Inilah Akidah Muslim
Secara peribadi, saya memang suka membaca karya hasil ilmu Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang. Setakat ini saya memiliki 5 buah buku beliau. Di bawah ini ialah buku terbaru beliau yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Dari penerbit
Iman adalah melafazkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W selepas diangkat menjadi rasul ialah membetulkan akidah masyarakat Jahiliyyah. Ia menjadi pegangan pokok setiap Muslim, menjadi benteng segala kebatilan, menjadi landasan bagi setiap amalan.
Buku ini diterbitkan sebagai usaha menjelaskan hakikat akidah dan penerapannya dalam kehidupan Muslim. Antara persoalan yang dirungkaikan adalah berkaitan Islam, iman, munafik, murtad dan sebagainya. Diolah semula dengan bahasa yang mudah difahami, berdasarkan dalil Quran dan sunnah.
Dato' Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang memiliki ijazah B.A Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah sarjana dalam bidang Siyasah Syar'iyyah di Universiti Al-Azhar adalah Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.
Penerbit: PTS Islamika (PTS Publications & Distributors Sdn Bhd)
ISBN 983-192-211-5
Harga: RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
Muka surat: 160, Januari 2007
Nota: Ada satu cerita. Saya ke Tesco Ampang selepas Asar hari ini (27 Mac 2007), seperti biasa untuk membeli bahan-bahan mentah bagi bisnes katering saya. Pastinya saya tidak akan lepaskan peluang untuk meninjau buku-buku terbaharu di kedai buku Popular. Salah satu buku terbaharu yang dipamerkan di rak buku agama ialah buku ini. Rasa nak terkucil bila saya tengok harga yang dilekatkan di kulit belakang buku, RM40! Saya ajukan kes salah letak harga ini kepada salah seorang staf berbangsa Cina di sana. Dia kata: “Aiyaaa RM15 ka, terima kasih bos.”
2 comments:
RM40? Mana boleh! Harga sudah diprint!
Saya tahu harganya RM15, Puan Ainon, sebab itu saya ajukan kes salah letak harga ini kepada salah seorang staf di sana. Saya kira pihak Popular akan betulkan.
Post a Comment