Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pesta buku adalah acara yang saya sukai, terutamanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) saban tahun. Sebelum menulis secara serius pun, saya tidak berdaya mengekang desakan hati dan langkah kaki untuk ke PBAKL. Justeru saya sering berkata kepada kawan-kawan, “Aku kedekut untuk membeli baju. Tapi kalau buku, andai ada duit, aku akan tetap membelinya saban bulan.”
Oleh sebab itu juga, di kalangan teman-teman rapat bekas rakan sekerja di MIMOS dan JARING, saya sering dilabelkan sebagai ‘si penggila buku’. Saya tidak kisah dengan gelaran itu, malah saya sering mengajak mereka pergi ke pesta buku sambil berkata, “Daripada melepak dan pergi ke pusat membeli belah tak tentu hala, baik ke pesta buku. Kalau tak belipun, paling tidak dapat cium bau buku.”
Di rumah saya cukup selesa bersama buku-buku di rak dan tenang melihat banyak buku tersusun (walaupun acap kali tak tersusun sangat pun). Dunia buku selari dengan dunia keilmuan. Pada hemat saya, sekiranya seseorang itu suka membaca, paling busuk ada juga ilmu yang dapat diambil. Cuma ... ambil yang baik dan perkara tak baik buat tauladan.

Apabila mulai serius menulis buku pada tahun 2011, PBAKL memang saat yang sangat saya tunggu. Kini PBAKL 2015 diambang pintunya dibuka. Jujurnya tidak sabar untuk ke sana, bukan sahaja kerana saya ada buku baharu, tetapi juga kerana ingin bertemu teman-teman pembaca. Bersama teman dan sahabat yang gila buku membuatkan saya rasa tenang.

Ayuh kita ke PBAKL 2015! Merasai sendiri para penggila buku dan ilmu berpusu-pusu datang adalah pengalaman dan pemandangan yang sangat asyik. Kalau kalian tidak pernah merasainya, jom kita bergerak. Insya-Allah, kalian akan melihat situasi yang cukup menarik.
Banyak kali saya bercerita kepada teman-teman semasa dalam pemanduan atau borak-borak di kedai mamak kandungan buku ini. Antara teman yang setia mendengar celoteh saya ialah editor buku kreatif Galeri Ilmu Sdn Bhd, Tuan Amir Abdul Hamid.
 
Antara lain, bahawa saya dan isteri berlainan persepsi dan taakulan terhadap beberapa peristiwa hidup. Kadangkala isteri saya rapuh, saya kuat. Ada ketika saya rapuh, dia kuat. Kami saling melengkapi dalam mendepani mehnah dan ujian hidup. Insya-Allah, saya tak malu untuk terus belajar, kerana saranan Islam ialah belajar sepanjang hayat.

** Gong Xi Fa Chai. Saya ada sebuah lagi manuskrip yang sudah siap. Sekarang sedang buat suntingan sendiri. Harap sempat untuk PBAKL 2015 nanti. Sebuah novel juga.
Subhanallah! Melihat buku dan kitab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di rak, terlintas bahawa beliau masih hidup. Saya merinduinya. Allahu Allah!

Pengganti beliau tetap akan muncul sebagai Murabbi umat. Legasinya .. akan saya lestarikan!

Aku tak ingin menangis
tak mahu berduka membawa lara
tatkala dirimu pergi tinggalkan kami;
Justeru ...pergilah, wahai roh yang tenang
menemui cintamu yang sejati
kerana aku dan kami juga akan menyusul kemudian nanti.

Itu janji maha benar
tidak terkecuali untuk semua yang hidup;
Damailah dirimu di sisi Allah
sedang aku akan terus mencicip setiap buah bicara dan tintamu
wahai Murabbi umat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam penulisan novel sejarah PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon, banyak sifat watak-watak utama saya ambil ibrah dari sikap dan fikrah perjuangan beliau. Antara sedar atau tidak, fikrah beliau mengalir laju dalam ingatan minda saya, tersemat di dalam sanubari hamba Allah yang banyak dosa ini.

Dalam pengkaryaan buku Berfikir Gaya Champion, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah dan Hijrah Champion Gaya Rasulullah, banyak saya kutip dan kongsikan mutiara fikrah beliau. Pastinya ... saya merindui susuk besar ini. Beliau seorang Murabbi dan pemimpin kesayangan saya. 

Nabi Muhammad SAW menegaskan, "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." (Riwayat Imam Ahmad)
Dari jam 9.00am sehingga 8.30pm 31 Jan. 2015, saya bersama dunia buku dan ilmu di dua lokasi berbeza. Bertemu guru sekolah, ibubapa dan anak-anak, raikan pembaca dan beramah mesra. Dunia ilmu ini menjadi peneraju tamadun bangsa, dalam erti membaca membawa bahagia. Saya rela berpesta buku. Subhanallah!

Sepagi sehingga tengah hari di Sek. Keb. Jalan Kebun, Klang. Bersama meraikan majlis ilmu sahabat penulis, Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff. Saya, Ustaz Adzhar Ibrahim dan Puan Suhana Salleh tidak malu-malu untuk raikan pertanyaan dan belian dari para cikgu, ibubapa dan murid-murid sekolah. Bagaikan pasar malam!
 
Usai program di Sek. Keb. Jalan Kebun, Klang, saya ke Pesta Buku Selangor 2015 (PBS2015), SACC, Shah Alam pula. Alhamdulillah, pengunjung ramai. Sempat bergambar dengan beberapa sahabat pembaca yang membeli buku-buku di gerai Galeri Ilmu.

Isteri Tuan Ishak Kasir berkata sambil menunjuk kepada naskhah novel Macedonia: Alexander Agung di atas meja, "Memang, tuan. Apabila saya membaca novel ini, saya dapat bayangkan aksi perang dan perkisahan yang diceritakan. Bagaikan layar di depan mata." (Foto bawah sekali)

Saya menyahut, "Alhamdulillah. Saya ada kaedah tersendiri dalam menulis, mencari kelainan." Kemudian saya ceritakan bagaimana proses penulisan yang digunakan. Mahu tahu apakah yang dinyatakan oleh pembaca kepada lima orang anak itu? Sudikan untuk dapatkan novel ibrah sejarah dalam tema membongkar Hijab Raja Zulqarnain dan dakyah Zionis-Yahudi di PBS2015.

Alhamdulillah. Jalan dakwah ini indah, sambil ditemani isteri Cef Lusiana Adnin. 

Berkawan kenal batas.
Berkasih kenal adab.
Ada benda boleh diceritakan.
Ada benda wajib menjadi rahsia.
Buka semua, maka batas dan adab dipecahkan 
... lantas dosa pun melata.

Pada program berkaitan buku dan ilmu di Sek. Keb. Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam saya promosikan buku Berfikir Gaya Champion dan novel-novel. Salah satu yang cuba saya jual ialah buku  Himpunan 60 Kisah Jenaka  oleh sahabat Ustaz Adzhar Ibrahim.

Lalu tersemburlah suara nakal, “Tuan Web Sutera memang banyak cakap, Puan.”

Puan pensyarah yang sedang mendengar cerita saya berkata, “Seorang champion memang macam itu. Suka bercakap dan memberi maklumat.”

Saya tersenggih. Saya yakin dengan produk saya dan rakan-rakan. Dalam hati berdoa semoga orang tak salah anggap. Subhanallah!

Kata Iman Syafie, “Ilmu diperoleh dengan enam perkara: kecerdikan, kemahuan, usaha, menyampaikan ilmu kepada orang lain, belajar dalam tempoh yang lama dan memuliakan guru.”

Dalam buku Himpunan 60 Kisah Jenaka , ada tercatat: “Antara saham pahala yang dapat memberi bantuan kepada kita ketika di alam kubur adalah mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.”

Pada tarikh yang sama, yakni 24 Januari 2015, tim isteri saya Cef Lusiana Adnin berada di Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor untuk sesi makan malam. Alhamdulillah, mutu masakan Cef Hana dan persembahan Lusiana Catering memperoleh pujian. Kata seorang wakil kolej, “Masakan awak sedap-sedap dan layanan juga baik. Kami akan panggil lagi.”

Bersama turun gelanggang menemui para pembaca demi satu matlamat - bahawa karya kreatif mampu mendidik anak bangsa.

Duhai kedua-dua mata
menangislah untukku
buat penghapus dosa
kerana umurku berserakan dari tanganku
dan aku tiada ilmu
bagi sebuah tahu yang menjadi rahsia-Nya.

Duhai kedua-dua mata
insaflah untukku dengan aliran air tangisan
kerana aku ingin menyapu
wajah dan janggutku
agar menjadi benteng sentuhan api neraka
justeru aku hamba-Nya yang banyak dosa.

Namun ...
aku bukan langau
tak mahu jadi langau
cuma ...
aku lalu di sini ...di sudut fana
untuk kembara yang masih panjang (panjangkah?).

Izinkan aku, buana.
mencari makna diri
dalam lestari dini
untuk anak bangsa pertiwi

demi Islam apatah lagi.

Sekiranya tatacara dan fikrah jihad dalam al-Quran, sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat mahu dikomplen serta dipusing balikkan sebagaimana doktrin ketumbukan Rom dan Zionis-Yahudi, apa lagi yang kita ada? Itu sebabnya saya nyatakan doktrin Zionis-Yahudi, Illuminati dan Freemason adalah pemusnah dunia agama wahyu dan ketundukan manusia terhadap Allah Taala.

Malang sekali, bahkan teramat malang, ada pemimpin 'Islam' dengan dangkalnya turut terjerat dengan doktrin ribuan tahun itu: "bahawa semangat jihad Islam adalah elemen teroris." Maaf cakap, kumpulan munafik yang diberi amaran oleh Allah dan Rasulullah SAW itu menjadi geng pengembang agenda New World Order, sebuah agenda jahat lagi amat hitam untuk musnahkan Islam dalam doktrin Armagedon.

Dalam dua novel saya - (1) Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH dan (2) Perang Armagedon - kisah jihad diperikan dalam bentuk penceritaan. Niat saya ialah agar pemuda dan srikandi Islam serta rakyat umum Malaysia memperoleh sedikit pencerahan tentang isu ini. Jihad bukan kosa kata yang patut hilang dari dunia Islam atau dimomok sebagai 'jahat' atau 'teroris'.

Walhal, dalam ajaran Zionis-Yahudi melalui kitab Talmud mereka, bangsa Yahudi dan yang menyokong mereka diajar agar 'membunuh manusia lain, terutamanya umat Islam'. Justeru teroris adalah amalan Zionis dengan sekongkol seperti Amerika Syarikat, tetapi kita umat Islam pula yang dikambing hitamkan.


Aku takkan melangkah dengan kaki yang gontai.
Lenggokku takkan bagai cupak hanyut.
Hayunan langkah jihad ini akan diteruskan
... takkan tergoyahkan
... meskipun badai melanda jasad dan jiwa.
Kaedah penulisan novel memang berbeza dengan buku sejarah atau biografi. Antaranya ialah watak boleh diwujudkan dalam novel sebagai 'orang lain' di zaman itu atau di zaman lain sebagai watak tambahan. Cuma andai ada watak dalam sejarah, watak itu dikekalkan.

Dalam bahasa Inggeris ia disebut historical saga. Kaedahnya, watak sejarah kekal ada, cuma watak tambahan mungkin juga ada. Dalam novel BI, malangnya, watak sejarah pun digelapkan / disalahgunakan.

Khas untuk pembaca novel, insya-Allah, dalam novel sejarah saya, langkah berhati-hati sudah diambil dalam isu watak-watak ini. Sebab itu saya lambat untuk siapkan manuskrip.

Ya .. hati-hati itu takwa, hati-hati juga kaedah taakul yang baik. Insya-Allah, gaya saya masih dalam disiplin Islam, tafsir al-Quran dan kajian hadis. Saya sungguh-sungguh mengkaji, cuba sebaik mungkin mengisih elemen Zionis-Yahudi Israliyat, Syiah dan ajaran yang menyeleweng.

Pada hemat saya, novel sejarah atau fiksyen sejarah .. ia agak samar-samar untuk ada bezanya. Garisannya sama, cuma mungkin kaedah penulis membuat persembahan berbeza. Sebab itu, untuk projek bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd, saya setuju label 'Novel Sejarah' diletakkan untuk novel saya, walaupun ada watak fiksyen yang masih kekal dalam disiplin Teknik Surah Yusuf.

Memang kita mesti berhati-hati dalam menulis novel, dan memang buku sejarah akan tetap berlainan dengan novel berkaitan.

Moga Allah ampunkan saya, hamba-Nya yang daif lagi fakir. Wallahua'lam.
Novel fiksyen sains ini sudah lama dibeli, bertahun. Namun mulai membacanya sebaik masa terluang di ketika siapnya novel PERANG ARMAGEDON dicetak. Perlahan-lahan saya meneliti rentak dan gaya penulis. Pada suatu ketika di bengkel penulisan, penulis datang ke Kuala Lumpur dari Sarawak. Jadi saya mengambil kesempatan meminta autograph novel ini.

Sebuah novel perjuangan jihad dalam melawan anasir kejahatan di cekerawala yang maha luas. Saya suka kerana ini novel berat yang digarap secara bijak oleh penulis. Daya juang dalam misi jihad manusia Muslimin dibawa merentas lohong hitam, melompat dimensi masa, merentas galaksi, merentas gugusan bintang-bintang, malah mengembara berpuluh galaksi dengan nama-nama tersendiri.

Satu perkara yang jelas, di belakang semua petaka ialah pertubuhan dan orang Yahudi dari planet Bumi. Orang Yahudi yang tanpa segan-silu impikan Baitulmaqdis dan tahah Palestin dengan kaedah teroris. Juga dalam dalam masa yang sama mendoktrin manusia Muslim sebagai teroris.

Itulah Yahudi yang busuk dan penuh muslihat. Namun umat Islam di suatu galaksi tetap mengetahui onar Yahudi itu, bersedia memberi maaf kepada lawan yang tidak berdaya, setelah medan jihad dimenangi oleh tentera Islam.

Insya-Allah, 4 bintang daripada 5. Mesej beliau kepada saya dalam novelnya: "Buat Tuan Web Sutera. Moga terus gigih berkarya dan menabur bakti untuk anak bangsa."

Judul: Galaksi Muhsinin
ISBN: 978-967-5136-06-1
Penulis: Azrul Jaini
Penerbit: PTS Fortuna
Tebal: 313 muka surat
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia) / RM22.00 (Sabah & Sarawak)
Panggilan Pak Web bukan tanda tua renta
Masih di awal 40-an tetap muda;
Jiwa membara dek suka membaca
Jom sudikan bersama saya.

Apakah kisah Perang Armagedon? Mohon baca di pautan ini.

Novel PERANG ARMAGEDON adalah sebuah fiksyen 'armagedon' dari sudut pandang Islam. Walaupun ia sebuah fiksyen, saya mengambil ibrah sejarah yang dipesongkan oleh sejarawan Barat-Zionis-Yahudi. Saya mainkan dan terbalikkan doktrin perang akhir zaman yang dimomok oleh musuh Islam, bahawa Islam itu jahat dan mesti diperangi.

Hadis Rasulullah SAW mereka permainkan! Amaran Nabi Nuh alaihissalam dan Nabi Isa alaihissalam (Jesus) mereka pesongkan! Insya-Allah, novel PERANG ARMAGEDON cuba menyanggah teori ‘armagedon’ sumber Barat-Zionis-Yahudi. Sudikannya, ibrah sejarah.

Kami adalah tentera Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid takkan tergoyahkan.

"(Penulis) menunjukkan Islam lebih hebat dan bijak pada zaman itu. Presiden USA Trubush Wakaka, dan Perdana Menteri Israel Benjamin Sagal - iaitu suruhan Dajjal - sedaya upaya menghapuskan Islam, terutamanya ingin memusnahkan Baitulmaqdis. Pihak mana yang akan memenangi Perang Armagedon ini? Kebenaran atau kebatilan?" -- Tuan Muhammad Akmal, Mantin, Negeri Sembilan


{وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}
“Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".

Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan

(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)

Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.

Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2,100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang Palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh.

Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka sama ada terbunuh atau tercedera atau diculik.

Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.

Wahai sekalian rakyat Palestin,

Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.

Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhan-Nya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.

Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.

Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS, dan pada hari kemenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut:

1) Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.

- Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.

-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.

-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.

- Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.

2) Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.

3) Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan. Mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini.

Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.

4) Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.

5) Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itulah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami.

Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.

6) Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.

7) Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.

8) Kami berterima kasih kepada setiap aktivis yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak-balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada mereka yang syahid dalam kalangan kami, dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan. Ucapan kehormat buat sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-Qassam.

Kami berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami akan mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)

** Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)
Selasa 1 Zulkaedah 1435H, bersamaan 26 Ogos 2014.

** Sumber Aman Palestin.
“Sedap ke cerita Perang Armagedon ni? Tebal semacam je. Mesti bosan nak baca, kan?” Saya cuba provok Haris, anak saya yang sulung.
“Eh, best cerita ni mama! Along suka. Cerita pasal Fateh dengan kawan-kawan dia. Lawan dengan jinlah, Zionis-lah. Ada pasal sejarah, pasal masa depan, UFO, kiamat. Setiap bab ada hadis.”
Haris nampak seronok sahaja bercerita tentang novel tulisan Tuan Web Sutera ini. Saya teringat sewaktu saya menghulurkan novel ini untuk kali pertama. Dia nampak kurang berminat sahaja. Katanya, nama-nama watak di dalamnya pelik-pelik. Malas dia mahu membacanya.

Namun, saya tetap memaksa.

"Baca sampai habis. Nanti ceritakan pada mama,” pesan saya.

Akhirnya dengan muka terpaksa, dia akur juga. Tamat membacanya, eh.. dia pula yang excited bercerita. Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak tahu Perang Armagedon ini berkisahkan tentang apa, tetapi saya yakin dengan fikrah penulisnya.

Sebab itu saya minta anak saya baca dengan harapan bakal memberi sedikit input yang baik buatnya. Alhamdulillah. Dari benci, dia jatuh hati.

Tahniah, Tuan Web Sutera kerana berjaya menghasilkan karya yang boleh menarik minat anak muda dari leka dengan komik kepada sesuatu yang lebih berisi seperti novel ini.

Teruskan mengkaji, mengadunnya dengan imaginasi dan semoga akan lahir lagi karya-karya yang baik seperti ini. Amin.

** Komentar dari Puan Bonda Nor, Kuala Terengganu, Terengganu.

Komen susulan dari entri dalam Facebook:

i) Puan Jihan Kasihkita: “Anak lelaki saya pun suka baca buku ni, dan saya sekali.”
ii) Puan Kesuma Althafunnisa: “Memang best citer ni. Lepas ni nak ajak dan didik anak membaca macam Bonda Nor didik anak-anak.”

Dari saya

Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa dan sempadan negara.

Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Inilah inti pati fiksyen ini.

Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah, "Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini." (At-Tiin 95:1 -3)
Allah menggantung langit, terapung-apung dengan mizan-Nya. Allah menentukan sekiranya kita terbang ke luar orbit Bumi, kita akan melalui kawasan di luar kuasa graviti ... maka kita akan terapung-apung. Ya terapung dalam mizan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa.

Sahabat-sahabat pembaca sudah ramai yang berikan komentar dan ulasan terhadap novel PERANG ARMAGEDON ini. Beberapa ujana dan saranan penambaikkan turut diajukan. Saya bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana para pembaca dapat hadam sebuah karya yang dikatakan 'berat', 'sarat info', dan 'sukar' ini.

Ramai juga berharap agar ceriteranya disambung dengan sekuel. Subhanallah. Allahu-Akbar!

Satu sahaja saya harapkan, agar tuan dan cikpuan faham mesej yang ingin disampaikan. Dalam sebuah karya sastera/fiksyen, ada benda, ada isu yang harus saya - si penulis daif di sisi Allah Taala - kemukakan. Salah satunya ialah kita pelbagai bangsa, berasal dari datuk dan nenek moyang yang sama, bahawa kita masing-masing ada tanggungjawab.

Juga kena betul-betul faham yang gerembolan Zionis Yahudi dan konco-konconya menjadi hamba-hamba Dajjal dan Iblis memerangi umat Islam dan manusia seluruh dunia demi sebuah misi Armagedon yang mereka doktrinkan. Bahawa fitnah Dajjal sudah diberi amaran dan khabar semenjak era Nabi Nuh lagi kepada kaum Bani Rasib.

Ingat selalu, Islam itu sudah wujud sejak Nabi Adam, sejak Nabi Idris dan Nabi Nuh. Islam bukan untuk bangsa Melayu, Arab atau apa bangsa pun secara khusus. Bahkan Islam untuk semua, manusia dan jin yang pelbagai kaum dan warna kulit. Islam untuk bangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Rusia, Uzbek, Pakistan, dan semua suku bangsa di seluruh dunia sehingga ke hari kiamat.

Untuk Malaysia yang satu-satunya ini, Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu! Itu antara mizan Allah yang diperikan dalam bentuk sebuah karya fiksyen. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Berilmu.

@@@@@@

Bukan khinzir

"Aku tau aku banyak dosa, bhai! Tapi takkan kerana aku ada dosa, aku tak boleh bercakap fasal Islam? Kalau mahu tunggu tak ada dosa, sampai bila pun aku tak boleh berdakwah! Jadi orang yang layak berdakwah hanya 'ustaz-ustaz' yang tak dak dosa ... maksum?”

Kau bertanya, “Maksum?”

“Tak faham maksum? Tulah kau, baik baca buku!”

Merah padam mukanya. Marah agaknya. Bukan aku nak kata apa ... hanya sampaikan satu ayat dari al-Quran.

“Kalau cakap fasal politik tak boleh, fasal Islam tak boleh ... habis? Mahu cakap fasal apa? Fasal ketam, fasal lembu, fasal BABI? Okey, aku ada cakap fasal itu semua. Namun kini aku cakap fasal manusia .. kalau aku cakap fasal kambing, baik aku pergi ke kandang kambing!

“Mengambil kata-kata ulama Turki, Badiuzzaman Said Nursi, maka aku juga bersumpah, ‘Aku akan buktikan dan memperlihatkan bahawa al-Quran itu adalah mentari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!’

"Juga Islam itu benar dan hak, bahawa Islam itu fitrah untuk manusia!"

“Ada baca satu kisah, bahawa tanda salib Kristian terpapar di banyak lokasi di Sabah – di tepi jalan, di rumah-rumah, bahkan di dalam hutan, di batang-batang pokok. Walhal kita umat Islam, malu mahu tunjuk syiar Islam, malu berpakaian cara Islam, malu pakai kopiah. Itukan salah satu syiar Islam. Orang Kristian tak malu bersyiar agamanya.”

@@@@@@@
Menurut hemat saya, berkembangnya bidang penulisan dan banyaknya buku justeru cerdik pandai Islam wajib menulis untuk mengimbangi bahan-bahan bacaan yang buruk dan tidak benar. Peranan para pecinta ilmu di akhir zaman menjadi penting agar tohmahan dan propaganda perang saraf kaum kuffar dapat dipintas, agar umat Islam dan manusia dapat melihat Islam dari sudut yang sah bersumberkan al-Quran, hadis dan kesepakatan ulama.

Justeru para pemuda-pemudi perlu rajin membaca, menelaah dan mengisih bahan bacaan yang baik dan dapat dijadikan panduan. Insya-Allah, selama mana ilmu atau tulisan itu berdasarkan fakta-fakta tafsiran al-Quran dan hadis, ianya benar.

Hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah berkhutbah, dan menyebut satu kisah yang panjang. Pada akhir hadis itu disebutkan bahawa Abu Syah berkata kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk saya isi khutbah tuan tadi.’ Maka Rasulullah berkata, ‘Tolong tuliskan untuk Abu Syah’.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam sebuah buku hadis, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam menulis, “Maka satu-satunya cara adalah meminta bantuan orang lain untuk menulis ilmu baginya.” Yakni menulis bagi orang yang tidak boleh menulis justeru sebab-sebab tertentu, tapi ingin membaca dan menelaahnya.

Dalam sebuah artikel beberapa tahun dahulu yang ditulis untuk sebuah majalah, saya nyatakan, antara lain:

“Penggunaan komputer membolehkan maklumat disimpan dalam disket (atau cakera liut), cakera keras, pita magnet, CD-ROM, CDR, thumb drive, flash memory, dan sebagainya. Peranti storan terkini boleh menyimpan pelbagai maklumat multimedia yang mengandungi teks, grafik, bunyi, dan sebagainya pada kepadatan tinggi.”

Lebih daripada itu, pelbagai medium terbuka mutakhir ini, terutamanya blog dan Facebook, atau boleh dikumpul dalam kategori laman web dalam internet. Saya istilahkan World Wide Web itu sebagai badan atau wahana tempat maklumat disimpan. Justeru wajib digunakan sebagai salah satu wahana di era moden dan mutakhir ini, insya-Allah.

Hadis berikutnya juga dari Abu Hurairah. Beliau berkata, “Tidak ada daripada keseluruhan para Sahabat Rasulullah orang yang paling banyak melaporkan hadis lebih berbanding saya, kecuali Abdullah bin Amar bin Ash. Maka dia lebih banyak daripada saya kerana dia menulisnya, dan saya tidak menulisnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Lanjutan dari hadis-hadis di atas, insya-Allah, saya ingin panjangkan satu tazkirah. Dalam tafsir Al-Quran Miracle The Reference, panel panitia mengambil satu tulisan Harun Yahya mengenai syirik kepada Allah.

"Antara perbuatan syirik adalah memuja berhala. Menurut adat kata 'memuja berhala' bererti menyembah benda atau wujud tertentu."

Insya-Allah, semua orang tahu. Ulama, ustaz, mufti, tok imam dan penganut Islam tahu dan memahaminya. Tetapi baca lagi yang berikutnya.

"Namun sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian itu. Pada setiap masa selalu ada manusia yang sekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan menyembah pujaannya. Memberhalakan sesuatu tidak bererti pemujanya berkata, 'ini tuhan yang saya sembah'. Tidak juga bererti dia harus bersujud di hadapannya.

"Pada dasarnya, menyembah berhala dapat bererti rasa suka seseorang terhadap sesuatu melebihi sukanya kepada Allah. Misalnya menyukai redha seseorang (manusia) berbanding dengan redha Allah, atau lebih takut kepada seseorang (penguasa) berbanding rasa takut pada Allah, atau lebih mencintai seseorang daripada cintanya untuk Allah.”

Justeru antara mesej utama dalam novel PERANG ARMAGEDON ialah: “Kadangkala, bahkan kerap perang terpaksa demi membela maruah dan untuk kebaikan manusia. Kalau Islam tidak wajibkan jihad, musuh-musuhnya dan musuh kemanusiaan akan menganyang ummah. Namun Islam mengajar adab-adabnya, insya-Allah.”

Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis-Yahudi. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin, Polip) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti. Salah seorang hero ialah pemuda Cina.

Sejarahnya ... kedatangan mubaligh dan pedagang Arab beragama Islam ke wilayah Yunan yang merangkumi Fukien dan Canton di selatan China pada abad ke-7 Masihi, memberi cahaya yang selama ini ditunggu-tunggu warganya. Lahirlah seorang pejuang Islam bernama Pu Shou Keng di kawasan pesisir pantai selatan benua China itu.

** Insya-Allah, ikhlas dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, Web Sutera.

Photobucket
top