“Dan pada
hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah
memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi
Maha Mengasihi".
Kenyataan
Kebanggaan dan Kemenangan
(Rakyat
yang mencipta kemenangan mereka)
Perpaduan
rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air
menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan
mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.
Israel
yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan
seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat
dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh
undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu,
mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan
pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka
juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2,100
orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak,
wanita dan warga emas.
Di
tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan
bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang
membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga
Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang Palestin
telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling
kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin
Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan
rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh.
Tentera
Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka.
Mereka takut nasib diri mereka sama ada terbunuh atau tercedera atau diculik.
Sebaliknya,
pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya
mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka
telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis,
menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi
mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan
"Dedaun Hancur" pada kali ini.
Wahai
sekalian rakyat Palestin,
Kami
dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada
pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah
hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan
rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan
pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.
Sesungguhnya
kami dalam gerakan HAMAS apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan
para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan
penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhan-Nya yang
terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah
mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan
pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan
dan kehidupan yang mulia.
Peperangan
al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di
Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan diaspora
adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang
sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.
Sesungguhnya
kami di dalam gerakan HAMAS, dan pada hari kemenangan yang nyata dalam
peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin
berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan
jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya
bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut:
- Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
- Mereka
telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak
siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami
sebelum ini.
2) Pejuang
Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan
prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan
permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini.
Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan
membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan
gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah
menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera
penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang
dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak
bersalah.
3) Peperangan
Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap
ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah
pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan
timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan. Mereka
mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa
yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di
muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang
satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan
tanah suci ini.
Di atas pencapaian
ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami
akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang
bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.
4) Sesungguhnya
semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin
dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu
dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka
sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka
telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya
yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan
objektifnya.
5) Sesungguhnya
bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang
diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan
terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan
dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan
musuh, seperti itulah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah
dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami.
Seperti
mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti
itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza
dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna
dengan izin Allah.
6) Sesungguhnya
kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian
negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama
mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta
memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak
rakyat Palestin.
7) Kami
menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan
tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam
mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat
dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang
rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua
dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.
8) Kami
berterima kasih kepada setiap aktivis yang memberi sokongan sama ada dari sudut
politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat
Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh
pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon
supaya bertambahnya tindak-balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta
mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat
kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.
Semoga
Allah melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada mereka yang syahid dalam
kalangan kami, dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang
tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan. Ucapan kehormat buat
sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin
Al-Qassam.
Kami
berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami akan
mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat membebaskan tanah
kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan
izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.
قُلْ
بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا
يَجْمَعُونَ
"Katakanlah
dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah bergembiralah
kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan (harta
dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)
** Gerakan
Kebangkitan Islam (HAMAS)
Selasa 1
Zulkaedah 1435H, bersamaan 26 Ogos 2014.
** Sumber
Aman Palestin.
1 comments:
Mushir al-Masri, Pemimpin Hamas: "Peperangan telah berakhir, Gaza telah menang dan pihak musuh telah tewas dan berpecah-belah kekuatanyya. Mereka juga telah meninggalkan tentera mereka yang telah di tawan dalam genggaman Briged al-Qassam."
Post a Comment