
Persoalan apakah politik daripada kaca mata Islam, wujudkah demokrasi dalam Islam, adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam, adakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik dan bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya terjawab dalam buku ini.
Buku ini juga menghalusi asal usul demokrasi, bagaimana ia mengalami proses evolusi sepanjang sejarah manusia di barat dan dunia Islam serta suatu fakta bahawa Islam menerima sistem politik barat selagi ianya tidak melanggar batas-batas hukum yang telah termaktub.
Penulis berjaya memberi pemahaman kepada saya mengenai islam dan demokrasi. Saya syorkan pelajar dalam jurusan politik Islam supaya mendapatkan buku ini sebagai salah satu buku rujukan kerana kandungannya mencakupi politik barat dan Islam.
Nota: Jika anda perlukan perkhidmatan katering, sila hubungi saya. Sila rujuk blog ini: http://www.themakan.net untuk maklumat lanjut.
Edisi di tangan saya ialah cetakan kedua, 2007. Satu terbitan bermutu dan berani dari PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Tahniah untuk Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan penerbit.
Tajuk: Islam dan Demokrasi
Penulis: Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
ISBN: 978-983-192-270-5
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007
Halaman: 180 muka
Harga: RM18.00 (Sem. Malaysia) RM21.00 (Sabah & Sarawak)
0 comments:
Post a Comment