Pada
program berkaitan buku dan ilmu di Sek. Keb. Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah
Alam saya promosikan buku Berfikir Gaya Champion dan novel-novel. Salah satu yang cuba
saya jual ialah buku Himpunan 60 Kisah
Jenaka oleh sahabat Ustaz Adzhar
Ibrahim.
Lalu
tersemburlah suara nakal, “Tuan Web Sutera memang banyak cakap, Puan.”
Puan
pensyarah yang sedang mendengar cerita saya berkata, “Seorang champion memang
macam itu. Suka bercakap dan memberi maklumat.”
Saya
tersenggih. Saya yakin dengan produk saya dan rakan-rakan. Dalam hati berdoa
semoga orang tak salah anggap. Subhanallah!
Kata
Iman Syafie, “Ilmu diperoleh dengan enam perkara: kecerdikan, kemahuan, usaha,
menyampaikan ilmu kepada orang lain, belajar dalam tempoh yang lama dan
memuliakan guru.”
Dalam
buku Himpunan 60 Kisah Jenaka , ada tercatat: “Antara saham pahala yang dapat
memberi bantuan kepada kita ketika di alam kubur adalah mengajarkan ilmu yang
bermanfaat kepada orang lain.”
Pada
tarikh yang sama, yakni 24 Januari 2015, tim isteri saya Cef Lusiana Adnin
berada di Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor untuk sesi makan malam.
Alhamdulillah, mutu masakan Cef Hana dan persembahan Lusiana Catering
memperoleh pujian. Kata seorang wakil kolej, “Masakan awak sedap-sedap dan
layanan juga baik. Kami akan panggil lagi.”
Bersama
turun gelanggang menemui para pembaca demi satu matlamat - bahawa karya kreatif
mampu mendidik anak bangsa.
0 comments:
Post a Comment