Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
18 Syaaban 1431 H - Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah penting. Sebab itu cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), adalah menjadi wajib kepada setiap individu muslim. Kerana dengan cinta ini, walau kadang-kadang kita lalai dan leka dengan fitnah dunia, insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.

Membaca buku-buku yang baik merupakan salah satu cara untuk menyedarkan kita. Buku yang dihasilkan oleh para guru dan penulis yang berniat untuk menyampaikan ilmu boleh menjadi wadah pertama dan juga mungkin wadah terbaik dalam perihal menjaga iman seseorang.


Namun ada pihak yang mengatakan bahawa jangan berguru dengan buku semata-mata. Saya bersetuju. Sebab itu, kita harus mendidik diri mencari ilmu. Sebab itu pelajaran di peringkat rendah amat penting sebagai asas pendinding diri. Pastinya rumah menjadi paksi utama dalam hal ini. Di sini peranan ibu-bapa menjadi faktor kritikal.

Ambil analogi kita mengaji al-Quran. Pada peringkat permulaan sampai khatam, kita berguru dengan orang tua sendiri atau ustaz. Tahu nahu, tanda bacaan dan hukum tajwid. Selepas itu kita perlu terus amalkan pembacaan kitab agung ini. Masa beredar, kita baca kupasan isi al-Quran pula. Dari mana? Pastinya buku-buku, sama ada buku berorientasikan agama mahupun novel yang baik (novel Islami misalnya).

Taqwa olehTok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang oleh Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tafsir Surah Yunus oleh Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Islam dan Demokrasi oleh Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Inilah Akidah Muslim oleh Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Biografi Muhammad bin Abdullah
Suara Dari Kamunting oleh Saari Sungib

Jangan Bersedih oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarni
Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris
Buku sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib
Ramlee Awang Murshid
Sekudus Nur Ilahi oleh A. Ubaidillah Alias

0 comments:


Photobucket
top