
Sudah memestinya tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran ialah pasar basah, pasar borong atau hipermarket.
Saya tidak mensyorkan bahan-bahan mentah ini dibeli dari kedai runcit kerana faktor harga. Hendak diakui atau tidak, kedai runcit menawarkan harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pasar basah atau pasar borong. Tambahan pula saudara sebagai katerer perlukan bahan mentah dalam jumlah yang agak banyak.
Walaupun demikian, saudara harus berbuat baik dengan kedai runcit yang menjual bahan-bahan mentah (basah atau kering) kerana ada kalanya saudara tidak ada kesempatan untuk mengunjungi pasar borong lantaran faktor masa, terutamanya bagi mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit.

(Dato' Abdul Wahab, CEO MIMOS Bhd (paling kanan))
Jika saudara memiliki modal lebih, sila dapatkan satu peti sejuk beku bagi menyimpan stok bahan mentah seperti ayam, ikan, daging lembu, daging kambing serta lain-lain bahan segera yang boleh disimpan dan tahan lama. Namun harus diingat, jangan terlalu lama terperok dalam peti sejuk beku, kerana ianya bahan makanan, lambat laun akan rosak juga. Ini penting kerana kualiti masakan makanan harus dijaga. Lagi pun, sekiranya kita sendiri tidak menyukai ikan atau daging yang sudah berbau, begitu juga klien saudara.

(Makan malam klien Afrika di Bukit Antarabangsa, Selangor)
0 comments:
Post a Comment