Pada Jumaat, 10 Ogos 2007, saya ada katering di Jaring Communications Sdn Bhd, bertempat di Taman Teknologi Malaysia . Pada sebelah petang, saya, chef Hana dan beberapa orang kawan lama berbual-bual di sana sambil minum petang.
Zainal dan isteri tanya saya, “Hujung minggu ini kau tidak ke mana-mana?”
Saya jawab, “Tidak. Mengapa?”
Zainal sambung, “Jom kita ke Taiping esok.”
Maka jadilah kami ke Taiping pada keesokan harinya. Taiping merupakan sebuah bandar yang menempatkan Sek. Men. Raja Tun Azlan Syah (SERATAS). Saya belajar disana selama setahun semasa kursus Matrikulasi sebelum memasuk USM. Jadi persekitaran di Taiping tidaklah begitu asing buat saya.
Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi ialah Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, depan SERATAS, Muzium Taiping, di samping berlegar-legar dan makan di sekitar bandar.
Paling memenatkan ialah mendaki Bukit Larut menuju ke puncak, selepas kami menaiki jip sampai ke satu tahap. Kesian kepada mak buyong, bawa orang sambil mendaki. Perjalanan dengan jip memang adventure; jalan ke Bukit Larut tidak usah cakaplah, kereta pun tidak boleh naik. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh. Jalan bengkang bengkok dan selekoh yang amat tajam menjadikan perjalanan terasa lambat. Namun, pemandangan indah membuatkan penat kami hilang di tiup angin dingin. Maha Suci Tuhan!
Kami mengunjungi Zoo Taiping pada sebelah malam yang menawarkan panorama “night safari”. Pada hari kedua kami berlegar-legar di sekitar Taman Tasik Taiping, yang pasti monyet masih menjadi ‘teman’ setia pengunjung disana , malah makin banyak.
Buku tetap menjadi teman setia saya, di samping chef dan anak-anak. Apa-apa pun, nostalgia terasa bertandang di jiwa. “Terasa bagaikan aku di sini sebelum ini.”
Terima kasih kepada keluarga Norma disana kerana layanan yang cukup mesra. Duduk rumah percuma, makan pun percuma!
Zainal dan isteri tanya saya, “Hujung minggu ini kau tidak ke mana-mana?”
Saya jawab, “Tidak. Mengapa?”
Zainal sambung, “Jom kita ke Taiping esok.”
Maka jadilah kami ke Taiping pada keesokan harinya. Taiping merupakan sebuah bandar yang menempatkan Sek. Men. Raja Tun Azlan Syah (SERATAS). Saya belajar di
Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi ialah Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, depan SERATAS, Muzium Taiping, di samping berlegar-legar dan makan di sekitar bandar.
Paling memenatkan ialah mendaki Bukit Larut menuju ke puncak, selepas kami menaiki jip sampai ke satu tahap. Kesian kepada mak buyong, bawa orang sambil mendaki. Perjalanan dengan jip memang adventure; jalan ke Bukit Larut tidak usah cakaplah, kereta pun tidak boleh naik. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh. Jalan bengkang bengkok dan selekoh yang amat tajam menjadikan perjalanan terasa lambat. Namun, pemandangan indah membuatkan penat kami hilang di tiup angin dingin. Maha Suci Tuhan!
Kami mengunjungi Zoo Taiping pada sebelah malam yang menawarkan panorama “night safari”. Pada hari kedua kami berlegar-legar di sekitar Taman Tasik Taiping, yang pasti monyet masih menjadi ‘teman’ setia pengunjung di
Buku tetap menjadi teman setia saya, di samping chef dan anak-anak.
Terima kasih kepada keluarga Norma di
0 comments:
Post a Comment