Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Saya dan chef berkampung di Melaka selama empat hari, mulai 16 hingga 19 Ogos 2008. Selama di sana, kami mengalami antara hari-hari yang paling sibuk dalam menguruskan bisnes katering. Sila baca blog katering di bawah tajuk “Malaysia Prihatin – Empat hari di Melaka” untuk mengetahui kisah seterusnya.

Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak di Teluk Mas dan Seluk Gaung, saya ‘menjelajah’ ke bandar Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar Klebang.


Tim saya menginap di dua lokasi yang berdekatan. Kaum perempuan di rumah keluarga biras saya di Teluk Mas, sementara saya dan dua lagi pembantu menginap di rumah seorang sahabat yang baik budi di Seluk Gaung. Sila rujuk di sini untuk mengetahui sahabat tersebut.


Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada hari Selasa (malam), 19 Ogos, sempat lagi saya, chef, tiga pembantu dan seorang sahabat menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar. Kami sampai di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi, 20 Ogos.


Lantaran katering di Melaka ini, saya terlepas jemputan untuk menghadiri sesi pelancaran novel Hijab Sang Pencinta pada 20 Ogos 2008 di Petaling Jaya. Memang novel trilogi yang didahului dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini saya tunggu-tunggu. Namun apakan daya, aduhai. Saya memohon maaf kepada pihak Alaf21 Sdn Bhd dan ucapan terima kasih atas jemputan secara peribadi ke majlis tersebut.


Kesibukan katering di waktu cuti sekolah satu minggu ini juga turut membantutkan pembacaan Takluk Jagat: Bisikan Ariasha dan Talfiq: Beramal Dengan Pelbagai Mazhab. Insyaallah saya akan cuba habiskan pembacaan kedua-dua buku ini sebelum puasa. (Gambar atas & bawah: Katering di Melaka)


Photobucket
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

2 comments:

benludin said...

bagus blog ni...aku pun suka buku..izinkan aku add link ni kat my blog ye..tq

Anonymous said...

Ok Benludin. Saya izinkan dgn besar hati. Terima kasih atas lawatan sdr.


Photobucket
top