
Setelah berkeluarga, isteri pula yang saya minta supaya memasak bubur kacang kegemaran saya. Pada permulaan, masakan isteri tidak seenak masakan ibu sendiri. Itu perkara biasa. Saya meminta supaya isteri belajar dari aruah emak. Hasilnya memang memuaskan!
Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup lemak secukup rasa tidak semudah yang kita jangka. Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka) pula, maka akan hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi. Mahu lebih enak, campur dengan durian.
Salah satu menu pencuci mulut yang sering saya cadangkan kepada klien Lusiana Catering ialah bubur kacang campur dengan durian. Sudah agak kerap kali chef menyediakan masakan ini. Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.
Pernah untuk beberapa majlis perkahwinan, Lusiana Catering menyediakan bubur kacang hijau ini sebagai salah satu menu sampingan. Saudara bayangkan berapa banyak bahan-bahan yang digunakan untuk memasak bubur bagi 1,000 orang tetamu? Saya sendiri pun tidak pandai menyukatnya. Tanya chef.
Okey. Satu lagi yang ingin disorot ialah produk atau servis terbaharu Lusiana Catering, iaitu menyediakan kuih talam suji, talam cendol, seri muka dan talam keladi. Kuih-kuih ini juga dikenali sebagai kuih nyonya. Lusiana Catering telah menyajikan jenis kuih ini di beberapa sesi katering pada bulan Mac lalu. Sambutan mengalakkan, alhamdulillah.

0 comments:
Post a Comment