
Saya tidak terniat untuk mengulas buku Dari Beirut ke
Tanggal 2 Mei 2008, usai solat Jumaat, saya khatam buku karangan Tok Guru pula. Buku yang digarap bagi mentarbiah jiwa dan memimpin nafsu supaya tidak kecundang dalam fitnah kehidupan dunia ini merupakan buah tangan Tok Guru yang patut dimiliki oleh semua umat Islam.
Buku apa pula yang sedang saya baca waktu ini? Saya ke rak buku, bahagian bahasa Melayu lantas bermonolog, “Banyak lagi buku yang aku belum baca.” Lihat, teliti dan renung, terpandang buku Minda Muslim Super oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Apabila hendak mengambilnya, mata sekilas tertancap kepada buku Empayar Minda Muslim oleh pangarang yang sama.
Keputusan saya buat. Sebelum membaca Minda Muslim Super, baik saya habiskan dahulu Empayar Minda Muslim.
Malam esok (3 Mei) ada katering di Ampang Tasik! Banyak pula persediaan yang mesti dibuat.
2 comments:
Tahniah saudara! Baca dan katering, seiring dan sejalan. Eh, dulu kata nak tulis buku, tak siap-siap lagi? Tak mengapa, teruskan katering.
Sdr Mya Marja,
Alhamdulillah, katering boleh diuruskan. Tetapi buku, masih merangkak, entahlah...
Post a Comment