Pengganti beliau tetap akan muncul sebagai Murabbi umat. Legasinya .. akan saya lestarikan!
Aku
tak ingin menangis
tak
mahu berduka membawa lara
tatkala
dirimu pergi tinggalkan kami;
Justeru
...pergilah, wahai roh yang tenang
menemui
cintamu yang sejati
kerana aku dan kami juga akan menyusul kemudian nanti.
Itu janji
maha benar
tidak
terkecuali untuk semua yang hidup;
Damailah
dirimu di sisi Allah
sedang
aku akan terus mencicip setiap buah bicara dan tintamu
wahai
Murabbi umat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Dalam
penulisan novel sejarah PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon,
banyak sifat watak-watak utama saya ambil ibrah dari sikap dan fikrah
perjuangan beliau. Antara sedar atau tidak, fikrah beliau mengalir laju dalam
ingatan minda saya, tersemat di dalam sanubari hamba Allah yang banyak dosa
ini.
Dalam
pengkaryaan buku Berfikir Gaya
Champion, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah dan Hijrah Champion Gaya
Rasulullah, banyak saya kutip dan kongsikan mutiara fikrah beliau. Pastinya ... saya
merindui susuk besar ini. Beliau seorang Murabbi dan pemimpin kesayangan saya.
Nabi Muhammad SAW menegaskan, "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." (Riwayat Imam Ahmad)

0 comments:
Post a Comment