didirikan secara gotong-royong. Pada ketika mula-mula surau tersebut didirikan solat (sekitar akhir tahun 70-an, kalau tidak salah ingatan saya), hanya beberapa kerat penduduk kampung yang mengimarahkannya.


Kini, surau semakin besar dan cantik binaannya, siap didirikan solat sunat Aidilfitri da
n Aidiladha sejak beberapa tahun yang lalu. Dan tahun ini juga sudah empat tahun ayah kembali ke tempat asal kejadian manusia.

Pada malam 30 Ramadhan, saya bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama aruah ayah. Semasa mendirikan solat Terawih terakhir Ramadhan tahun ini, jiwa saya dipupuk sedikit sayu. Kalau dulu saya berdiri di belakang ayah semasa menunaikan solat di surau tersebut, kini tidak lagi.


Rindu itu bertandang lagi.
Kenangan dan fikrah ayah menjengah naluri. Semasa bersalam-salaman dengan semua jemaah, yang juga sahabat-sahabat aruah ayah, saya pandang setiap satu wajah-wajah tua mereka. Subhanallah! Rindu ini jemba lagi.

Namun, saya cukup gembira dan terharu kerana sejak surau itu didirikan dengan hanya dapat memuatkan 2 saf jemaah, kini ia mampu untuk didirikan solat sunat kedua-dua hari raya.


Alhamdulillah. “Ya Allah, curahkan rahmatMu kepada roh ayahandaku yang tercinta.
Tempatkan beliau di tempat yang sebaik-baiknya di sana. Amin!”

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top