“Sedap ke cerita Perang Armagedon ni? Tebal semacam je. Mesti bosan nak baca, kan?” Saya cuba provok Haris, anak saya yang sulung.
“Eh,
best cerita ni mama! Along suka. Cerita
pasal Fateh dengan kawan-kawan dia. Lawan dengan jinlah, Zionis-lah. Ada pasal
sejarah, pasal masa depan, UFO, kiamat. Setiap bab ada hadis.”
Haris
nampak seronok sahaja bercerita tentang novel tulisan Tuan Web Sutera ini. Saya
teringat sewaktu saya menghulurkan novel ini untuk kali pertama. Dia nampak
kurang berminat sahaja. Katanya, nama-nama watak di dalamnya pelik-pelik. Malas
dia mahu membacanya.
Namun,
saya tetap memaksa.
"Baca
sampai habis. Nanti ceritakan pada mama,” pesan saya.
Akhirnya
dengan muka terpaksa, dia akur juga. Tamat membacanya, eh.. dia pula yang excited bercerita. Alhamdulillah. Saya
sebenarnya tidak tahu Perang Armagedon ini berkisahkan tentang apa, tetapi saya
yakin dengan fikrah penulisnya.
Sebab
itu saya minta anak saya baca dengan harapan bakal memberi sedikit input yang
baik buatnya. Alhamdulillah. Dari benci, dia jatuh hati.
Tahniah,
Tuan Web Sutera kerana berjaya menghasilkan karya yang boleh menarik minat anak
muda dari leka dengan komik kepada sesuatu yang lebih berisi seperti novel ini.
Teruskan
mengkaji, mengadunnya dengan imaginasi dan semoga akan lahir lagi karya-karya
yang baik seperti ini. Amin.
** Komentar
dari Puan Bonda Nor, Kuala Terengganu, Terengganu.
Komen
susulan dari entri dalam Facebook:
i)
Puan Jihan Kasihkita: “Anak lelaki saya pun suka baca buku ni, dan saya sekali.”
ii)
Puan Kesuma Althafunnisa: “Memang best
citer ni. Lepas ni nak ajak dan didik anak membaca macam Bonda Nor didik
anak-anak.”
Mesej
utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan
teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa dan sempadan negara.
Yahudi
moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal
Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang
luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan
Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya
melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan
kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Inilah
inti pati fiksyen ini.
0 comments:
Post a Comment