Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kaedah penulisan novel memang berbeza dengan buku sejarah atau biografi. Antaranya ialah watak boleh diwujudkan dalam novel sebagai 'orang lain' di zaman itu atau di zaman lain sebagai watak tambahan. Cuma andai ada watak dalam sejarah, watak itu dikekalkan.

Dalam bahasa Inggeris ia disebut historical saga. Kaedahnya, watak sejarah kekal ada, cuma watak tambahan mungkin juga ada. Dalam novel BI, malangnya, watak sejarah pun digelapkan / disalahgunakan.

Khas untuk pembaca novel, insya-Allah, dalam novel sejarah saya, langkah berhati-hati sudah diambil dalam isu watak-watak ini. Sebab itu saya lambat untuk siapkan manuskrip.

Ya .. hati-hati itu takwa, hati-hati juga kaedah taakul yang baik. Insya-Allah, gaya saya masih dalam disiplin Islam, tafsir al-Quran dan kajian hadis. Saya sungguh-sungguh mengkaji, cuba sebaik mungkin mengisih elemen Zionis-Yahudi Israliyat, Syiah dan ajaran yang menyeleweng.

Pada hemat saya, novel sejarah atau fiksyen sejarah .. ia agak samar-samar untuk ada bezanya. Garisannya sama, cuma mungkin kaedah penulis membuat persembahan berbeza. Sebab itu, untuk projek bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd, saya setuju label 'Novel Sejarah' diletakkan untuk novel saya, walaupun ada watak fiksyen yang masih kekal dalam disiplin Teknik Surah Yusuf.

Memang kita mesti berhati-hati dalam menulis novel, dan memang buku sejarah akan tetap berlainan dengan novel berkaitan.

Moga Allah ampunkan saya, hamba-Nya yang daif lagi fakir. Wallahua'lam.

0 comments:

top